Catatan

Sukan, sukan juga Akademik jangan lupa...

Imej
19. 01. 2009 - Peperiksaan Excel JPN Sabah sudah bermula. Sebagai pelajar, semua harus dilakukan tanpa mengira penat. Demi masa depan, mahu tidak mahu anda perlu malah wajib melaksanakan segala tanggungjawab anda sebagai pelajar, sama ada dari segi kurikulum mahupun kokurikulum. Dalam mengharungi tanggungjawab ini hendaklah biar diseimbangkan, jangan berat sebelah sehingga mengabaikan yang lain yang juga sama pentingnya. Sebagai pelajar, banyak yang anda perlu lakukan. Belajar sudah semestinya diletakkan di tangga teratas. Selepas itu bahagikan masa pada yang lain termasuk sukan, riadah, serta aktiviti kokum lainnya. Kena pandai membahagikan masa, kerana kelancaran perjalanan anda kearah kejayaan dalam pendidikan seterusnya mencapai apa yang dicita-citakan sejak mula menjejak kaki ke bangku sekolah rendah lagi, adalah kejayaan anda dalam akademik. Namun tidak bermakna anda boleh mengabaikan aktiviti kokum, kerana itu juga akan membantu anda ke menara gading. Dan... yang paling penting ...

ACARA MERENTAS DESA SMKKJ 2009

Imej
17. 01. 2009 - Telah diadakan acara sukan Merentas Desa peringkat SMK Kunak Jaya 2009. Turut diadakan acara merentas desa terbuka bagi kategori sekolah menengah daerah Kunak yang disertai olek SMK Kunak Jaya, SMK Kunak dan SMK Madai, bagi memilih wakil daerah ke peringkat Bahagaian Lahad Datu. Juara kategori terbuka lelaki 1 serta mewakili Rumah sukan WIRA, Faizan Hamudin ketika melewati cekpoint L3 untuk mengutip kad yang ke3. Kelihatan polis trafik sedang mengiringi peserta untuk mengawal lalu lintas terutama di laluan Jalan Kunak - Semporna. Gambar atas adalah kumpulan peserta kategori terbuka sedang bersiap sedia untuk memulakan perlumbaan. Para peserta sedang menuruni laluan berbukit di simpang Kg Sungai Atas - Kg. Pangi. Pasukan Keselamatan PDRM IPD Kunak, Cawangan Trafik awal-awal lagi sudah bersiap sedia di hadapan SMK Kunak Jaya. Berhimpun di 'Dataran Ilmu' untuk Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang. Urusetia (pelajar), KTBM dan guru-guru, walaupun letih set...

Tahun 2009

Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua pelajar SMK Kunak Jaya. Semoga pada tahun ini para pelajar dapat meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan masing-masing sesuai dengan misi dan visi sekolah kearah kecemerlangan. Apa yang menjadi asas kepada kecemerlangan seseorang pelajar sebenarnya tidak lain adalah disiplin diri yang kuat lagi kukuh. Seseorang pelajar yang mempunyai disiplin diri yang tinggi secara tidak langsung akan menjadikan diri mereka sebagai pelajar yang bermotivasi kearah pendidikan cemerlang. Mereka akan patuh kepada peraturan sekolah yang sudah tentu melibatkan pembelajaran mereka. Apa tidaknya, dengan berdisiplin serta mematuhi peraturan sekolah, mereka tidak terganggu dengan tindakan disiplin serta hukuman yang mungkin terpaksa dihadapi seperti gantung sekolah atau buang sekolah. Semoga tahun 2009 ini akan menjadikan semua pelajar lebih komited terhadap peranan masing-masing serta berusaha meningkatkan prestasi masing-masing dalam semua aspek sebagai pelajar SMK Kunak...

RIMUP

Imej
10.11.2008- Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 2008 Peringkat Sekolah Menengah Daerah Kunak telah disempurnakan perasmian penutupannya oleh Encik Asiz Ahmad, yang mewakili Pegawai Pelajaran Kunak, di SMK Kunak Jaya. Berbagai acara telah diadakan yang menggabungkan tiga buah sekolah menengah dalam daerah Kunak iaitu SMK Kunak Jaya selaku tuan rumah, SMK Kunak dan SMK Madai. Encik Nor Aslam Mano Abdullah (Pengetua SMK Kunak Jaya) semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya. RIMUP telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi tujuan mengeratkan integrasi antara kaum dikalangan pelajar sekolah. Pada tahun 2007, RIMUP daerah Kunak telah dilaksanakan dengan mengadakan lawatan amal ke Rumah Orang-orang Tua Tawau. Manakala pada tahun ini, aktiviti sukaneka telah dipilih sebagai pengisian RIMUP 2008. Encik Asiz Ahmad, mewakili PPD semasa myampaikan ucapan perasmian RIMUP 2008. Acara telah dimulakan dengan senam robik di Dataran Ilmu SMK Kunak Ja...

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR 2008

Imej
06.11.2008 - SMK Kunak Jaya sekali lagi berjaya melaksanakan satu program peringkat sekolah khusus meraikan kejayaan pelajar SMK Kunak Jaya. Menurut pengarah program, Cikgu Abd Mulok Abd Sani, program anugerah ini dilaksanakan sebagai program tahunan yang menganugerahkan anugerah kecemerlangan dari segi Kurikulum, Kokurikulum serta Anugerah Pelajar Cemerlang keseluruhan. Pengetua SMK Kunak Jaya semasa merasmikan Program Anugerah Pelajar 2008 En Abd Mulok Abd Sani selaku Pengarah Program, duduk di hadapan berbaju batik biru, bersama PK Kokum dan PK 1. Di belakang ialah barisan guru-guru dan pelajar SMK Kunak Jaya. ____________________________ JENAKA SEMUT MERAH Suatu Ketika Tahun 1888 Di White House, Amerika Brake Ubemy: Oh, berani engkau sekeh kepala kami. Mentang-mentanglah kulit kami ni hitam. Baik buruk manusia bukan pada warna kulit tau. Suatu Ketika Tahun 2008 Di Black House, Amerika James Bushe: Tolonglah jangan sekeh kami. Kami ni kulit saja yang putih tapi hati kami hitam. S...

MP P188 SILAM KE SMKKJ

Imej
05.09.2008, Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, YB Haji Salleh Bin Kalbi telah melakukan lawatan ke SMK Kunak Jaya. Ketibaan Yang Barhormat tepat jam 8 pagi telah disambut dengan paluan kompang oleh Persatuan Kompang SMK Kunak Jaya. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa terharu dan kagum beliau diatas sambutan yang diberikan oleh warga SMK Kunak Jaya. Beliau juga banyak memberi nasihat serta contoh kepada pelajar SMKKJ agar menjadi insan yang berguna pada masa hadapan demi bangsa, agama dan negara. Beliau juga berjanji akan memberikan hadiah peribadi kepada sesiapa sahaja pelajar sama ada PMR, SPM mahupun STPM yang mendapat keputusan cemerlang pada tahun ini, YB Ahli Dewan Rakyat P188 Silam diapit oleh PK1 SMKK, Encik Harifudin Parakasi (kiri) dan PK Kokum, Encik Hamzah Abd Wahid semasa menyaksikan persembahan formasi paluan kompang Persatuan Kompang SMKKJ. Semasa lawatan tersebut, beliau sempat menyampaikan sumbangan kepada SMK Kunak Jaya, termasuk kain untuk pakaian Pasukan Kompang, Tang...

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEMBAH DANUM

Imej
Pada 09.08.2008, Persatuan Sains dan Matematik SMKKJ yang terdiri dari pelajar Tingkatan 4 Sains telah melakukan Lawatan Sambil Belajar ke Lembah Danum Lahad Datu. Antara aktiviti dan objektif lawatan tersebut adalah melakukan kajian biologi terhadap flora dan faona termasuk habitat hidupan di Lembah Danum. Lawatan diketuai oleh Cikgu Abd Muji Maraleh. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 4 Sains dengan disertai 4 orang guru telah bermukim di Lembah Danum selama 3 hari 2 malam. Guru-guru yang terlibat selain Cikgu Abd Muji ialah Cikgu Misdah Jalalin, Cikgu Zurina, Cikgu Hafizaini serta penyelaras ICT Encik Zawawi. Bergambar beramai-ramai di hadapan sekolah sebelum menaiki bas menuju ke Lembah Danum. Antara kemudahan yang terdapat bagi kemudahan pengunjung melakukan aktiviti. Antara faona dan flora yang terdapat di Lembah Danum, Lahad Datu. Lembah Damun menyediakan pusat rekreasi dan kajian serta kaya dengan pemandangan yang indah menyegarkan.