Sukan, sukan juga Akademik jangan lupa...


19. 01. 2009 - Peperiksaan Excel JPN Sabah sudah bermula. Sebagai pelajar, semua harus dilakukan tanpa mengira penat. Demi masa depan, mahu tidak mahu anda perlu malah wajib melaksanakan segala tanggungjawab anda sebagai pelajar, sama ada dari segi kurikulum mahupun kokurikulum. Dalam mengharungi tanggungjawab ini hendaklah biar diseimbangkan, jangan berat sebelah sehingga mengabaikan yang lain yang juga sama pentingnya.

Sebagai pelajar, banyak yang anda perlu lakukan. Belajar sudah semestinya diletakkan di tangga teratas. Selepas itu bahagikan masa pada yang lain termasuk sukan, riadah, serta aktiviti kokum lainnya. Kena pandai membahagikan masa, kerana kelancaran perjalanan anda kearah kejayaan dalam pendidikan seterusnya mencapai apa yang dicita-citakan sejak mula menjejak kaki ke bangku sekolah rendah lagi, adalah kejayaan anda dalam akademik. Namun tidak bermakna anda boleh mengabaikan aktiviti kokum, kerana itu juga akan membantu anda ke menara gading.

Dan... yang paling penting di sini ialah disipliun anda. Tanpa disiplin diri yang teguh, seseorang akan sukar mencapai apa yang di hajatinya. Percayalah, anda tidak akan rugi kalau menjadi pelajar berdisiplin, malah anda akan beroleh 'keuntungan' sebagai seorang pelajar dengan memelihara disiplin. Semua orang tahu, bahawa apa sahaja yang dikukan hendaklah dengan disiplin yang tinggi untuk mencapai tujuan apa yang dilakukan itu. Solat, ibadah yang lain, kerja, bersukan, belajar dan sebagainya hendaklah berdisiplin. Semoga berjaya dalam Peperiksaan Excel 1 dan terus berjaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Puisi Buat Anak Didik

SMK KUNAK JAYA JOHAN FUTSAL PERINGKAT NEGERI SABAH

BERTEMU KEMBALI