Catatan

RIMUP

Imej
10.11.2008- Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 2008 Peringkat Sekolah Menengah Daerah Kunak telah disempurnakan perasmian penutupannya oleh Encik Asiz Ahmad, yang mewakili Pegawai Pelajaran Kunak, di SMK Kunak Jaya. Berbagai acara telah diadakan yang menggabungkan tiga buah sekolah menengah dalam daerah Kunak iaitu SMK Kunak Jaya selaku tuan rumah, SMK Kunak dan SMK Madai. Encik Nor Aslam Mano Abdullah (Pengetua SMK Kunak Jaya) semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya. RIMUP telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi tujuan mengeratkan integrasi antara kaum dikalangan pelajar sekolah. Pada tahun 2007, RIMUP daerah Kunak telah dilaksanakan dengan mengadakan lawatan amal ke Rumah Orang-orang Tua Tawau. Manakala pada tahun ini, aktiviti sukaneka telah dipilih sebagai pengisian RIMUP 2008. Encik Asiz Ahmad, mewakili PPD semasa myampaikan ucapan perasmian RIMUP 2008. Acara telah dimulakan dengan senam robik di Dataran Ilmu SMK Kunak Ja...

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR 2008

Imej
06.11.2008 - SMK Kunak Jaya sekali lagi berjaya melaksanakan satu program peringkat sekolah khusus meraikan kejayaan pelajar SMK Kunak Jaya. Menurut pengarah program, Cikgu Abd Mulok Abd Sani, program anugerah ini dilaksanakan sebagai program tahunan yang menganugerahkan anugerah kecemerlangan dari segi Kurikulum, Kokurikulum serta Anugerah Pelajar Cemerlang keseluruhan. Pengetua SMK Kunak Jaya semasa merasmikan Program Anugerah Pelajar 2008 En Abd Mulok Abd Sani selaku Pengarah Program, duduk di hadapan berbaju batik biru, bersama PK Kokum dan PK 1. Di belakang ialah barisan guru-guru dan pelajar SMK Kunak Jaya. ____________________________ JENAKA SEMUT MERAH Suatu Ketika Tahun 1888 Di White House, Amerika Brake Ubemy: Oh, berani engkau sekeh kepala kami. Mentang-mentanglah kulit kami ni hitam. Baik buruk manusia bukan pada warna kulit tau. Suatu Ketika Tahun 2008 Di Black House, Amerika James Bushe: Tolonglah jangan sekeh kami. Kami ni kulit saja yang putih tapi hati kami hitam. S...

MP P188 SILAM KE SMKKJ

Imej
05.09.2008, Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, YB Haji Salleh Bin Kalbi telah melakukan lawatan ke SMK Kunak Jaya. Ketibaan Yang Barhormat tepat jam 8 pagi telah disambut dengan paluan kompang oleh Persatuan Kompang SMK Kunak Jaya. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa terharu dan kagum beliau diatas sambutan yang diberikan oleh warga SMK Kunak Jaya. Beliau juga banyak memberi nasihat serta contoh kepada pelajar SMKKJ agar menjadi insan yang berguna pada masa hadapan demi bangsa, agama dan negara. Beliau juga berjanji akan memberikan hadiah peribadi kepada sesiapa sahaja pelajar sama ada PMR, SPM mahupun STPM yang mendapat keputusan cemerlang pada tahun ini, YB Ahli Dewan Rakyat P188 Silam diapit oleh PK1 SMKK, Encik Harifudin Parakasi (kiri) dan PK Kokum, Encik Hamzah Abd Wahid semasa menyaksikan persembahan formasi paluan kompang Persatuan Kompang SMKKJ. Semasa lawatan tersebut, beliau sempat menyampaikan sumbangan kepada SMK Kunak Jaya, termasuk kain untuk pakaian Pasukan Kompang, Tang...

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEMBAH DANUM

Imej
Pada 09.08.2008, Persatuan Sains dan Matematik SMKKJ yang terdiri dari pelajar Tingkatan 4 Sains telah melakukan Lawatan Sambil Belajar ke Lembah Danum Lahad Datu. Antara aktiviti dan objektif lawatan tersebut adalah melakukan kajian biologi terhadap flora dan faona termasuk habitat hidupan di Lembah Danum. Lawatan diketuai oleh Cikgu Abd Muji Maraleh. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 4 Sains dengan disertai 4 orang guru telah bermukim di Lembah Danum selama 3 hari 2 malam. Guru-guru yang terlibat selain Cikgu Abd Muji ialah Cikgu Misdah Jalalin, Cikgu Zurina, Cikgu Hafizaini serta penyelaras ICT Encik Zawawi. Bergambar beramai-ramai di hadapan sekolah sebelum menaiki bas menuju ke Lembah Danum. Antara kemudahan yang terdapat bagi kemudahan pengunjung melakukan aktiviti. Antara faona dan flora yang terdapat di Lembah Danum, Lahad Datu. Lembah Damun menyediakan pusat rekreasi dan kajian serta kaya dengan pemandangan yang indah menyegarkan.

PERKHEMAHAN PERDANA SMKKJ 2008

Imej
Perkhemahan Perdana SMK Kunak Jaya 2008 telah berjaya dilaksanakan dari 23 Mei hingga 26 Mei 2008 melibatkan lebih 250 orang pelajar dengan enam buah pasukan unit beruniform. Peserta pada tahun ini adalah diberi keutamaan kepada pelajar dari Tingkatan Enam Atas dan Tingkatan Lima, walau bagai mana pun, pelajar dari tingkatan lain juga diberi peluang sekiranya diperlukan untuk mencukupkan ahli pasukan. Unit beruniform yang terlibat ialah Pesukan Pengakap SMKKJ, Kadet Bomba dan Penyelamat SMKKJ, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia SMKKJ (PBSM), Kadet Puteri dan Persatuan Puteri Islam Malaysia SMKKJ (PPIM). Berbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan, antaranya senam robik yang dikelolakan oleh jurulatih profesional dari Persatuan Senam Robik Kebangsaan, Kawat Kaki, Reka Cipta, Khemah, Memasak, Jejak Maklumat, Larian Komando, Persembahan Malam Perdana, Ikhtiar Hidup, Rawatan Kecemasan, Pidato dan banyak lagi. Pasukan Pengakap telah muncul sebagai...

SELANGKAH KE MENARA GADING

Imej
Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah ini telah membawa SMK Kunak Jaya khususnya pelajar yang terlibat seramai 40 orang melawat kampus UMS. Pelajar yang terlibat akan menginap di kampus UMS sambil melakukan beberapa aktiviti yang telah disusun oleh pihak universiti. Menurut Cik Rashida Abd Rahim, Kaunselor Sekolah SMKKJ, rombongan tersebut turut disertai oleh 2 orang guru pengiring dari SMKKJ, Cikgu Samsiah dan Cikgu Latifah akan berada di UMS sehingga 25 Mei 2008. Sebenarnya program Selangkah ke Menara Gading ini adalah merupakan suatu program yang telah dirancang dan SMKKJ telah mendapat jemputan secara rasmi yang di nyatakan sendiri oleh Timbalan Naib Censelor UMS semasa melakukan lawatan ke SMKKJ pada bulan Mac 2008 yang lalu. Guru pengiring memerhatikan pelajar menaiki bas express yang disewa khas untuk mengangkut pelajar ke UMS pada 23 Mei 2008 seawal jam 6.30 pagi.

(KADET BOMBA) SMKKJ berJAYA LAGI!

Imej
Memburu Kejayaan : En Hamzah Abd Wahid (PK Kokum), Muhammad Amir Paisal, Sahrul Kassim, Faizal Ahmad Juli, En Nor Aslam Mano Abdullah (Pengetua), Datu Muhammad Nazib Datu Kasim, Sabni Mat Daud, Acho Baso dan En Harifudin Parakasi (PK Pentadbiran). SMK Kunak Jaya terus mencapai kejayaan apabila 7 orang ahli Pasukan Kadet Bombanya yang mewakili Gabungan Lahad Datu dalam Pertandingan Kawat Kaki Kadet Bomba Peringkat Negeri Sabah di Sandakan pada 27 April 2008 sehingga 1 Mei 2008, telah muncul sebagai Johan Keseluruhan. Menurut Guru Penasihat Kadet Bomba SMKKJ selaku guru pengiring, Encik Kamal Pajakai, ketujuh-tujuh pelajar SMKKJ tersebut telah terpilih mewakili Negeri Sabah ke Pertandingan Kawat Kaki Kadet Bomba Peringkat Kabangsaan di Kuala Kangsar, Perak pada 8 Jun 2008 hingga 14 Jun 2008. Kadet Bomba SMKKJ juga menurut beliau baru sahaja didaftarkan secara rasmi pada tahun ini, dan penyertaan ahlinya dalam pertandingan Kawat Kaki adalah penyertaan sulung dan telah berjaya menempah ke...