KOMPANG DAN FORMASI NEGERI SABAH 2009

07.05.2009 (Khamis), Pertandingan Paluan Dan Formasi Kompang Peringkat Negeris Sabah 2009 telah berlangsung di Padang SMK Kunak Jaya. Sebanyak 2 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah telah mewakili zon masing-masing telah mempersembahkan paluan dan formasi kompang bermula jam 8.30 pagi. Acara dimulakan dengan persembahan dari Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Tawau yang mewakili Zon Tenggara, diikuti oleh SK Kem Lokawi, Kota Kinabalu yang mewakili Zon Barat, dan diakhiri oleh persembahan SMK Kunak Jaya, Kunak yang juga mewakili Zon Tenggara Kategori Sekolah Menengah.

Kesemua pasukan telah mempersembahkan Paluan dan Formasi Kompang yang baik sehingga menimbulkan saingan sengit terutama bagi kategori Sekolah Menengah. SK Kem Lokawi telah muncul sebagai juara kategori sekolah rendah, manakala SMK Kunak Jaya telah berjaya muncul sebagai juara keseluruhan kategori sekolah menengah selain merangkul hadiah Paluan Terbaik. SM St Michael, Kota Kinabalu pula memenangi hadiah Formasi Terbaik seterusnya menjadi Naib Juara kategori menengah, manakala SMKA Tun Said, Kota Belud menyandang tempat ke tiga.

Pasukan Kompang SMK Kunak Jaya juga akan mewakili Sabah ke pertandingan Paluan dan Formasi Kompang Peringkat Kebangsaan 2009 yang dijangka akan berlangsung di negeri Selangor pada Jun akan datang.

Wakil Rakyat DUN N51 Kunak, YB En Nilwan Bin Kabang telah merasmikan Majlis Penutupan Paluan dan Formasi Kompang Peringkat Negeri Sabah serta menyampaikan hadiah kepada pemenang. Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, Encik Zamri Pehakan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk dan Penasihat Jawatankuasa Pelaksana. Ketua Unit Kokurikulum (Kebudayaan) Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Encik Kipli Bin Bitam merangkap Setiausaha 1 Jawatakuasa Induk Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Negeri Sabah 2009 serta Pengetua SMK Kunak Jaya Encik Nor Aslam Mano Bin Abdullah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana pertandingan.
SEKITAR MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH


Ulasan

  1. salam kpd smua warga SMKKJ, khususnya kpd pnulis blog,,Cikgu Sulo,,,

    pngorbanan yg dlakukan oleh kumpulan kompang SMKKJ slama ini sgt brbaloi krana akhirnya mreka tlah brjaya mlakar sbuah sjarah dlm prtndingn brprestej. Sribu tahniah ducapkan & Sjuta doa dkalungkn kpd smua yg trlibat,,
    dharapkn satu lg kjayaan bsr dpt dukir d Selangor nnti. Insya-Allah.

    Wassalam.

    by Sam'z Ha

    BalasPadam
  2. Wa alaykum salam

    Sam'z Ha : terima kasih atas sokongan serta doa anda.

    BalasPadam
  3. olayme_liya86@yahoo.com2/04/2010 5:02 PTG

    hai semua...assalamualaikum.apa kbar smkkj?.rindu la....sy x-student smkkj stpm2005. nak menghubungi cikgu Hamzah Abd. Wahid. ade sesiapa tak yang mempunyai no tel. cikgu hamzah??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI