SMK KUNAK JAYA JOHAN FUTSAL PERINGKAT NEGERI SABAH
Seramai 10 orang pelajar yang membawa nama SMK Kunak Jaya bersama dua orang guru pengiring telah berjaya mencatatkan rekod baru sebagai Johan Kejohanan Futsal 1 Murid 1 Sukan Piala Menteri Pelajaran di Kota Kinabalu pada 7hb Oktober 2012.

Menurut Juru Latih yang juga guru pengiring, Encik Sahrir Hamid, kesemua 10 pelajar tersebut terpilih mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di negeri Selangor sedikit masa lagi. Seorang lagi guru pengiring yang bertindak sebagai Pembantu Juru Latih dan juga Fisioterapy, Encik Jumading Beddu mengharapkan agar kesemua pelajar terbabit dapat membuat persediaan kecergasan dari segi fizikal dan mental, kerana cabaran yang dibawa lebih mencabar lagi. Semoga kejayaan akan terus bersama SMK Kunak Jaya sesuai dengan cogan kata "Sentiasa Kehadapan" dan "Ku Nak Jaya".
Ulasan
Catat Ulasan