Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Matapelajaran Sejarah boleh diambil SPMU 2014

Berita baik buat semua pelajar SPM, bermula tahun 2014 Kementerian Pelajaran Malaysia akan memasukkan Matapelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM Ulangan. Ini telah dinyatakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran semasa persidangan Dewan Negara, bertujuan memberi peluang kepada semua pelajar memperolehi sijil SPM. Buat masa sekarang, matapelajaran yang ditawarkan untuk peperiksaan SPM Ulangan ialah Bahasa Melayu dan Matematik. Dengan kemasuk matapelajaran Sejarah dalam SPMU adalah diharapkan pelajar yang memperolehi keputusan kurang memuaskan terutama matapelajaran Sejarah akan dapat memperbaikinya menerusi SPMU. Apapun adalah diharapkan semua calon SPM akan datang lebih bersungguh-sungguh dan tidak mengambil mudah serta menganggap bahawa mereka boleh mengulang menduduki matapelajaran Sejarah. Kalau boleh setiap calon hendaklah lulus dengan baik untuk semua matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. lagi berita berkaitan

PMR, SPM & STPM

Imej
Peperiksaan PMR baru sahaja berakhir. Semoga keputusan yang bakal diterima kelak menunjukkan kecemerlangan seterusnya akan menaikkan nama sekolah. Kini giliran pelajar Tingkatan 2, 4 dan 6 Rendah menghadapi peperiksaan Excel 1 dibawah JPN Sabah. Kepada mereka yang terlibat diucapkan selamat menempuh peperiksaan semoga semua pelajar menjawab dengan penuh kesungguhan dan keyakinan. Kepada calon SPM dan STPM pula, adalah diharapkan dalam masa yang amat singkat ini, mereka telah bersedia untuk menempuh peperiksaan tersebut dengan penuh yakin. Masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan serta memperkukuhkan persediaan yang ada. Bagi pihak semua warga SMK Kunak Jaya, kami mendoakan kejayaan anda semua.

LIHAT PENYATA GAJI ONLINE

Imej
Kini pengguna terutamanya pekerja Jabatan Kerajaan boleh mendapatkan Penyata Gaji mereka secara online. Bagaimanapun setiap pelanggan perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh mengakses penyata gaji online mereka, biasalah untuk keselamatan. Mula-mula layarilah laman web Jabatan Akauntan Negara . Bagi yang belum mendaftar, klik arahan Pertama Kali Mendaftar untuk mendaftar dan isikan borang ringkas yang dipaparkan. Masukkan nombor kad pengenalan, nombor gaji dan kata laluan yang anda pilih sendiri dengan tidak kurang dari 8 huruf atau nombor. Klik OK. Selesai pendaftaran. Sekarang anda boleh mula daftar masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan serta kata laluan anda. Untuk Penyata bulanan, klik perkataan 'sendiri' dibawah Penyata Gaji, pilih bulan dan tahun kemudian klik kod warna merah di dalam jadual yang dipaparkan. Penyata anda akan dimuat turun secara automatik dalam format pdf. Oleh itu sila pastikan komputer anda ada aplikasi pdf (Adobe Reader) untuk melihat Pe

Ramadhan Bulan Al-Qur'an

Imej
Kechapi Islamic Greeting Card Puasa di bulan Ramadhan semua orang tahu dan mungkin menjadi amalan mereka sejak kecil lagi yakni sejak di bangku sekolah rendah. Namun membaca Al-Qur'an sama ada pada siang hari mahupun sebelah malam sepatutnya dijadikan amalan semua orang. Ramai yang hanya menghabiskan masa siangnya dengan melayan tidur terutama ketika tengah hari yang akhirnya berlarutan hingga ke waktu berbuka puasa. Di SMK Kunak Jaya, amalan membaca Al-Qur'an telah menjadi amalan tahunan sempena bulan Ramadhan yang biasanya diamalkan secara bertadarus. Kalau boleh kumpulan tadarus Al-Qur'an ini ditambah lagi agar lebih ramai warga sekolah yang terlibat. Kerana selain meningkatkan amal ibadah Ramadhan dengan membaca Al-Qur'an, pelajar yang mungkin kurang lancar membaca Al-Qur'an boleh sama-sama mempertingkatkan lagi bacaan mereka. Ini kerana ramai pelajar yang hanya tahu membaca Al-Qur'an secara 'merangkak-rangkak' kerana terlalu lama tidak membacanya. A

Ramadhan Datang Lagi

Imej
Banner Program Ramadhan Dekat Di Hati yang kini boleh dilihat di hadapan sekolah. Seperti biasa pada tahun-tahun yang lepas, warga SMK Kunak Jaya akan menyambut bulan penuh keberkatan bulan Ramadhan dengan berbagai program. Pada tahun ini Panitia Pendidikan Islam dibawah Bidang Kemanusiaan melancarkan Program Ramadhan Dekat Di Hati yang merangkumkan beberapa aktiviti dan program sepanjang Ramadhan. Selain mengadakan solat sunat Tarawih dan moreh di surau Ar-Raudhah (surau sekolah), beberapa program yang merupakan program tahunan juga turut dirancang bagi memberi peluang kepada warga sekolah menghayati bulan Ramadhan disamping menjalankan ibadah puasa. Antaranya Kuiz Ramadhan yang akan dijalankan pada waktu rehat dan semasa perhimpunan mingguan. Pada waktu pagi pula setiap hari akan disiarkan melalui alat siaraya Tazkirah serta bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an. Saham Ar-Raudhah pula merupakan program yang mendidik warga SMK Kunak Jaya menjadi insan yang pemurah, suka bersedekah serta

PROGRAM MOTIVASI 'KEMBALI KE SEKOLAH'

Imej
11.05.2010, sekumpulan bekas pelajar SMK Kunak Jaya yang diketuai oleh Cik Aslina Ali dari Perkumpulan Siswa-siswi Sabah-USM (PERSIS) telah berkunjung ke sekolah ini. Menurut salah seorang dari mereka iaitu Sdr Baharuddin Mohd Alias, bahawa tujuan mereka adalah untuk memaklumkan seterusnya meminta kebenaran serta kerjasama pihak sekolah menjalankan suatu progaram motivasi. Program yang dinamakan 'Kembali Ke Sekolah' akan dilaksanakan pada 26 Mei 2010, dengan objektif memberi peluang kepada siswa-siswi melibatkan diri secara praktikal terhadap kehidupan bermasyarakat. Juga bertujuan memberi motivasi kepada calon-calon SPM dan STPM 2010 agar lebih berusaha untuk menjejak mereka yang telah bergelar siswa-siswi ini. Dibawah anjuran PERSIS dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKKJ. Sebenarnya program sebegini biasa dilakukan oleh bekas-bekas pelajar sekolah ini, terutama mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke 'menara gading'. Sememangnya pihak sekolah amat mengal

MESYUARAT AGONG PIBG SMK KUNAK JAYA 2010

Imej
Bermula seawal jam 7.00 pagi, 27hb Mac 2010, ibubapa sudah mula memasuki ruang dataran ilmu SMK Kunak Jaya, tidak lain hanya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ibubapa yang prihatin terhadap usaha mendidik anak-anak mereka. Disambut dengan barisan guru-guru dan pelajar di Anjung Ilmu SMKKJ, mereka mendaftar kehadiran sebelum menuju ke dewan untuk bermesyuarat. Guru-guru menanti kahadiran ibubapa di Anjung Ilmu. Ketibaan YB Tuan Hj Saleh Kalbi disambut oleh Pengetua En Nor Aslam Mano Abdullah dan PPD En. Samri Pehakan. Antara ibubapa yang hadir awal. Mesyuarat dirasmikan oleh YB Tuan Hj Saleh Kalbi, Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, merangkap Duta Keamanan PBB tepat jam 10.00 pagi. Yang Berhormat tiba di SMK Kunak Jaya pada jam 9.00 pagi atas jemputan PIBG SMK Kunak Jaya. Beliau juga turut melancarkan logo PIBG seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta logo PIBG. Logo ciptaan pelajar Salasiah Mohd Said dari tingkatan 3 Excellent terpilih memenangi pertanding

RUMAH SUKAN JAGUH MUNCUL JUARA

Imej
Sukan tahunan SMK Kunak Jaya kali ke 17 telah pun berakhir, dengan menyaksikan Rumah Sukan Jaguh muncul sebagai juara keseluruhan meninggalkan Perkasa, Wira dan Satria masing-masing ditempat kedua, ketiga dan keempat. Ahli Parlimen P188 Silam Hj Saleh Kalbi semasa berucap merasmikan MajlisSukan Tahunan SMK Kunak Jaya kali ke-17. Kemuncak sukan tahunan tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tuan Hj Saleh Kalbi pada 28 Januari lalu. Selain itu YB sempat menyampaikan sumbangan jersi untuk pasukan bola sepak dan bola tampar sekolah berserta beberapa biji bola. Pengetua sedang menerima sumbangan jersi dan bola dari YB Ahli Parlimen Silam. Selain acara sukan yang melibatkan pelajar, telah diadakan juga acara yang melibatkan guru dan ibu bapa. Dalam acara 4 x 100 meter guru dan ibu bapa, Pengetua Encik Noor Aslam Mano Abdullah telah turut serta berlari mewakili pasukan pentadbiran sekolah bersama PK Kokum, Encik Hamzah Abdul Wahid, Cikgu Abdul Mulok dan Cikgu Sharir Hamid. Selain i