PROGRAM MOTIVASI 'KEMBALI KE SEKOLAH'

11.05.2010, sekumpulan bekas pelajar SMK Kunak Jaya yang diketuai oleh Cik Aslina Ali dari Perkumpulan Siswa-siswi Sabah-USM (PERSIS) telah berkunjung ke sekolah ini. Menurut salah seorang dari mereka iaitu Sdr Baharuddin Mohd Alias, bahawa tujuan mereka adalah untuk memaklumkan seterusnya meminta kebenaran serta kerjasama pihak sekolah menjalankan suatu progaram motivasi.

Program yang dinamakan 'Kembali Ke Sekolah' akan dilaksanakan pada 26 Mei 2010, dengan objektif memberi peluang kepada siswa-siswi melibatkan diri secara praktikal terhadap kehidupan bermasyarakat. Juga bertujuan memberi motivasi kepada calon-calon SPM dan STPM 2010 agar lebih berusaha untuk menjejak mereka yang telah bergelar siswa-siswi ini. Dibawah anjuran PERSIS dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKKJ.

Sebenarnya program sebegini biasa dilakukan oleh bekas-bekas pelajar sekolah ini, terutama mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke 'menara gading'. Sememangnya pihak sekolah amat mengalu-alukan kunjungan mereka sebagai satu cara memotivasikan adik-adik mereka di sekolah ini.

Antara bekas pelajar SMKKJ yang menjadi tonggak utama program, Aslina Ali (duduk), Baharuddin Mohd Alias, Nadia Asha Abdillah dan Marhaina Limin.

Antara bekas pelajar SMK Kunak Jaya yang terlibat yang kesemuanya kini belajar di Universiti Sains Malaysia, ialah Aslina Ali, Baharuddin Mohd Alias, Nadmi Noor, Rafidah Ahmad, Hasman Halimin, Nur Dahlia Napiding, Nadia Asha Abdillah dan Marhaina Limin. Semoga usaha mereka membantu pihak sekolah akan mendapat keberkatan seterusnya menjadikan mereka lebih berjaya kelak.

Ulasan

  1. gud luck 2 Bahar n de geng . . smoga program dpt berjln dgn lancar . . ^^

    BalasPadam
  2. eiynna_kechik6/16/2010 9:59 PTG

    tima kaC untuk semua warga smk kunak jaya terutamanya pengetua n cikgu2 yg banyak tolong kami dan sudi menerima kehadiran kmi..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI