LIHAT PENYATA GAJI ONLINE
Kini pengguna terutamanya pekerja Jabatan Kerajaan boleh mendapatkan Penyata Gaji mereka secara online. Bagaimanapun setiap pelanggan perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh mengakses penyata gaji online mereka, biasalah untuk keselamatan.
Mula-mula layarilah laman web Jabatan Akauntan Negara. Bagi yang belum mendaftar, klik arahan Pertama Kali Mendaftar untuk mendaftar dan isikan borang ringkas yang dipaparkan. Masukkan nombor kad pengenalan, nombor gaji dan kata laluan yang anda pilih sendiri dengan tidak kurang dari 8 huruf atau nombor. Klik OK. Selesai pendaftaran. Sekarang anda boleh mula daftar masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan serta kata laluan anda.
Untuk Penyata bulanan, klik perkataan 'sendiri' dibawah Penyata Gaji, pilih bulan dan tahun kemudian klik kod warna merah di dalam jadual yang dipaparkan. Penyata anda akan dimuat turun secara automatik dalam format pdf. Oleh itu sila pastikan komputer anda ada aplikasi pdf (Adobe Reader) untuk melihat Penyata Gaji anda.
Sila klik untuk e-Penyata Gaji dan Laporan
Muat turun Adobe Reader
Ulasan
Catat Ulasan