Ramadhan Datang Lagi

Banner Program Ramadhan Dekat Di Hati yang kini boleh dilihat di hadapan sekolah.

Seperti biasa pada tahun-tahun yang lepas, warga SMK Kunak Jaya akan menyambut bulan penuh keberkatan bulan Ramadhan dengan berbagai program. Pada tahun ini Panitia Pendidikan Islam dibawah Bidang Kemanusiaan melancarkan Program Ramadhan Dekat Di Hati yang merangkumkan beberapa aktiviti dan program sepanjang Ramadhan. Selain mengadakan solat sunat Tarawih dan moreh di surau Ar-Raudhah (surau sekolah), beberapa program yang merupakan program tahunan juga turut dirancang bagi memberi peluang kepada warga sekolah menghayati bulan Ramadhan disamping menjalankan ibadah puasa.

Antaranya Kuiz Ramadhan yang akan dijalankan pada waktu rehat dan semasa perhimpunan mingguan. Pada waktu pagi pula setiap hari akan disiarkan melalui alat siaraya Tazkirah serta bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an. Saham Ar-Raudhah pula merupakan program yang mendidik warga SMK Kunak Jaya menjadi insan yang pemurah, suka bersedekah serta penyayang. Program ini adalah program yang menggalakkan warga sekolah menderma wang ringgit kepada tabung khas yang akan diagih-agihkan kepada pelajar-pelajar miskin.

Kemuncak program adalah merupakan satu majlis yang akan diadakan pada hari terakhir persekolah iaitu sebelum cuti Hari Raya bermula. Pada hari tersebut akan diadakan majlis Khatam Qur'an, penyampaian bantuan Saham Ar-Raudhah kepada pelajar miskin, manakala pada sebelah petang akan diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama PIBG.

Semoga program sebegini akan terus menjadi program rasmi SMK Kunak Jaya dan semoga warga SMK Kunak Jaya akan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT. InsyaAllah.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI