RUMAH SUKAN JAGUH MUNCUL JUARA

Sukan tahunan SMK Kunak Jaya kali ke 17 telah pun berakhir, dengan menyaksikan Rumah Sukan Jaguh muncul sebagai juara keseluruhan meninggalkan Perkasa, Wira dan Satria masing-masing ditempat kedua, ketiga dan keempat.


Ahli Parlimen P188 Silam Hj Saleh Kalbi semasa berucap merasmikan
MajlisSukan Tahunan SMK Kunak Jaya kali ke-17.

Kemuncak sukan tahunan tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tuan Hj Saleh Kalbi pada 28 Januari lalu. Selain itu YB sempat menyampaikan sumbangan jersi untuk pasukan bola sepak dan bola tampar sekolah berserta beberapa biji bola.


Pengetua sedang menerima sumbangan jersi dan bola dari YB Ahli Parlimen Silam.


Selain acara sukan yang melibatkan pelajar, telah diadakan juga acara yang melibatkan guru dan ibu bapa. Dalam acara 4 x 100 meter guru dan ibu bapa, Pengetua Encik Noor Aslam Mano Abdullah telah turut serta berlari mewakili pasukan pentadbiran sekolah bersama PK Kokum, Encik Hamzah Abdul Wahid, Cikgu Abdul Mulok dan Cikgu Sharir Hamid. Selain itu, pihak kontraktor pembaikan sekolah juga tidak ketinggalan menghantar wakil mereka menyertai acara tersebut.

Kaum ibu pula bertanding menggelecek bola dengan menggunakan kayu hoki bersama guru wanita dan kakitangan sokongan wanita. Acara tersebut telah menyerikan majlis sukan pada tahun ini.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI