MESYUARAT AGONG PIBG SMK KUNAK JAYA 2010

Bermula seawal jam 7.00 pagi, 27hb Mac 2010, ibubapa sudah mula memasuki ruang dataran ilmu SMK Kunak Jaya, tidak lain hanya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ibubapa yang prihatin terhadap usaha mendidik anak-anak mereka. Disambut dengan barisan guru-guru dan pelajar di Anjung Ilmu SMKKJ, mereka mendaftar kehadiran sebelum menuju ke dewan untuk bermesyuarat.


Guru-guru menanti kahadiran ibubapa di Anjung Ilmu.


Ketibaan YB Tuan Hj Saleh Kalbi disambut oleh Pengetua En Nor Aslam Mano Abdullah dan PPD En. Samri Pehakan.

Antara ibubapa yang hadir awal.

Mesyuarat dirasmikan oleh YB Tuan Hj Saleh Kalbi, Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, merangkap Duta Keamanan PBB tepat jam 10.00 pagi. Yang Berhormat tiba di SMK Kunak Jaya pada jam 9.00 pagi atas jemputan PIBG SMK Kunak Jaya. Beliau juga turut melancarkan logo PIBG seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta logo PIBG. Logo ciptaan pelajar Salasiah Mohd Said dari tingkatan 3 Excellent terpilih memenangi pertandingan. Manakala pelajar Ayzan B Arman (5D), Arfaziela Bt Arman (3B) dan Zahir Mohd Mali (5 Sains) memenangi hadiah saguhati.

YB Tuan Haji Saleh Kalbi melancarkan logo PIBG disaksikan oleh YDP PIBG, Pengetua dan Tuan PPD.

Yang Berhormat juga menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Pelajar cemerlang PMR ialah Mohd Hafiz Hadi (8A), Mohd Rafie Rahman (8A), Abd Rahman Aripudin (7A1B), Fadilah Azman (7A1B), Barhan Bedjo (6A) dan Soleha Acho (6A). Masing-masing menerima wang tunai sumbangan sekolah dan PIBG serta menerima sijil.


Pelajar Cemerlang STPM, Nur Falihin Bt Azwan (gambar atas) dan SPM, Datu Muhammad Najib Bin Datu Kassim menerima hadiah kecemerlangan dari Yang Berhormat Ahli Parlimen Silam.

Pelajar cemerlang SPM pula terdiri dari Datu Muhammad Najib B Datu Kassim (6A), Mohd Sufikar B Meching (6A) dan Sharil Bolong (6A). Manakala pelajar cemerlang STPM terdiri dari Nur Falihin Bt Hammis @Azwan yang mendapat 4A (CGPA 4.0) yang juga merupakan pelajar terbaik STPM Kunak dan 10 terbaik Sabah. Pelajar cemerlang STPM yang lain ialah Fatimah Abd Rahman (3A1B) dan Rosliana Kandare (3A1B). Nur Falihin juga menerima sebuah komputer riba sumbangan YB Tuan Haji Saleh Kalbi.

Selepas majlis perasmian dan penyampaian hadiah, majlis berhenti rehat sebelum mesyuarat diteruskan tepat jam 11.00 pagi. Encik Sahing Taking telah terpilih semula sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2010-2012, manakala Timbalan Yang Dipertua dimenangi oleh Puan Jahina Kabang yang juga merupakan bekas AJK PIBG sesi yang lepas menggantikan Tuan Haji Pileh Bin Tahir. AJK yang lain telah dilantik semula iaitu Encik Ribut Nasip, Encik Dahlan Anano, Encik Ismail B Salah dan Puan Summik Bt Asis. AJK dikalangan guru pula akan dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah.




Meyuarat berakhir pada jam 12.30 tengah hari selepas beberapa usul dikemukakan. Antara usul yang hangat diperkatakan adalah berkaitan disiplin pelajar yang dibawa oleh Encik Ribut B Nasip berkaitan rambut pelajar, seterusnya PIBG bersetuju untuk menyumbangkan 5 buah mesin gunting rambut bagi keperluan pihak Lembaga Disiplin. Isu lain ialah berkaitan telefon bimbit yang juga merupakan isu yang ditangani peringkat kementerian, selain masalah pelajar ponteng sekolah dan ponteng kelas.

Pencapaian Negeri Sabah dalam STPM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI