Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2008

PERKHEMAHAN PERDANA SMKKJ 2008

Imej
Perkhemahan Perdana SMK Kunak Jaya 2008 telah berjaya dilaksanakan dari 23 Mei hingga 26 Mei 2008 melibatkan lebih 250 orang pelajar dengan enam buah pasukan unit beruniform. Peserta pada tahun ini adalah diberi keutamaan kepada pelajar dari Tingkatan Enam Atas dan Tingkatan Lima, walau bagai mana pun, pelajar dari tingkatan lain juga diberi peluang sekiranya diperlukan untuk mencukupkan ahli pasukan. Unit beruniform yang terlibat ialah Pesukan Pengakap SMKKJ, Kadet Bomba dan Penyelamat SMKKJ, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia SMKKJ (PBSM), Kadet Puteri dan Persatuan Puteri Islam Malaysia SMKKJ (PPIM). Berbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan, antaranya senam robik yang dikelolakan oleh jurulatih profesional dari Persatuan Senam Robik Kebangsaan, Kawat Kaki, Reka Cipta, Khemah, Memasak, Jejak Maklumat, Larian Komando, Persembahan Malam Perdana, Ikhtiar Hidup, Rawatan Kecemasan, Pidato dan banyak lagi. Pasukan Pengakap telah muncul sebagai

SELANGKAH KE MENARA GADING

Imej
Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah ini telah membawa SMK Kunak Jaya khususnya pelajar yang terlibat seramai 40 orang melawat kampus UMS. Pelajar yang terlibat akan menginap di kampus UMS sambil melakukan beberapa aktiviti yang telah disusun oleh pihak universiti. Menurut Cik Rashida Abd Rahim, Kaunselor Sekolah SMKKJ, rombongan tersebut turut disertai oleh 2 orang guru pengiring dari SMKKJ, Cikgu Samsiah dan Cikgu Latifah akan berada di UMS sehingga 25 Mei 2008. Sebenarnya program Selangkah ke Menara Gading ini adalah merupakan suatu program yang telah dirancang dan SMKKJ telah mendapat jemputan secara rasmi yang di nyatakan sendiri oleh Timbalan Naib Censelor UMS semasa melakukan lawatan ke SMKKJ pada bulan Mac 2008 yang lalu. Guru pengiring memerhatikan pelajar menaiki bas express yang disewa khas untuk mengangkut pelajar ke UMS pada 23 Mei 2008 seawal jam 6.30 pagi.

(KADET BOMBA) SMKKJ berJAYA LAGI!

Imej
Memburu Kejayaan : En Hamzah Abd Wahid (PK Kokum), Muhammad Amir Paisal, Sahrul Kassim, Faizal Ahmad Juli, En Nor Aslam Mano Abdullah (Pengetua), Datu Muhammad Nazib Datu Kasim, Sabni Mat Daud, Acho Baso dan En Harifudin Parakasi (PK Pentadbiran). SMK Kunak Jaya terus mencapai kejayaan apabila 7 orang ahli Pasukan Kadet Bombanya yang mewakili Gabungan Lahad Datu dalam Pertandingan Kawat Kaki Kadet Bomba Peringkat Negeri Sabah di Sandakan pada 27 April 2008 sehingga 1 Mei 2008, telah muncul sebagai Johan Keseluruhan. Menurut Guru Penasihat Kadet Bomba SMKKJ selaku guru pengiring, Encik Kamal Pajakai, ketujuh-tujuh pelajar SMKKJ tersebut telah terpilih mewakili Negeri Sabah ke Pertandingan Kawat Kaki Kadet Bomba Peringkat Kabangsaan di Kuala Kangsar, Perak pada 8 Jun 2008 hingga 14 Jun 2008. Kadet Bomba SMKKJ juga menurut beliau baru sahaja didaftarkan secara rasmi pada tahun ini, dan penyertaan ahlinya dalam pertandingan Kawat Kaki adalah penyertaan sulung dan telah berjaya menempah ke

Pertandingan Teater KOMSAS Peringkat Gabungan Lahad Datu

Imej
14 May 2008, Rabu, SMKKJ sekali lagi mencatat sejarah apabila berjaya mengelolakan Pertandingan Teater KOMSAS Peringkat Daerah Gabungan Lahad Datu. Sebagai sebuah sekolah yang masih serba kekurangan terutama kemudahan dewan, SMKKJ ternyata masih mampu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Ini adalah hasil dari komitmen yang ditunjukkan oleh semua warganya. Dalam pertandingan tersebut, Kumpulan Teater SMKKJ telah muncul sebagai Johan dengan tajuk teater "Puteri Hang Li Po" , seterusnya akan mewakili Gabungan Lahad Datu ke Pertandingan Teater Peringkat Negeri Sabah, Jun akan datang. Tempat Kedua disandang oleh SMK Madai, manakala tempat Ketiga jatuh kepada SMK Bukit Garam II. Selain muncul sebagai Johan Keseluruhan, SMKKJ juga telah memenangi Anugerah Pengarah Terbaik (Dt. Awaluddin Dt. Kamaruddin) dan Anugerah Pelakon Utama Wanita Terbaik (Murinah Abdul Rakman). SMK Madai pula menerima Anugerah Pelakon Utama Lelaki (Watak Matahari) dan Pelakon Pembantu Wanita (Watak

MATEMATIK OH MATEMATIK

Imej
Operasi pendaraban 2 matriks. (Multiplication Of Two Matrices) Rama i pelajar yang merasa keliru untuk melakukan pendaraban dua matriks. Seperti yang diketahui bahawa matriks mengandungi unsur yang dikenali setiap satunya berdasarkan kedudukan unsur tersebut. Misalnya: a ialah unsur a11 (disebut unsur satu-satu), kerana a adalah unsur matriks A pada baris satu lajur satu. b ialah unsur a 12 (disebut unsur satu-dua), kerana b adalah unsur matriks A pada baris satu lajur dua. c ialah unsur a21 (disebut unsur dua-satu), kerana c adalah unsur matriks A pada baris dua lajur satu. d ialah unsur a22 (disebut unsur dua-dua) kerana d adalah unsur matriks A pada baris dua lajur dua. Pendaraban dua matriks adalah merupakan hasil tambah bagi hasil darab unsur satu-satu matriks pertama dengan unsur satu-satu matriks kedua dan unsur satu-dua matriks pertama dengan unsur dua-satu matriks kedua. Untuk mengelakkan kekeliruan, pelajar boleh menyusun dua matriks yang didarabkan s