Selamat Beribadah Puasa Ramadhan

Kata orang tua-tua, pada bulan Ramadhan ini, syaitan dan kuncu-kuncu dibelenggu. Namun kenapa dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini, masih ramai orang yang seakan-akan telah dirasuk syaitan dalam melakukan maksiat termasuklah tidak berpuasa. Sifat-sifat yang ditunjukkan tidak menggambarkan bahawa seseorang itu tidak dipengaruhi syaitan yang sudah terkenal dalam memerangkap manusia atau keturunan Adam a.s. melakukan dosa-dosa.

Apa sebenarnya yang mempengaruhi, manusia itu melakukan maksiat dibulan yang syaitan terbelenggu ini? Kalau difikir-fikirkan, tiada apa yang mempengaruhinya melaikan diri sendiri yang sudah hampir menyerupai sifat syaitan itu sendiri. Sifat yang sudah sebati ditambah kerasnya hati untuk menolak kemungkaran, jauh sekali menginsafi diri agar mencegah diri dari melakukan maksiat merupakan syaitan jelmaan dalam diri manusia itu sendiri. Manusia seumpama ini sebenarnya kurang mendapat perhatian dari senarai godaan sang syaitan, kerana sudah dapat memandu dirinya kearah kesesatan serta melakukan kemungkaran.

Sebab itu, pada bulan Ramadhan Al Mubarak penuh barakah ini, masih terdapat orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah dan beragama Islam, tetapi tanpa segan silu untuk tidak berpuasa bahkan lebih dari itu dengan melakukan perkara-perkara maksiat. Orang seperti inilah syaitan telah menjelma dalam dirinya.

Selamat berpuasa.



TARIAN BOOLYWOOD PERSEMBAHAN PELAJAR DAN GURU SMK KUNAK JAYA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI ANUGERAH JABATAN PELAJARAN DAERAH KUNAK DI SMK MADAI.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Puisi Buat Anak Didik

SMK KUNAK JAYA JOHAN FUTSAL PERINGKAT NEGERI SABAH

BERTEMU KEMBALI