ANUGERAH PENGURUSAN SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT DAERAH KUNAK UNTUK SMK KUNAK JAYA.



30 Julai 2011, bertempat di SMK Madai, Majlis Sambutan Hari Guru dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Kunak 2011 telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Dato' Abd. Ghafar Bin Mahmud.

Majlis yang diserikan dengan persembahan dua buah tarian dari pelajar dan guru SMK Kunak Jaya ini seakan menjadi majlis yang dibintangi oleh warga SMK Kunak Jaya. Mana tidaknya, dari pengurusan pentas, persembahan, montaj, sambutan (kompang) sehingga kepada penerima anugerah, ada sahaja kalibat warga SMK Kunak Jaya. Tahniah kepada warga SMK Kunak Jaya.

Pengetua SMK Kunak Jaya, Encik Nor Aslam Mano Bin Abdullah telah mengetuai senarai penerima Anugerah bagi pihak SMK Kunak Jaya apabila naik ke pentas menerima Anugerah Pengurusan Sekolah Terbaik daripada Yang Berbahagia Dato' Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Selain itu, SMK Kunak Jaya juga menerima anugerah:
01. Anugerah Lonjakan Saujana SPM
02. Anugerah Prestasi Terbaik SPM 2010
03. Anugerah Khas Prestasi Trbaik STPM 2010 Peringkat Daerah dan Negeri Sabah.
04. Anugerah Mata Pelajaran Capai KPI Negeri PMR 2010
05. Anugerah Mata Pelajaran Capai KPI Negeri SPM 2010
06. Anugerah Pencapaian Straight A Dalam STPM
07. Anugerah Matapelajaran Capai 100% STPM
08. Anugerah Pencapaian Sukan Tertinggi Sekolah Menengah
09. Anugerah Pusat Sumber Terbaik Sekolah Menengah
10. Anugerah Bilik Sumber PPDa Terbaik Sekolah Menengah
11. Anugerah Khidmat Bakti Cemerlang Kurikulum (3 penerima)
12. Anugerah Khidmat Bakti Cemerlang Kokurikulum (3 penerima)
13. Anugerah Khidmat Bakti Cemerlang Bidang Sukan. (2 penerima)

Sememangnya dengan penganugerahan tersebut, menunjukkan SMK Kunak Jaya adalah merupakan sekolah menengah terbaik di Daerah Kunak. Ini adalah berkat kesungguhan, kerjasama dan kemuafakatan semua warganya. Tahniah sekali lagi kepada semua warga SMK Kunak Jaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI