Terimakasih kepada semua pengunjung blog ini. Terimakasih sekali lagi kepada yang menjadi pengikut tetap blog ini. Post pada kali ini saya hanya ingin mengabadikan sebuah puisi yang diungkapkan oleh seorang warga SMKKJ, yang juga merupakan salah seorang orang kuat di SMKKJ iaitu Puan Gan Siew Lin. Bait-bait puisi tersebut saya petik dari ruangan chatbox (shoutbox) yang ditulis oleh Puan Gan. Mohon kebenaran puan, semoga pelajar yang membacanya akan terus tabah, bersemangat dan lebih berusaha kearah kecemerlangan. Puisinya berbunyi begini: ini sekolah kita, di sini kita menapak, biar runtuhan konkrit menyeliputi diri, tetap ku gagahi, menapak dan menapak lagi, kerana ini sekolah ku. ayuh pelajar-pelajar SMKKJ usah runtuh semangatmu seperti runtuhan ini kita usung batu-batu ilmu kita atur ia menjadi timbunan ilmu kita buktikan bahawa kita boleh berjaya walau ilmu ditimba dari runtuhan konkrit namun tambah cekal kaki melangkah dalam susah, dalam senang... tetap kusanjung dirimu, SMKKJ dan
Ulasan
Catat Ulasan