Puisi Buat Anak Didik

Terimakasih kepada semua pengunjung blog ini. Terimakasih sekali lagi kepada yang menjadi pengikut tetap blog ini. Post pada kali ini saya hanya ingin mengabadikan sebuah puisi yang diungkapkan oleh seorang warga SMKKJ, yang juga merupakan salah seorang orang kuat di SMKKJ iaitu Puan Gan Siew Lin. Bait-bait puisi tersebut saya petik dari ruangan chatbox (shoutbox) yang ditulis oleh Puan Gan. Mohon kebenaran puan, semoga pelajar yang membacanya akan terus tabah, bersemangat dan lebih berusaha kearah kecemerlangan. Puisinya berbunyi begini:

ini sekolah kita,
di sini kita menapak,
biar runtuhan konkrit menyeliputi diri,
tetap ku gagahi, menapak dan menapak lagi,
kerana ini sekolah ku.

ayuh pelajar-pelajar SMKKJ
usah runtuh semangatmu seperti runtuhan ini
kita usung batu-batu ilmu
kita atur ia menjadi timbunan ilmu
kita buktikan
bahawa kita boleh berjaya

walau ilmu ditimba dari runtuhan konkrit
namun tambah cekal kaki melangkah
dalam susah, dalam senang...
tetap kusanjung dirimu, SMKKJ
dan tidak ku undur walau setapak
kerana kau sekolahku
kerana aku sentiasa ingat
jasa baktimu SMKKJ

walau kau kini
terhina di mata masyarakat
namun,
tidak pernah terhina di mata kami
biar kami menjadi gandarmu
biar kami menjadi tongkat tiangmu
kerana SMKKJ
kau tetap istimewa di mata kami.

Pn Gan.
24.08.2009

Ulasan

  1. Kepada sesiapa yang mahu menghantar karya untuk dikongsikan boleh hantar ke email saya lapayo_7734@yahoo.com.my

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

BERTEMU KEMBALI