SELSEMA BABI DAN TUALA WANITA


Ketika sedang memandu kelmarin, saya tertarik dengan laporan berita dari pusat berita radio nasional pada jam 5 petang. Antara berita yang dilaporkan adalah isu berkaitan selsema babi di Jepun. Menurut pembaca berita tersebut, topeng penutup mulut sudah habis di Jepun gara-gara gejala selsema babi. Akibatnya, rakyat Jepun kini mungkin akan menggunakan tuala wanita sebagai alternatif untuk menutup mulut dan hidung mereka.

Bunyinya agak menarik dan lucu. Pada saya, ada 2 kemungkinan yang menyebabkan topeng penutup mulut amat laris di Jepun. Pertama, mungkin rakyat Jepun sangat mengambil berat terhadap kesihatan mereka apatahlagi selsema babi merupakan penyakit yang membawa maut. Kemungkinan kedua, mungkin juga rakyat Jepun sangat takut kepada penyakit yang membawa maut ni. Barangkali terdapat kemungkinan lain yang saya sendiri kurang pasti.

Semenjak penyakit ini mula dikenali di Malaysia, saya berasa lucu dan jijik dengan selsema babi. Saya rasa lucu sebab tak sangka ada penyakit yang namanya selsema babi. Teringat pula nama kutu babi dalam filem P Ramlee. Rasa jijik dengan selsema ni sebab ianya datang dari binatang najis mughallazah. Mulanya ia dikenali dengan nama selsema babi. Entah kenapa tiba-tiba ada pak menteri yang minta supaya jangan guna nama selsema babi tapi guna istilah influenza A H1N1.Walau apapun namanya, ia tetap merupakan penyakit merbahaya yang membawa maut. Inilah antara hukuman dan peringatan yang Allah taala berikan kepada manusia. Jangan kita lupa kisah Raja Namrud di zaman Nabi Ibrahim a'laihissalam.

Allah telah menghantar mahkluk yang lemah iaitu nyamuk kepada raja yang zalim dan bongkak. Nyamuk ini telah memasuki lubang hidung Namrud dan memakan otaknya. Akhirnya Namrud mati hanya kerana seekor nyamuk.

Itulah peringatan daripada Allah kepada hambaNya.

sumber catatan -helmy abd hamid

Ulasan

  1. salam...
    org jepun memang terkenal dgn sikap berdisiplin dan mementingkan kebersihan...
    so, bg sy tidak hairan lah jika tuala wanita digunakan sbg pengganti topeng penutup mulut.
    sejarah sekolah sy sblm ni, bole dikatakan setiap thn pljar jepun akn dtg utk membuat lawatan ke Lembah Danum. setiba saja di sekolah kami, tempat pertama yg mereka lihat ialah tandas. agak menghiraikan bila plajar menganbil gambar keseluruhan tandas. mereka sebenarnya mahu melihat budaya dan tatacara hidup masyarakat kita. inilah perbezaan yg wujud dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan budaya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI