SMK KUNAK JAYA JUARA CATUR LELAKI 18 DAN PEREMPUAN 18 MSSDK


Johan, Naib Johan, Ke3, 4, 5 dan Ke6 Lelaki 18 tahun ke bawah.


Johan, Naib Johan, Ke3, 4, 5 dan ke6 kategori Perempuan 18 tahun kebawah

Pada 5 hingga 6 Mac 2012, berlangsung kejuaraan catur peringkat sekolah-sekolah Daerah Kunak. SMK Kunak Jaya berjaya merangkul juara kategori Lelaki 18 dan Perempuan 18. Bukan itu sahaja, malah SMK Kunak Jaya juga merangkul tempat hingga tempat ke5 ketegori 18 tahun, manakala kategori Perempuan 18 tahun , SMK Kunak Jaya turut menjulang piala Naib Johan dan tempat ke Tiga selain tempat ke5 dan ke6 kategori Lelaki 15.

Senarai nama pemenang dari SMK Kunak Jaya dalam pertandingan catur MSSDK:
1) Herman Abd Rahman (Johan L18)
2) Abu Hassan Umar (Naib Johan L18)
3) Hee Tzing Wen (KeTiga L18)
4) Mohd Jifirul Mondongot (KeEmpat L18)
5) Alhakim Musa (KeLima L18)

6) Alifah Zakariah (Johan P18)
7) DG Norsuhaidatul Salina (Naib Johan P18)
8) Sakiah Sanusi (Ke Tiga P18)

Secara keseluruhan, SMK Kunak Jaya muncul juara Club Standing kategori Lelaki 18 dengan pungutan skor 33 meninggalkan SMK Kunak dengan skor 12.5 dan SMK Madai dengan skor 8.8, manakala bagi kategori perempuan 18, pungutan skor 15 turut menjadikan SMK Kunak Jaya juara Club Standing menewaskan SMK Madai dengan skor 8.

Seramai 11 orang pelajar SMK Kunak Jaya akan mewakili Daerah Kunak ke Kejohanan Catur Zon Tenggara. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, Pengetua Encik Nor Aslam Mano Abdullah serta guru pembimbing (Cikgu Abdul Muji Maraleh, Cikgu Lee Li Theng dan Cikgu Latifah Jalilul) kerana berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan semua warga SMK Kunak Jaya.

SMK Kunak Jaya, Cemerlang dan Sentiasa Ke Hadapan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI