10A DICATATKAN SEBAGAI PENCAPAIAN PEPERIKSAAN SPM 2011

Suasana sibuk dihadapan Pejabat Am apabila keputusan SPM 2011 dikeluarkan.


"Kami adalah yang terbaik SPM 2011"


Encik Harifuddin Parakasi, Penolong Kanan 1 (kiri), Encik Nor Aslam Mano Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Kunak Jaya (tengah) dan Tuan Hj Hamzah Bin Abdul Wahid, Penolong Kanan Kokurikulum bergambar bersama beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011.


Mohd Rafee Rahman menerima Sijil Penghargaan serta slip keputusan SPM daripada Tuan Pengetua.



Guru-guru sedia menunggu para pelajar SPM 2011 bagi menyampaikan slip keputusan SPM masing-masing.


21hb Mac, 2011 tarikh pengumuman rasmi keputusan SPM 2011. Suasana riuh di hadapan Pejabat Am SMK Kunak Jaya apabila beberapa orang calon yang memprolehi keputusan cemerlang menerima ucapan tahniah daripada Encik Nor Aslam Mano Bin Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Kunak Jaya bersama beberapa orang guru. Mohd Rafee Bin Rahman merupakan pelajar Cemerlang PMR 2009 sekali lagi mengharumkan nama SMK Kunak Jaya apabila menjadi pelajar terbaik SPM 2011 dengan memprolehi 10A.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEPUTUSAN STPM 2011 CEMERLANG

SELANGKAH KE MENARA GADING

PROGRAM MOTIVASI 'KEMBALI KE SEKOLAH'