SMK KUNAK JAYA BERJAYA MERAIH KEJAYAAN BERGANDA



18hb Februari 2012 merupakan sejarah buat SMK Kunak Jaya apabila berjaya mengulangi kejayaannya merangkul gelaran JUARA KESELURUHAN kategori sekolah menengah di SMK Kunak setelah memenangi buat pertama kali pada tahun 2011 di SMK Madai. Pada tahun ini SMK Kunak Jaya berjaya menafikan hasrat tuan rumah SMK Kunak untuk merampas kembali gelaran tersebut. Sememangnya tidak dinafikan, usaha yang dilakukan begitu bersungguh-sungguh sehingga pungutan pingat emas, perak dan gangsa kedua-dua pihak begitu sengit dan berterusan ke acara terakhir iaitu 4 x 200m lelaki bawah 18.


Setelah ketiga-tiga sekolah menengah SMK Kunak Jaya, SMK Kunak dan SMK Madai bertarung dalam kejohanan tersebut selama 4 hari bermula 15hb Februari 2012, SMK Kunak Jaya dinobatkan selaku Juara Keseluruhan selain merangkul anugerah Olahragawan dan Olahragawati kategori 18 tahun. Tidak disitu sahaja, SMK Kunak Jaya juga berjaya menggandakan kegembiraan warganya apabila Kontinjen Perbarisan SMK Kunak Jaya meraih gelaran Johan Perbarisan MSSZK 2012.

Tahniah kepada semua warga SMK Kunak Jaya khasnya kepada barisan Pentadbir yang diketuai oleh Tuan Pengetua Encik Nor Aslam Mano Abdullah, guru-guru, atlet serta semua pelajar. Semoga kejayaan ini menjadi milik SMK Kunak Jaya pada tahun-tahun yang akan datang. Tahun 2013 menanti dan menjanjikan sesuatu yang lebih baik kerana SMK Kunak Jaya akan menjadi tuan rumah kejohanan. Tahniah sekali lagi dan SMK Kunak Jaya "Sentiasa Kehadapan".

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI