JUARA KESELURUHAN SUKAN DAERAH...JUARA LAGI

Buat pertama kalinya, SMK Kunak Jaya telah berjaya merangkul gelaran Juara Keseluruhan Sukan MSS Daerah Kunak dalam kejohan yang berlangsung di SMK Madai bermula 07hb Mac 2011 dan berakhir pada 10hb Mac 2011. Dengan memperolehi 30 emas, SMK Kunak Jaya berjaya mengenepikan SMK Kunak selaku juara bertahan ke tempat ke dua serta meninggalkan SMK Madai ke tempat ke tiga.


Selain itu dua atlet dari SMK Kunak Jaya juga telah dinobatkan sebagai olahragawan kategori bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun. Mereka ialah pelajar Handih dan Mohd Saiezman. Manakala Briged Muda RELA SMK Kunak Jaya telah menjadi Juara Perbarisan sempena kejohanan tersebut kategori Unit Beruniform. Ini menjadikan SMK Kunak Jaya menjulang namanya sebagai juara berganda. Tuan Pengetua Encik Nor Aslam Mano Abdullah mengucapkan tahniah kepada semua atlet dan guru-guru SMK Kunak Jaya yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Tidak lupa juga kepada ahli PBSM SMK Kunak Jaya yang telah menjalankan tugas sebagai Unit Kecemasan dengan jayanya. Sesungguhnya SMK Kunak Jaya merupakan penyumbang terbesar kepada kecemerlangan sukan daerah.

Ulasan

  1. wahh.... ex-skola ku semakin cemerlang n telah menonjol kn taring sebenar kpd smk kunak.... itu menunjukkn skola kita jg mampu berdiri setanding sekola2 lain yg hebat dlm sukan mahupun pljrn... alhamdulillah.... tahniah kepd suma wrga smk kunak jaya......

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..smk kunak jaya telah banyak berubah...Saya bangga menjadi anak murid SMK KUNAK JAYA...~2004-2008~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI