JUARA BILIK SUMBER PPDa

Pelawat yang datang bergambar kenangan dihadapan Bilik Sumber PPDa SMK Kunak Jaya.

Bilik PPDa (Pendidikan Pencegahan Dadah) SMK Kunak Jaya telah mendapat tempat pertama atau Johan Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sabah, dan tempat Ke-3 Keseluruhan Peringkat Negeri Sabah dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa.

Pagawai Penilai diberi taklimat oleh pelajar Datu Awaluddin Datu Kamaruddin semasa lawatan penilaian kali kedua.

Menurut guru yang mengendalikan pengurusan Bilik Sumber PPDa SMKKJ, Cikgu Mohd. Hafiz Lokman, ini adalah berkat kerjasama yang diberi oleh semua guru, terutama guru-guru UBK serta pelajar. Beliau juga memaklumkan bahawa Bilik Sumber PPDa SMKKJ telah dilantik sebagai Pusat PPDa Daerah Kunak.

Bilik UBK

Cikgu Mohd. Hafiz Lokman juga memberitahu, selaku guru Kaunselor sekolah, beliau bersama rakan-rakan dalam UBK kini dalam proses pembahbaikan bilik UBK untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan lebih sistemetik dan kondusif kepada pelajar. Selain cikgu Mohd. Hafiz Lokman, beberapa guru UBK yang lain ialah cikgu Rashidah Abd Rahim serta cikgu Irmawaty Raping (ketua UBK). Sedlain guru-guru UBK, pelajar yang terdiri dari ahli PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) adalah merupoakan penggerak utama dalam melaksanakan program UBK.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI