Kembali Ke Sekolah

2010 baru saja kita tinggalkan, kini masuk tahun 2011 yang pastinya menjanjikan seribu satu macam peristiwa. Kepada pelajar dan semua warga SMKKJ, selamat kembali ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan 2011.

Januari yang sibuk, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Pada bulan inilah pendaftaran pelajar untuk naik ke tingkatan seterusnya berlangsung, penyusunan kelas, kurikulum, ko kurikulum serta mesyuarat staff, panitia, bidang dan seumpamanya. Begitu sibuk sehingga kadang-kadang ada kalangan pelajar mahupun guru yang tidak menang tangan. Apapun yang paling penting adalah P&P harus berjalan bermula hari persekolah dibuka. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Dua orang pemantau dari PPD Kunak sempat datang ke SMKKJ untuk melihat sendiri perjalanan P&P.

Tahun ini adalah diharapkan semua warga SMKKJ lebih bersedia dan lebih komited terhadap tugas masing-masing, baik pelajar mahupun kakitangan pengajar dan bukan pengajar. Semoga SMK Kunak Jaya pada tahun ini lebih berjaya dari tahun-tahun lalu. InsyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROGRAM MOTIVASI 'KEMBALI KE SEKOLAH'

KEPUTUSAN STPM 2011 CEMERLANG

SELANGKAH KE MENARA GADING