SMK KUNAK JAYA BERKARNIVAL LAGI


2011 baru menghampiri bulan ke duanya, SMK Kunak Jaya sudah mula sibuk dengan aktivitinya. Ketika ini, kokurikulum hampir menguasai suasana persekolahan. Namun tidak bermakna kurikulum diabaikan begitu sahaja, tetap berjalan mengikut jadual dan perancangan. Itulah SMK Kunak Jaya... kerana setiap warganya menanam semangat diri 'KU_NAK_JAYA'. Apa sekalipun aktiviti dirancang, harus berjalan dan dilaksanakan, disamping rutin p&p yang sudah semestinya menjadi kewajipan setiap warganya terutama pelajar dan pendidik.

Bermula dengan mesyuarat Rumah Sukan disusuli dengan Mini Maraton, SMK Kunak Jaya seakan berpesta sukan di awal tahun 2011 ini. Setiap pagi dan petang, akan kelihatan padang dan persekitaran sekolah dipenuhi pelajar yang menjalankan aktiviti latihan sukan. Semalam (25-26 Januari) semua pelajar terlibat dengan 'sukan tara', sesuai dengan hasrat TPM, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan setiap pelajar terlibat dengan sekurang-kurangnya 1 jenis sukan. Hasilnya, pelajar yang berbakat dalam jenis sukan tertentu akan dipilih untuk latihan yang akan mewakili sekolah seterusnya zon dan bahagian. Empat orang pelajar SMK Kunak Jaya telah terpilih mewakili zon Kunak ke pertandingan Maraton peringkat negeri di Keningau. Semoga mereka akan pulang dengan kejayaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Puisi Buat Anak Didik

SMK KUNAK JAYA JOHAN FUTSAL PERINGKAT NEGERI SABAH

BERTEMU KEMBALI