BANTUAN RM500 -Muat turun borang
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN RM500
- Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
- Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
- Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
- Warga emas sebatang kara
- Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk
memohon.
BORANG PENDAFTARAN/ PERMOHONAN BANTUAN RM500
Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
PEMBAYARAN BANTUAN RM500
Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.
BUAT LAMAN WEB SENDIRI
Ulasan
Catat Ulasan