Terimakasih kepada semua pengunjung blog ini. Terimakasih sekali lagi kepada yang menjadi pengikut tetap blog ini. Post pada kali ini saya hanya ingin mengabadikan sebuah puisi yang diungkapkan oleh seorang warga SMKKJ, yang juga merupakan salah seorang orang kuat di SMKKJ iaitu Puan Gan Siew Lin. Bait-bait puisi tersebut saya petik dari ruangan chatbox (shoutbox) yang ditulis oleh Puan Gan. Mohon kebenaran puan, semoga pelajar yang membacanya akan terus tabah, bersemangat dan lebih berusaha kearah kecemerlangan. Puisinya berbunyi begini: ini sekolah kita, di sini kita menapak, biar runtuhan konkrit menyeliputi diri, tetap ku gagahi, menapak dan menapak lagi, kerana ini sekolah ku. ayuh pelajar-pelajar SMKKJ usah runtuh semangatmu seperti runtuhan ini kita usung batu-batu ilmu kita atur ia menjadi timbunan ilmu kita buktikan bahawa kita boleh berjaya walau ilmu ditimba dari runtuhan konkrit namun tambah cekal kaki melangkah dalam susah, dalam senang... tetap kusanjung dirimu, SMKKJ dan
Seramai 10 orang pelajar yang membawa nama SMK Kunak Jaya bersama dua orang guru pengiring telah berjaya mencatatkan rekod baru sebagai Johan Kejohanan Futsal 1 Murid 1 Sukan Piala Menteri Pelajaran di Kota Kinabalu pada 7hb Oktober 2012. Kesemuya pelajar yang terdiri dari pelajar SMK Kunak Jaya iaitu Tajuddin Tahsin, Gunawansyah Nordin, Mohd Efiezal Nizam Mohd Alias, Anggryawan Abbas, Mohd Fakhri Murphi, Mohd Faizal Nordin, Mohd Bukhari AK Micheal, Mohd Saizenan Supriadi, Sahadam Amir dan Mohd Fakhri Lagided, berjaya mengharungi semua perlawanan dari peringkat awal sehingga ke peringkat Perlawanan Akhir apabila menewaskan Sandakan dengan 2-1 menerusi tendangan penalti apabila seri 1-1 sehingga ke akhir masa sebenar. Sebelum itu pasukan SMKKJ menewaskan Kuala Penyu (4-0), Beluran (4-0) pada peringkat Kumpulan. Manakala Suku Akhir menewaskan Beuford (2-0) dan Separuh Akhir menewaskan Telupid menerusi penentuan penalti (3-1) apabila kedudukan terikat 1-1 masa sebenar. Menurut
Sejak sekian lama laman ini menyepi. Entah kenapa, apa yang pasti hari ini terlintas pula difikiran untuk menjenguk blog yang sekian lama ditinggalkan. Alhamdulillah, masih boleh buka dan menerokainya.Semoga selepas ini diberi kekuatan untuk meng'up-date' entry. Buat masa ini, SMKKJ sibuk dengan Peperiksaan Pertengahan Tahunnya. Selain itu, Pendaftaran Pra-Universiti baru saja bermula pada 02 Mei 2017 dan kini pelajar Tingkatan 6R sibuk dengan aktiviti minggu orientasi. Fuhhh... Mei yang baru menggantikan April, mula menampakkan kesibukan berkaitan kewangan. Ramai rakan yang mengeluh kerana disegenap penjuru masa dan hari asyik kena terjah menuntut bayaran pelbagai. Bermula dari Hari Gurunya, Jogathon daerah hinggalah kepada Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT). Hampir RM200 yang perlu disumbangkan dari wang gaji bulan April yang lalu. Sabar sajalah... Apapapun kena redha agar tidak terlalu membebankan fikiran. Bahh... ok. Mau sambung kerja yang lain pula. Jumpa lagi.
Ulasan
Catat Ulasan