KETUA PELAJAR 2009/2010 PELAJAR TERBAIK STPM


Ramis Hamadul, Ketua Pengawas (Ketua Pelajar) SMK Kunak Jaya Sesi 2009/2010 merupakan pelajar terbaik STPM 2010 bagi SMK Kunak Jaya. Beliau yang memperolehi 4A (PNGK 3.92 dengan 3A dan 1A-), melahirkan rasa syukur dan terimakasih kepada pihak sekolah terutama semua guru yang banyak memberi galakan dan tunjuk ajar kepada beliau. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam semua bidang, Ramis dapat mengharungi semuanya dengan penuh komitmen.

Selain Ramis, beberapa orang Pengawas 2009-2010 juga mencatatkan keputusan cemerlang, antaranya Darma Saparudin-Setiausaha (2A,2B), Datu Awaluddin Datu Kamaruddin-AJK (3A,1B), Sarinah Abirin-Timbalan Ketua Pengawas (2A,2B), Siti Sabariah Jamaluddin-AJK (3A,1B), Norazizah Lapawi-AJK (3B,1C), Murina Abd Rakman-AJK (2A,2B), Laowama Yrilis (1A,2B,1C), Nahtasha Jain (4B), Nurul Sukma Mohd Saat (1A,3B), dan Suraidah Mohd Sadim (1B, 3C). Tahniah diucapkan kerana sekali lagi Badan Disiplin sekolah membuktikan disiplin yang baik akan menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar.

Ramis Hamadul (4 dari kiri) bersama rakan-rakan menunjukkan slip keputusan STPM di hadapan Pejabat Am.

Semoga ini menjadi budaya, sesuai dengan visi Lembaga Disiplin SMK Kunak Jaya "Memartabatkan Disiplin Sebagai Satu Budaya".

Keputusan keseluruhan juga mencatatkan kelulusan 100% yang menjulang sekali lagi nama SMK Kunak Jaya keatas sebagai yang terbaik STPM ketegori Sekolah Luar Bandar Pantai Timur Sabah. Sebelum ini pada tahun 2009, SMK Kunak Jaya telah mengukir nama sebagai sekolah yang melahirkan pelajar 10 terbaik STPM Negeri Sabah apabila Norfalihin Bt Azwan mencatatkan keputusan 4A bulat.

'SMK Kunak Jaya Sentiasa Kehadapan'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI