Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Puisi Buat Anak Didik

Terimakasih kepada semua pengunjung blog ini. Terimakasih sekali lagi kepada yang menjadi pengikut tetap blog ini. Post pada kali ini saya hanya ingin mengabadikan sebuah puisi yang diungkapkan oleh seorang warga SMKKJ, yang juga merupakan salah seorang orang kuat di SMKKJ iaitu Puan Gan Siew Lin. Bait-bait puisi tersebut saya petik dari ruangan chatbox (shoutbox) yang ditulis oleh Puan Gan. Mohon kebenaran puan, semoga pelajar yang membacanya akan terus tabah, bersemangat dan lebih berusaha kearah kecemerlangan. Puisinya berbunyi begini: ini sekolah kita, di sini kita menapak, biar runtuhan konkrit menyeliputi diri, tetap ku gagahi, menapak dan menapak lagi, kerana ini sekolah ku. ayuh pelajar-pelajar SMKKJ usah runtuh semangatmu seperti runtuhan ini kita usung batu-batu ilmu kita atur ia menjadi timbunan ilmu kita buktikan bahawa kita boleh berjaya walau ilmu ditimba dari runtuhan konkrit namun tambah cekal kaki melangkah dalam susah, dalam senang... tetap kusanjung dirimu, SMKKJ dan

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Setelah sekian lama mengharungi P&P di luar bangunan sekolah, akhirnya beberapa kelas terutama Tingkatan 5 dan 3 dibenarkan naik ke bangunan sekolah semula. Walau bagaimanapun, hanya aras dua sahaja yang terlibat. Ini berikutan jaminan yang diberi serta kenyataan bahagian forensik Jabatan Kerja Raya yang memaklumkan bahawa bangunan sekolah masih selamat. Bahagian tangga laluan pelajar perempuan dan aras tiga yang menempatkan Pusat Sumber masih ditutup selain sebuah kelas yang lantainya terjejas terus di aras dua. Pembukaan semula bilik darjah tersebut telah mengembalikan keyakinan pelajar dan warga sekolah yang lainnya terhadap keselamatan bangunan sekolah. Sehubungan dengan itu juga pelajar PMR, SPM dan STPM kembali ceria dan bersemangat untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Proses pembaikan kelas serta bangunan projek kilat yang menempatkan Bilik PSV akan dilakukan pada bila-bila masa. Tender projek kini dibuka untuk kontraktor berdaftar dengan JKR. Apa yang diharapkan, proses