Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2008

SEKITAR SUKAN TAHUNAN KE 17 TAHUN 2008

Imej
Sukan tahunan SMK Kunak Jaya baru sahaja berakhir. Sejak minggu ke dua persekolahan 2008 dibuka, aktiviti sukan mula dirasakan. Beberapa acara telah dilangsungkan antaranya, Larian Merentas Desa, Sukan Tara, Acara Saringan dan Hari Kemuncak Sukan pada 30.01.2008 yang baru lalu. Guru-guru sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada pelajar. (Gambar kanan) Barisan guru SMKKJ menyaksikan upacara penyampaian hadiah selepas acara Merentas Desa. (Gambar bawah) Guru SMKKJ dengan baju berwarna oren berteduh dari terik panas matahari, bertindak sebagai pegawai pelepas, pencatat masa dan mencatat pemenang. Antara Guru-guru di SMK Kunak Jaya bertungkus lumus menjayakan sukan sekolah 2008. Kemuncak sukan tahunan 2008 turut disaksikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, En. Md Asri Bin Hj. Alian selaku Pegawai Perasmi tamasya sukan tersebut. Ibu bapa juga turut hadir menyaksikan anak-anak mereka bertanding. Kelihatan dalam gambar duduk dari kanan En. Hamzah Abd Wahid(PK Kokum), En. Harifudin Par

Pekan Kunak seawal jam 6 pagi.

Imej
Pekan Kunak adalah sebuah pekan kecil di Pantai Timur Sabah. Terletak dipertengahan antara Tawau, Lahad Datu dan Semporna, Pekan Kunak merupakan tempat persinggahan bagi penduduk dari ketiga-tiga daerah tersebut semasa berulang alik. Gambar menunjukkan sebahagian dari bangunan yang terdapat di pekan ini. Terjolok dengan panggilan bangunan Milimewa kerana terdapat pasar raya Milimewa Superstore seperti yang terlihat di dalam gambar. Gambar ini di ambil ketika acara Merentas Desa berlangsung, yang juga merupakan laluan pelari serta jalan menuju ke SMK Kunak Jaya.