Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

TIPS BELAJAR MATEMATIK BERKESAN

7 Tips TIDAK LUPA Apa Yang Cikgu Ajar Matematik Dalam Kelas:  TIPS (1) ABAIKAN SEMUA YANG LAIN    Apabila Cikgu mula mengajar sahaja,hentikan semua perkara lain. Berhenti cari buku,berhenti asah pensel, berhenti suruh orang diam dan berhenti mengikat tali kasut. Beri tumpuan 200% kepada penerangan guru. Inilah RAHSIA PALING BESAR pelajar yang cemerlang dalam MATEMATIK!   TIPS (2) TEKA,APA CIKGU MAHU AJAR   Sebelum cikgu mula mengajar satu topik baru,tanya dalam minda *Topik ini berkenaan apa? *Apa yang penting agaknya dalam topik ini? *Topik ini ada kaitan atau tidak dengan topik sebelum ini.Lebih banyak soalan dalam minda sebelum cikgu bermula ,LEBIH BAGUS  TIPS (3) CONTENG KERTAS KOSONG   Semasa cikgu mengajar,jika ada soalan keluar dalam minda mengenai apa yang tidak faham,CONTENGKAN di atas kertas kosong.YA CONTENGKAN! Apa yang faham semasa cikgu mengajar contengkan juga.  TIPS (4) BAYANGKAN APA YANG CIKGU SEDANG AJAR   Jika kita TIDAK BAYANGKAN apa yang ci