Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PIBG

MESYUARAT AGUNG PIBG: YDP KEKAL, TIGA MUKA BARU AJK KALANGAN IBU BAPA

Imej
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Kunak Jaya berlangsung dengan jayanya pada 31 Mac 2012, hari Sabtu yang bermula seawal jam 0730 pagi. Mesyuarat kali ini yang dipertanggungjawabkan kepada Cikgu Boon Jenn Kiong selaku Pengarah Program menyaksikan pemilihan tarhadap jawatan Timbalan YDP dan AJK dikalangan ibubapa. Manakala bagi Jawatan YDP, ahli PIBG yang hadir sebulat suara memilih dan mengekalkan Encik Sahing Bin Taking menerajui PIBG SMK Kunak Jaya sesi 2012-2013 tanpa bertanding. AJK guru pula akan ditentukan oleh pihak pentadbiran sekolah. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Datuk Nilwan Bin Kabang, Ahli DUN N51 Kunak yang turut melancarkan Program Bumi Hijau sekolah serta merasmikan BILIK GERAKAN PIBG SMK KUNAK JAYA. Semasa dalam ucapan perasmian Mesyuarat PIBG, YB Datuk Nilwan Bin Kabang juga meluluskan peruntukan bantuan sejumlah RM10,000.00 kepada sekolah serta RM5,000.00 kapada PIBG SMK Kunak Jaya bagi melaksanakan berbagai program yang dirancang termasuk pemasangan alat penghaw...

PERISTIWA BERGAMBAR SEM 1 2011 SMK Kunak Jaya

SEKITAR : MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU-BAPA DAN GURU SMK KUNAK JAYA TAHUN 2011-2012 SEKITAR : KEM REMAJA ISLAM SEKOLAH (KRIS)

MESYUARAT AGONG PIBG SMK KUNAK JAYA 2010

Imej
Bermula seawal jam 7.00 pagi, 27hb Mac 2010, ibubapa sudah mula memasuki ruang dataran ilmu SMK Kunak Jaya, tidak lain hanya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ibubapa yang prihatin terhadap usaha mendidik anak-anak mereka. Disambut dengan barisan guru-guru dan pelajar di Anjung Ilmu SMKKJ, mereka mendaftar kehadiran sebelum menuju ke dewan untuk bermesyuarat. Guru-guru menanti kahadiran ibubapa di Anjung Ilmu. Ketibaan YB Tuan Hj Saleh Kalbi disambut oleh Pengetua En Nor Aslam Mano Abdullah dan PPD En. Samri Pehakan. Antara ibubapa yang hadir awal. Mesyuarat dirasmikan oleh YB Tuan Hj Saleh Kalbi, Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, merangkap Duta Keamanan PBB tepat jam 10.00 pagi. Yang Berhormat tiba di SMK Kunak Jaya pada jam 9.00 pagi atas jemputan PIBG SMK Kunak Jaya. Beliau juga turut melancarkan logo PIBG seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta logo PIBG. Logo ciptaan pelajar Salasiah Mohd Said dari tingkatan 3 Excellent terpilih memenangi pertanding...

MESYUARAT TERGEMPAR PIBG SMKKJ

Hari ini 18.07.2009 (Sabtu), satu mesyuarat tergempar yang memperlihatkan kehadiran ibu bapa paling ramai menghadiri mesyuarat PIBG SMK Kunak Jaya sejak 5 tahun yang lalu. Dianggarkan lebih 300 orang ibu bapa yang hadir bagi membincangkan masalah yang timbul akibat kerosakan bangunan sekolah. Mesyuarat dimulakan pada jam 8.20 pagi dengan dipengerusikan sendiri oleh YDP PIBGSMKKJ, En. Sahing Taking. Beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah kelas agar proses Pengajaran dan Pembelajaran terus berjalan demi kebaikan pelajar. Antara cadangan yang diterima ialah menempatkan pelajar sidang petang di SK Kg Selamat, salah sebuah sekolah yang paling hampir dengan SMK Kunak Jaya, meneruskan 'kelas sementara' di sekitar sekolah serta membina bangunan projek kilat dengan memohon bantuan dari YB Ahli Dewan Rakyat, Tuan Hj Salleh Kalbi dan YB Ahli Dewan Undangan Negeri, En Nilwan Kabang. Pengetua dalam ucapannya memeberitahu hadirin bahawa YB Nilawan Kabang telah datang ke SMK Kun...

PERKHEMAHAN PERDANA 2009

TEMA : "SATU SEKOLAH, PELAJAR DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" Perkhemahan Perdana 2009 yang merupakan program tahunan SMK Kunak Jaya, telah berakhir setelah berlangsung selama 3 hari bermula 27hb Mei sehingga 29hb Mei 2009. Pada tahun ini sebanyak 6 pasukan unit beruniform menyertai perkhemahan tersebut, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Pengakap, Persatuan Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Kadet Bomba dan Penyelamat (BOMBA) dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM). Pengarah program pada tahun ini ialah Cikgu Abdul Ghani Abd Rahman dibantu oleh Cikgu Abd Mulok Abdullah Sani selaku Timbalan Pengarah serta guru-guru SMK Kunak Jaya sebagai AJK Pelaksana, telah melahirkan rasa syukur kerana program berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Walaupun terdapat sedikit masalah terutama berkaitan bekalan air, namun akhirnya dapat diselaikan dengan kerjasama pihak Jabatan Air Daerah Kunak. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YDP PIB...

MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2009/2010

Mesyuarat Agung PIBG SMKKJ 2009/2010 telah di sempurnakan perasmiannya oleh pengetua SMKKJ pada 28.03.2009 di Dewan SMK Kunak Jaya. Seramai lebih 200 orang ibubapa berjaya menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut. Mesyuarat pada tahun ini tidak mengadakan pemilihan kerana hanya akan diadakan pada tahun 2010 (pemilihan dua tahun sekali).