Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel DISIPLIN

10A DICATATKAN SEBAGAI PENCAPAIAN PEPERIKSAAN SPM 2011

Imej
Suasana sibuk dihadapan Pejabat Am apabila keputusan SPM 2011 dikeluarkan. "Kami adalah yang terbaik SPM 2011" Encik Harifuddin Parakasi, Penolong Kanan 1 (kiri), Encik Nor Aslam Mano Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Kunak Jaya (tengah) dan Tuan Hj Hamzah Bin Abdul Wahid, Penolong Kanan Kokurikulum bergambar bersama beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011. Mohd Rafee Rahman menerima Sijil Penghargaan serta slip keputusan SPM daripada Tuan Pengetua. Guru-guru sedia menunggu para pelajar SPM 2011 bagi menyampaikan slip keputusan SPM masing-masing. 21hb Mac, 2011 tarikh pengumuman rasmi keputusan SPM 2011. Suasana riuh di hadapan Pejabat Am SMK Kunak Jaya apabila beberapa orang calon yang memprolehi keputusan cemerlang menerima ucapan tahniah daripada Encik Nor Aslam Mano Bin Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Kunak Jaya bersama beberapa orang guru. Mohd Rafee Bin Rahman merupakan pelajar Cemerlang PMR 2009 sekali lagi mengharumkan nama ...

KETUA PELAJAR 2009/2010 PELAJAR TERBAIK STPM

Imej
Ramis Hamadul, Ketua Pengawas (Ketua Pelajar) SMK Kunak Jaya Sesi 2009/2010 merupakan pelajar terbaik STPM 2010 bagi SMK Kunak Jaya. Beliau yang memperolehi 4A (PNGK 3.92 dengan 3A dan 1A-), melahirkan rasa syukur dan terimakasih kepada pihak sekolah terutama semua guru yang banyak memberi galakan dan tunjuk ajar kepada beliau. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam semua bidang, Ramis dapat mengharungi semuanya dengan penuh komitmen. Selain Ramis, beberapa orang Pengawas 2009-2010 juga mencatatkan keputusan cemerlang, antaranya Darma Saparudin-Setiausaha (2A,2B), Datu Awaluddin Datu Kamaruddin-AJK (3A,1B), Sarinah Abirin-Timbalan Ketua Pengawas (2A,2B), Siti Sabariah Jamaluddin-AJK (3A,1B), Norazizah Lapawi-AJK (3B,1C), Murina Abd Rakman-AJK (2A,2B), Laowama Yrilis (1A,2B,1C), Nahtasha Jain (4B), Nurul Sukma Mohd Saat (1A,3B), dan Suraidah Mohd Sadim (1B, 3C). Tahniah diucapkan kerana sekali lagi Badan Disiplin sekolah membuktikan disiplin yang baik akan menjadi pemangkin kepada ...

Hari Anugerah SMK Kunak Jaya 2009

Imej
Mula-mula saya ingin mohon maaf sebab lama tak update blog ni. Maklum, kurang masa yang terluang. Apapun, walaupun cuti sekolah, saya akan cuba buat pengisian kalau ada masa lapang. Kepada semua pelajar dan rakan guru selamat bercuti (terutama pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 6 rendah) serta selamat berjuang kepada pelajar SPM dan STPM (didoakan semoga semua mendapat kejayaan, amin). Sebelum cuti sekolah, satu aktiviti tahunan sekolah telah dijalankan iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKKJ. Sebelum itu pada 12.11.2009 telah diadakan Majlis Solat Hajat dan Restu Ibubapa dan Guru untuk pelajar SPM dan STPM di dewan serbaguna SMKKJ. Beberapa orang ibubapa telah hadir bersama guru-guru dan pelajar berkaitan. Sebaik solat hajat berakhir pelajar membentuk bulatan besar dan bersalaman dengan guru dan ibubapa meminta restu. Pada 13.11.2009, Majlis Anugerah Kecemerlangan pula diadakan. Berbagai anugerah diberikan kepada pelajar dan guru yang berjaya memperolehi kecemerlangan sepanjang sesi 2...

SELAMAT HARI RAYA, SEBELUM DAN SELEPAS RAYA

Imej
Hari ini 28.09.2009 (Isnin) adalah merupakan hari pertama persekolahan selepas lebih 10 hari sekolah bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri. Tepat jam 645 pagi, perhimpunan mingguan diadakan di tapak perhimpunan Anjung Ilmu dengan menyaksikan kehadiran pelajar dan guru yang agak menggalakkan. Walau pun suasana hari raya masih terasa, komitmen pelajar dan guru terserlah pada hari ini untuk meneruskan sesi persekolahan, lebih lebih lagi pelajar-pelajar SPM dan STPM. Pengetua, En Nor Aslam Mano semasa berucap dalam perhimpunan tersebut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga SMK Kunak Jaya. Beliau juga mengumumkan beberapa orang guru yang menerima kenaikan pangkat seterusnya menjawat jawatan hakiki seperti Ketua Bidang, Penolong Kanan dan sebagainya, antaranya ialah En Yakari Sulong yang kan menjadi PK HEM di SMK Madai, En Norai'jelah Abdullah Sani dan Ust Abdullah Muhammad yang menerima kenaikan pangkat ke DG44. Tahniah diucapkan. Selain itu beliau juga...

PILIHAN RAYA KETUA PELAJAR

17.07.2009, (Jumaat) Lembaga Disiplin SMK Kunak Jaya mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya, Pilihan Raya diadakan bagi melantik Ketua Pelajar/Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas serta Setiausaha Lembaga Pengawas. Proses membuang undi yang melibatkan semua pelajar telah diadakan dalam dua sesi mengikut sesi persekolahan. Pada sebelah pagi, proses pengundian telah dimulakan seawal jam 7 pagi dan berakhir pada jam 8 pagi. Suasana pengundian diadakan ala pilihanraya umum, dimana pelajar dikehendaki menyemak senarai nama pengundi yang diambil pada 16.07.2009 (Khamis). Ini menyebabkan pelajar yang tidak hadir pada hari Khamis kehilangan hak untuk mengundi kerana nama mereka tidak terdapat dalam 'daftar pengundi'. Manakala bagi pelajar sesi petang pula, mereka 'keluar' mengundi pada jam 1.30 petang dan berakhir pada jam 2.30 petang. 'Daftar Undi' mereka pula berdasarkan daftar pelajar awal tahun, jadi pelajar baru tidak tersenarai sebagai pengundi. Situasi ...

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS, KETUA & PENOLONG KETUA KELAS 2009

Imej
Bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 0230 petang Jumaat 19.06.2009, para peserta Kem Kepimpinan anjuran Lembaga Disiplin SMK Kunak Jaya telah berkumpul dan memulakan aktiviti yang dijadualkan. Kem ini disertai kalangan Pengawas Disiplin Sekolah, Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas berlangsung selama 3 hari 2 malam, iaitu sehingga 21.06.2009. Pada kali ini kem kepimpinan ini diadakan lewat berbanding tahun-tahun sebelumnya atas beberapa sebab dan kekangan.Apapun syukur, alhamdulillah kem ini akhirnya dapat dijalankan walaupun beberapa kali ditunda. Tahniah kepada Pengarah Program Cikgu Voon Jenh Khiong serta semua guru displin dan guru kelas yang terlibat secara langsung mahupun tidak kerana berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan. Apa diharapkan, selepas menyertai kem ini, para peserta dapat mengaplikasikan apa yang ditimba dari pengisian program dalam kehidupan seharian khususnya diwaktu-waktu persekolahan. Sebagai Pengawas, Ketua Kelas ataupun Penolong Ketua Kelas, me...

KADET BOMBA SMKKJ BANTU ZON TENGGARA JUARAI PERKEMAHAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT PERINGKJAT NEGERI SABAH 2009

Bermula 4hb sehingga 8hb Mei 2009, Kontinjen Kadet Bomba dan Penyelamat dari seluruh negeri Sabah berkampung di SMK Madai, Kunak. Berbagai acara dipertandingkan sepanjang perkemahan tersebut. SMK Kunak Jaya turut menghantar beberapa orang wakil bagi mewakili Zon Tenggara ke perkemahan tersebut. Pada majlis penutupan perkemahan tersebut, SMK Kunak Jaya telah dipertanggungjawabkan mengendalikan majlis termasuk penyedian pentas, telah mendapat pujian semua pihak. Selain itu majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Juara Paluan dan Formasi Kompang Negeri Sabah yang menunjukkan persembahan yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin. Zon Tenggara telah muncul sebagai Juara Keseluruhan, selain menjadi Johan Kawat Kaki dan Formasi yang disertai oleh M ohd Redzuan Roslie, Mohd Johari Habire, Lebron Honarius dan Renldo Azry Pangiran , Johan Persembahan Malam Kebudayaan, Naib Johan Kawat Operasi Berhalangan Basah (lelaki) yang disertai oleh Lebron Honarius dan Renldo Asry Pangiran , ...

BADAN PENGAWAS BUKTI KEUNGGULAN

Imej
Pelajar terbaik STPM 2008 Amir Paisal. Mohd Farid Lamza serta Marhaina Limin bergambar bersama Pengetua SMK Kunak Jaya, Encik Nor Aslam Mano Abdullah dan PK1, Cikgu Harifudin Parakasi. 11.03.2009- Keputusan STPM 2008 baru sahaja diumumkan. Keputusan kali ini menunjukkan peningkatan dari segi peratus iaitu 97.9% yang disifatkan oleh PK1 Cikgu Harifudin Parakasi sebagai telah kembali kelandasan asal. Ini kerana menurut beliau, SMKKJ sebelum 2007 telah mencatatkan peningkatan peratusan setiap tahun, kecuali pada tahun 2007 telah mencatatkan sedikit penurunan. Keputusan STPM 2008 juga memperlihatkan pencapaian GPS sebanyak 2.54. Antara pelajar Tingkatan 6 tahun 2008 bergambar bersama guru-guru SMKKJ selepas menerima keputusan masing-masing. Antara pelajar yang mencatatkan keputusan terbaik ialah Amir Bin Paisal dengan 4A (terbaik di Daerah Kunak), Marhaina Bt. Limin, 3A 1B dan Mohd Farid Bin Lamza 3A 1B. Ketiga-tiga pelajar tersebut merupakan Pengawas Disiplin Sekolah. Marhaina adalah me...