Seramai 10 orang pelajar yang membawa nama SMK Kunak Jaya bersama dua orang guru pengiring telah berjaya mencatatkan rekod baru sebagai Johan Kejohanan Futsal 1 Murid 1 Sukan Piala Menteri Pelajaran di Kota Kinabalu pada 7hb Oktober 2012. Kesemuya pelajar yang terdiri dari pelajar SMK Kunak Jaya iaitu Tajuddin Tahsin, Gunawansyah Nordin, Mohd Efiezal Nizam Mohd Alias, Anggryawan Abbas, Mohd Fakhri Murphi, Mohd Faizal Nordin, Mohd Bukhari AK Micheal, Mohd Saizenan Supriadi, Sahadam Amir dan Mohd Fakhri Lagided, berjaya mengharungi semua perlawanan dari peringkat awal sehingga ke peringkat Perlawanan Akhir apabila menewaskan Sandakan dengan 2-1 menerusi tendangan penalti apabila seri 1-1 sehingga ke akhir masa sebenar. Sebelum itu pasukan SMKKJ menewaskan Kuala Penyu (4-0), Beluran (4-0) pada peringkat Kumpulan. Manakala Suku Akhir menewaskan Beuford (2-0) dan Separuh Akhir menewaskan Telupid menerusi penentuan penalti (3-1) apabila kedudukan terikat 1-1 masa sebenar. Men...
P ada 08.05.2012 berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Kunak Jaya kepada pelajar PMR, SPM dan STPM tahun 2011. Hadiah yang merupakan Sijil dan Wang Tunai mengikut kecemerlangan atau jumlah 'A' yang diperolehi pelajar kategori masing-masing. Hadiah sijil dan wang tunai adalah sumbangan pihak sekolah. Anugerah disampaikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Kunak Jaya, Encik Nor Aslam Mano Abdullah dalam suasana Perhimpunan Mingguan sekolah. Ditanya kenapa majlis diadakan sebegitu ringkas, lebih-lebih lagi Guru-Guru SMK Kunak Jaya terlibat dengan mesyuarat khas PIBG dan Hari Guru Peringkat Sekolah, Tuan Pengetua memberitahu bahawa, ini adalah bertujuan memberi peluang kepada pelajar terlibat datang sendiri menerima anugerah masing-masing. Pelajar-pelajar berkenaan terutama pelajar lepasan SPM dan STPM akan dan mula sibuk dengan urusan masing-masing untuk melanjutkan pelajaran ke pringkat seterusnya. Pada tahun 2011, SMK Kunak Jaya berjaya mencatatkan rekod...
Sejak sekian lama laman ini menyepi. Entah kenapa, apa yang pasti hari ini terlintas pula difikiran untuk menjenguk blog yang sekian lama ditinggalkan. Alhamdulillah, masih boleh buka dan menerokainya.Semoga selepas ini diberi kekuatan untuk meng'up-date' entry. Buat masa ini, SMKKJ sibuk dengan Peperiksaan Pertengahan Tahunnya. Selain itu, Pendaftaran Pra-Universiti baru saja bermula pada 02 Mei 2017 dan kini pelajar Tingkatan 6R sibuk dengan aktiviti minggu orientasi. Fuhhh... Mei yang baru menggantikan April, mula menampakkan kesibukan berkaitan kewangan. Ramai rakan yang mengeluh kerana disegenap penjuru masa dan hari asyik kena terjah menuntut bayaran pelbagai. Bermula dari Hari Gurunya, Jogathon daerah hinggalah kepada Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT). Hampir RM200 yang perlu disumbangkan dari wang gaji bulan April yang lalu. Sabar sajalah... Apapapun kena redha agar tidak terlalu membebankan fikiran. Bahh... ok. Mau sambung kerja yang lain pula. Jumpa lagi.
Ulasan
Catat Ulasan