Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ANUGERAH

ANUGERAH PENGURUSAN SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT DAERAH KUNAK UNTUK SMK KUNAK JAYA.

Imej
30 Julai 2011, bertempat di SMK Madai, Majlis Sambutan Hari Guru dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Kunak 2011 telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Dato' Abd. Ghafar Bin Mahmud. Majlis yang diserikan dengan persembahan dua buah tarian dari pelajar dan guru SMK Kunak Jaya ini seakan menjadi majlis yang dibintangi oleh warga SMK Kunak Jaya. Mana tidaknya, dari pengurusan pentas, persembahan, montaj, sambutan (kompang) sehingga kepada penerima anugerah, ada sahaja kalibat warga SMK Kunak Jaya. Tahniah kepada warga SMK Kunak Jaya. Pengetua SMK Kunak Jaya, Encik Nor Aslam Mano Bin Abdullah telah mengetuai senarai penerima Anugerah bagi pihak SMK Kunak Jaya apabila naik ke pentas menerima Anugerah Pengurusan Sekolah Terbaik daripada Yang Berbahagia Dato' Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Selain itu, SMK Kunak Jaya juga menerima anugerah: 01. Anugerah Lonjakan Saujana SPM 02. Anugerah Prestasi Terbaik SPM 2010 ...

HARI KECEMERLANGAN 2011

Imej
16 Julai 2011, Sabtu, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Kunak Jaya 2011, telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, Encik Zamri Pehakan. Bertempat di Dewan Serbaguna SMK Kunak Jaya, dengan motto 'CEMERLANG DAN SENTIASA KE HADAPAN', majlis berjalan lancar.

Hari Anugerah SMK Kunak Jaya 2009

Imej
Mula-mula saya ingin mohon maaf sebab lama tak update blog ni. Maklum, kurang masa yang terluang. Apapun, walaupun cuti sekolah, saya akan cuba buat pengisian kalau ada masa lapang. Kepada semua pelajar dan rakan guru selamat bercuti (terutama pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 6 rendah) serta selamat berjuang kepada pelajar SPM dan STPM (didoakan semoga semua mendapat kejayaan, amin). Sebelum cuti sekolah, satu aktiviti tahunan sekolah telah dijalankan iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKKJ. Sebelum itu pada 12.11.2009 telah diadakan Majlis Solat Hajat dan Restu Ibubapa dan Guru untuk pelajar SPM dan STPM di dewan serbaguna SMKKJ. Beberapa orang ibubapa telah hadir bersama guru-guru dan pelajar berkaitan. Sebaik solat hajat berakhir pelajar membentuk bulatan besar dan bersalaman dengan guru dan ibubapa meminta restu. Pada 13.11.2009, Majlis Anugerah Kecemerlangan pula diadakan. Berbagai anugerah diberikan kepada pelajar dan guru yang berjaya memperolehi kecemerlangan sepanjang sesi 2...

SAMBUTAN HARI GURU 2009 PERINGKAT DAERAH KUNAK

Pada malam 3hb Julai 2009 telah berlangsung Malam Sejambak Budi (majlis makan malam sempena hari guru) di Dewan SMK Kunak. Majlis telah disempurnakan oleh YB Encik Nilwan Bin Kabng, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) N 51 Kunak. Berbagai acara telah dijalankan termasuk penyampaian sijil anugerah kecemerlangan. SMK Kunak Jaya turut menerima dua anugerah pada malam tersebut iaitu Anugerah Pengurusan Kokurikulum dan Anugerah Pengurusan Bilik Boss terbaik kategori sekolah menengah. Manakala pada 4hb Julai 2009, iaitu keesokan harinya berlangsung pula acara Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak di SMK Madai. Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tuan Hj Salleh Kalbi, Ahli Dewan Rakyat P188 Silam yang juga merupakan Duta Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Semasa majlis tersebut YB telah meluluskan peruntukan RM20,000.00 untuk mendirikan pusat rekreasi guru-guru daerah Kunak. SMK Kunak Jaya turut menerima anugerah tertinggi akademik iaitu Pencapaian ...