Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Lawatan Sambil Belajar

Cuti-Cuti Malaysia

Imej
Pada 4hb Jun 2009 yang lalu saya ke Kota Kinabalu atas urusan keluarga. Kebetulan semasa melawat Muzium Negeri Sabah, saya bertembung dengan kumpulan pelajar SMKKJ bersama beberapa orang guru dalam sesi lawatan mereka. Mereka ialah kumpulan pelajar Sains Pertanian dalam program lawatan sambil belajar ke beberapa tempat berkaitan subjek Sains Pertanian. Rombongan pelajar berkenaan di ketuai oleh Cikgu Ismail Naweh. Selain itu, lawatan kali ini juga menggabungkan pelajar dari dua buah sekolah iaitu turut disertai oleh pelajar-pelajar Sains Pertanian SMK Bugaya II diketuai oleh cikgu Ibram Syah Arham. Di sini saya ingin kongsikan beberapa gambar yang sempat saya ambil. [Klik gambar untuk saiz besar]. Kelihatan (gambar bawah) cikgu Sahril Hamid sedang mengabadikan kenangan bersama pelajar SPA SMKKJ 2009 di hadapan pintu masuk Muzium Negeri. Selain gambar ini ada beberapa gambar lagi yang tidak sempat saya masukkan kerana keterbatasan waktu. Insya Allah akan dimuat naik beberapa hari lagi ...

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEMBAH DANUM

Imej
Pada 09.08.2008, Persatuan Sains dan Matematik SMKKJ yang terdiri dari pelajar Tingkatan 4 Sains telah melakukan Lawatan Sambil Belajar ke Lembah Danum Lahad Datu. Antara aktiviti dan objektif lawatan tersebut adalah melakukan kajian biologi terhadap flora dan faona termasuk habitat hidupan di Lembah Danum. Lawatan diketuai oleh Cikgu Abd Muji Maraleh. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 4 Sains dengan disertai 4 orang guru telah bermukim di Lembah Danum selama 3 hari 2 malam. Guru-guru yang terlibat selain Cikgu Abd Muji ialah Cikgu Misdah Jalalin, Cikgu Zurina, Cikgu Hafizaini serta penyelaras ICT Encik Zawawi. Bergambar beramai-ramai di hadapan sekolah sebelum menaiki bas menuju ke Lembah Danum. Antara kemudahan yang terdapat bagi kemudahan pengunjung melakukan aktiviti. Antara faona dan flora yang terdapat di Lembah Danum, Lahad Datu. Lembah Damun menyediakan pusat rekreasi dan kajian serta kaya dengan pemandangan yang indah menyegarkan.