Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel HARI GURU

SAMBUTAN HARI GURU 2009 PERINGKAT DAERAH KUNAK

Pada malam 3hb Julai 2009 telah berlangsung Malam Sejambak Budi (majlis makan malam sempena hari guru) di Dewan SMK Kunak. Majlis telah disempurnakan oleh YB Encik Nilwan Bin Kabng, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) N 51 Kunak. Berbagai acara telah dijalankan termasuk penyampaian sijil anugerah kecemerlangan. SMK Kunak Jaya turut menerima dua anugerah pada malam tersebut iaitu Anugerah Pengurusan Kokurikulum dan Anugerah Pengurusan Bilik Boss terbaik kategori sekolah menengah. Manakala pada 4hb Julai 2009, iaitu keesokan harinya berlangsung pula acara Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak di SMK Madai. Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tuan Hj Salleh Kalbi, Ahli Dewan Rakyat P188 Silam yang juga merupakan Duta Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Semasa majlis tersebut YB telah meluluskan peruntukan RM20,000.00 untuk mendirikan pusat rekreasi guru-guru daerah Kunak. SMK Kunak Jaya turut menerima anugerah tertinggi akademik iaitu Pencapaian ...

YB NILWAN KABANG WAKIL RAKYAT N51 KUNAK UCAP SELAMAT HARI GURU

Imej
21.05.2009 (Khamis), kira-kira jam 0955 rombongan wakil Yang Berhormat Encik Nilwan Kabang, Wakil Rakyat N51 Kunak, telah berkunjung ke SMK Kunak Jaya bagi mngucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SMK Kunak Jaya. Rombongan YB diketuai oleh Puan Aminah telah menyerahkan kek Hari Guru kepada Penolong Kanan HEM, Pn Gan Siew Lin yang mewakili guru SMK Kunak Jaya. Menurut Pn Jainah dan Pn Aminah, YB Encik Nilwan Kabang tidak dapat hadir sendiri menyampaikan ucapan serta menyerahkan kek Hari Guru tersebut kerana YB pada masa ini berada di Kota Kinabalu atas tugas rasmi sebagai wakil rakyat Kunak. YB berkirim salam kepada semua guru di SMK Kunak Jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir sama. Bagi pihak warga pendidik SMK Kunak Jaya, terima kasih diucapkan atas keprihatinan Yang Berhormat semoga perhatian YB terhadap sekolah ini berterusan demi kemajuan dan kecemerlangan warga Kunak secara umum.

SAMBUTAN HARI GURU 2009

Imej
LAGI SEKITAR HARI GURU 2009 "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" Sambutan Hari Guru peringkat seolah akan diadakan serentak dengan sambutan peringkat kebangsaan iaitu pada 16 Mei 2009. Berbagai acara telah dirancang bagi memeriahkan sambutan tersebut. Pada tahun ini Persatuan Tingkatan Enam (PERTENA) dibawah pimpinan PK Tingkatan Enam SMK Kunak Jaya, Puan Basarah Bt Bakar telah diberi tanggungjawab mengatur perjalanan aktiviti sambutan. Antara acara yang akan dijalankan ialah Acara Sukaneka yang melibatkan semua guru sekolah ini serta aktiviti bertukar hadiah sesama rakan guru. Semoga sambutan pada tahun ini akan meningkatkan lagi komitmen serta motivasi dikalangan guru demi kecemerlangan pelajar sekolah ini. Selamat Hari Guru. LOGO HARI GURU Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan. Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dal...