Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PILIHANRAYA

PILIHAN RAYA KETUA PELAJAR

17.07.2009, (Jumaat) Lembaga Disiplin SMK Kunak Jaya mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya, Pilihan Raya diadakan bagi melantik Ketua Pelajar/Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas serta Setiausaha Lembaga Pengawas. Proses membuang undi yang melibatkan semua pelajar telah diadakan dalam dua sesi mengikut sesi persekolahan. Pada sebelah pagi, proses pengundian telah dimulakan seawal jam 7 pagi dan berakhir pada jam 8 pagi. Suasana pengundian diadakan ala pilihanraya umum, dimana pelajar dikehendaki menyemak senarai nama pengundi yang diambil pada 16.07.2009 (Khamis). Ini menyebabkan pelajar yang tidak hadir pada hari Khamis kehilangan hak untuk mengundi kerana nama mereka tidak terdapat dalam 'daftar pengundi'. Manakala bagi pelajar sesi petang pula, mereka 'keluar' mengundi pada jam 1.30 petang dan berakhir pada jam 2.30 petang. 'Daftar Undi' mereka pula berdasarkan daftar pelajar awal tahun, jadi pelajar baru tidak tersenarai sebagai pengundi. Situasi ...