Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pelawat

PROGRAM MOTIVASI 'KEMBALI KE SEKOLAH'

Imej
11.05.2010, sekumpulan bekas pelajar SMK Kunak Jaya yang diketuai oleh Cik Aslina Ali dari Perkumpulan Siswa-siswi Sabah-USM (PERSIS) telah berkunjung ke sekolah ini. Menurut salah seorang dari mereka iaitu Sdr Baharuddin Mohd Alias, bahawa tujuan mereka adalah untuk memaklumkan seterusnya meminta kebenaran serta kerjasama pihak sekolah menjalankan suatu progaram motivasi. Program yang dinamakan 'Kembali Ke Sekolah' akan dilaksanakan pada 26 Mei 2010, dengan objektif memberi peluang kepada siswa-siswi melibatkan diri secara praktikal terhadap kehidupan bermasyarakat. Juga bertujuan memberi motivasi kepada calon-calon SPM dan STPM 2010 agar lebih berusaha untuk menjejak mereka yang telah bergelar siswa-siswi ini. Dibawah anjuran PERSIS dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKKJ. Sebenarnya program sebegini biasa dilakukan oleh bekas-bekas pelajar sekolah ini, terutama mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke 'menara gading'. Sememangnya pihak sekolah amat mengal...

LAGI KUNJUNGAN PELAWAT KE SMKKJ

Imej
Sejak berita tentang kerosakan yang berlaku di skolah SMKKJ tersiar melalui media cetak mahupun elektronik, beberapa respon telah diperolehi. Beberapa siri lawatan VIP ke sekolah ini telah diterima. Bermula dengan lawatan YB ADUN N 51 Kunak, Encik Nilwan Kabang, kemudian YB Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, Tuan Hj Saleh Kalbi, disusuli rombongan dari Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, seterusnya dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan terbaru dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Encik Raja Mazlan bersama Encik Ahmad Kamal. Pelawat dari BPSH, KPM bergambar bersama kakitangan SMKKJ. Dari kiri, Encik Mohd Hafiz (Kauselor Sekolah), Cik Rashida Abd Rahim (Kauselor sekolah), Puan Gan Siew Lin (PK HEM), Encik Ahmad Kamal, Encik Raja Mazlan, Pn Norsimah (Kauselor SMK Kunak) dan Pn Jahara Pilih (Kerani Kewangan SMKKJ), berlatarkan bangunan blok sekolah yang mengalami keretakan serta anjung berdindingkan 'canvas' yang menempatkan pelajar Tingkatan 6 Atas Brilliant. Lawatan-lawatan se...

YB NILWAN KABANG WAKIL RAKYAT N51 KUNAK UCAP SELAMAT HARI GURU

Imej
21.05.2009 (Khamis), kira-kira jam 0955 rombongan wakil Yang Berhormat Encik Nilwan Kabang, Wakil Rakyat N51 Kunak, telah berkunjung ke SMK Kunak Jaya bagi mngucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SMK Kunak Jaya. Rombongan YB diketuai oleh Puan Aminah telah menyerahkan kek Hari Guru kepada Penolong Kanan HEM, Pn Gan Siew Lin yang mewakili guru SMK Kunak Jaya. Menurut Pn Jainah dan Pn Aminah, YB Encik Nilwan Kabang tidak dapat hadir sendiri menyampaikan ucapan serta menyerahkan kek Hari Guru tersebut kerana YB pada masa ini berada di Kota Kinabalu atas tugas rasmi sebagai wakil rakyat Kunak. YB berkirim salam kepada semua guru di SMK Kunak Jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir sama. Bagi pihak warga pendidik SMK Kunak Jaya, terima kasih diucapkan atas keprihatinan Yang Berhormat semoga perhatian YB terhadap sekolah ini berterusan demi kemajuan dan kecemerlangan warga Kunak secara umum.

MP P188 SILAM KE SMKKJ

Imej
05.09.2008, Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, YB Haji Salleh Bin Kalbi telah melakukan lawatan ke SMK Kunak Jaya. Ketibaan Yang Barhormat tepat jam 8 pagi telah disambut dengan paluan kompang oleh Persatuan Kompang SMK Kunak Jaya. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa terharu dan kagum beliau diatas sambutan yang diberikan oleh warga SMK Kunak Jaya. Beliau juga banyak memberi nasihat serta contoh kepada pelajar SMKKJ agar menjadi insan yang berguna pada masa hadapan demi bangsa, agama dan negara. Beliau juga berjanji akan memberikan hadiah peribadi kepada sesiapa sahaja pelajar sama ada PMR, SPM mahupun STPM yang mendapat keputusan cemerlang pada tahun ini, YB Ahli Dewan Rakyat P188 Silam diapit oleh PK1 SMKK, Encik Harifudin Parakasi (kiri) dan PK Kokum, Encik Hamzah Abd Wahid semasa menyaksikan persembahan formasi paluan kompang Persatuan Kompang SMKKJ. Semasa lawatan tersebut, beliau sempat menyampaikan sumbangan kepada SMK Kunak Jaya, termasuk kain untuk pakaian Pasukan Kompang, Tang...