Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KERJAYA

JUARA BILIK SUMBER PPDa

Imej
Pelawat yang datang bergambar kenangan dihadapan Bilik Sumber PPDa SMK Kunak Jaya. Bilik PPDa (Pendidikan Pencegahan Dadah) SMK Kunak Jaya telah mendapat tempat pertama atau Johan Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sabah, dan tempat Ke-3 Keseluruhan Peringkat Negeri Sabah dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa. Pagawai Penilai diberi taklimat oleh pelajar Datu Awaluddin Datu Kamaruddin semasa lawatan penilaian kali kedua. Menurut guru yang mengendalikan pengurusan Bilik Sumber PPDa SMKKJ, Cikgu Mohd. Hafiz Lokman, ini adalah berkat kerjasama yang diberi oleh semua guru, terutama guru-guru UBK serta pelajar. Beliau juga memaklumkan bahawa Bilik Sumber PPDa SMKKJ telah dilantik sebagai Pusat PPDa Daerah Kunak. Bilik UBK Cikgu Mohd. Hafiz Lokman juga memberitahu, selaku guru Kaunselor sekolah, beliau bersama rakan-rakan dalam UBK kini dalam proses pembahbaikan bilik UBK untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan lebih sistemetik dan kondusif kepada pelajar. Selain cikgu M...

PILIHAN RAYA KETUA PELAJAR

17.07.2009, (Jumaat) Lembaga Disiplin SMK Kunak Jaya mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya, Pilihan Raya diadakan bagi melantik Ketua Pelajar/Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas serta Setiausaha Lembaga Pengawas. Proses membuang undi yang melibatkan semua pelajar telah diadakan dalam dua sesi mengikut sesi persekolahan. Pada sebelah pagi, proses pengundian telah dimulakan seawal jam 7 pagi dan berakhir pada jam 8 pagi. Suasana pengundian diadakan ala pilihanraya umum, dimana pelajar dikehendaki menyemak senarai nama pengundi yang diambil pada 16.07.2009 (Khamis). Ini menyebabkan pelajar yang tidak hadir pada hari Khamis kehilangan hak untuk mengundi kerana nama mereka tidak terdapat dalam 'daftar pengundi'. Manakala bagi pelajar sesi petang pula, mereka 'keluar' mengundi pada jam 1.30 petang dan berakhir pada jam 2.30 petang. 'Daftar Undi' mereka pula berdasarkan daftar pelajar awal tahun, jadi pelajar baru tidak tersenarai sebagai pengundi. Situasi ...

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS, KETUA & PENOLONG KETUA KELAS 2009

Imej
Bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 0230 petang Jumaat 19.06.2009, para peserta Kem Kepimpinan anjuran Lembaga Disiplin SMK Kunak Jaya telah berkumpul dan memulakan aktiviti yang dijadualkan. Kem ini disertai kalangan Pengawas Disiplin Sekolah, Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas berlangsung selama 3 hari 2 malam, iaitu sehingga 21.06.2009. Pada kali ini kem kepimpinan ini diadakan lewat berbanding tahun-tahun sebelumnya atas beberapa sebab dan kekangan.Apapun syukur, alhamdulillah kem ini akhirnya dapat dijalankan walaupun beberapa kali ditunda. Tahniah kepada Pengarah Program Cikgu Voon Jenh Khiong serta semua guru displin dan guru kelas yang terlibat secara langsung mahupun tidak kerana berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan. Apa diharapkan, selepas menyertai kem ini, para peserta dapat mengaplikasikan apa yang ditimba dari pengisian program dalam kehidupan seharian khususnya diwaktu-waktu persekolahan. Sebagai Pengawas, Ketua Kelas ataupun Penolong Ketua Kelas, me...

KADET BOMBA SMKKJ BANTU ZON TENGGARA JUARAI PERKEMAHAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT PERINGKJAT NEGERI SABAH 2009

Bermula 4hb sehingga 8hb Mei 2009, Kontinjen Kadet Bomba dan Penyelamat dari seluruh negeri Sabah berkampung di SMK Madai, Kunak. Berbagai acara dipertandingkan sepanjang perkemahan tersebut. SMK Kunak Jaya turut menghantar beberapa orang wakil bagi mewakili Zon Tenggara ke perkemahan tersebut. Pada majlis penutupan perkemahan tersebut, SMK Kunak Jaya telah dipertanggungjawabkan mengendalikan majlis termasuk penyedian pentas, telah mendapat pujian semua pihak. Selain itu majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Juara Paluan dan Formasi Kompang Negeri Sabah yang menunjukkan persembahan yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin. Zon Tenggara telah muncul sebagai Juara Keseluruhan, selain menjadi Johan Kawat Kaki dan Formasi yang disertai oleh M ohd Redzuan Roslie, Mohd Johari Habire, Lebron Honarius dan Renldo Azry Pangiran , Johan Persembahan Malam Kebudayaan, Naib Johan Kawat Operasi Berhalangan Basah (lelaki) yang disertai oleh Lebron Honarius dan Renldo Asry Pangiran , ...

PELUANG PEKERJAAN DLM SEKTOR KELAPA SAWIT

08.04.2009 , Rabu, telah berlangsung majlis ceramah kerjaya Anjuran Perpustakaan Negeri Sabah dengan kerjasama POIC (Palm Oil Industrial Cluster), MPOB Malaysian Palm Oil Board) dan IOI Corporation Berhad di Dewan SMK Kunak Jaya. Majlis dipengerusikan oleh pelajar Andi Arfahaini Andi Arnis , pelajar tingkatan 5 Sains yang juga seorang pengawas sekolah. Pengetua, Encik Noor Aslam Mano Abdullah semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya berkata bahawa pelajar sekolah ini bertuah kerana terpilih untuk mendengar serta menimba ilmu melaluinya. Beliau berharap agar para pelajar mengambil kesempatan ini sebaik mungkin. Antara penceramah yang hadir ialah Encik Clarence Binayu dari POIC yang menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk 'POIC Lahad Datu & Peluang Pekerjaan Dalam Sektor Industri Kelapa Sawit'. Turut menyampaikan ceramah Encik Hardiansa Bin Hatta dari IOI Corporation Berhad, Encik Jesse Quiban dari MPOB serta Encik CC Fung , Media Consultant POIC Sabah Sdn Bhd. Majlis...