Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Karya

Selamat Beribadah Puasa Ramadhan

Imej
Kata orang tua-tua, pada bulan Ramadhan ini, syaitan dan kuncu-kuncu dibelenggu. Namun kenapa dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini, masih ramai orang yang seakan-akan telah dirasuk syaitan dalam melakukan maksiat termasuklah tidak berpuasa. Sifat-sifat yang ditunjukkan tidak menggambarkan bahawa seseorang itu tidak dipengaruhi syaitan yang sudah terkenal dalam memerangkap manusia atau keturunan Adam a.s. melakukan dosa-dosa. Apa sebenarnya yang mempengaruhi, manusia itu melakukan maksiat dibulan yang syaitan terbelenggu ini? Kalau difikir-fikirkan, tiada apa yang mempengaruhinya melaikan diri sendiri yang sudah hampir menyerupai sifat syaitan itu sendiri. Sifat yang sudah sebati ditambah kerasnya hati untuk menolak kemungkaran, jauh sekali menginsafi diri agar mencegah diri dari melakukan maksiat merupakan syaitan jelmaan dalam diri manusia itu sendiri. Manusia seumpama ini sebenarnya kurang mendapat perhatian dari senarai godaan sang syaitan, kerana sudah dapat memandu dirinya kearah k...

JUARA BILIK SUMBER PPDa

Imej
Pelawat yang datang bergambar kenangan dihadapan Bilik Sumber PPDa SMK Kunak Jaya. Bilik PPDa (Pendidikan Pencegahan Dadah) SMK Kunak Jaya telah mendapat tempat pertama atau Johan Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sabah, dan tempat Ke-3 Keseluruhan Peringkat Negeri Sabah dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa. Pagawai Penilai diberi taklimat oleh pelajar Datu Awaluddin Datu Kamaruddin semasa lawatan penilaian kali kedua. Menurut guru yang mengendalikan pengurusan Bilik Sumber PPDa SMKKJ, Cikgu Mohd. Hafiz Lokman, ini adalah berkat kerjasama yang diberi oleh semua guru, terutama guru-guru UBK serta pelajar. Beliau juga memaklumkan bahawa Bilik Sumber PPDa SMKKJ telah dilantik sebagai Pusat PPDa Daerah Kunak. Bilik UBK Cikgu Mohd. Hafiz Lokman juga memberitahu, selaku guru Kaunselor sekolah, beliau bersama rakan-rakan dalam UBK kini dalam proses pembahbaikan bilik UBK untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan lebih sistemetik dan kondusif kepada pelajar. Selain cikgu M...

Puisi Buat Anak Didik

Terimakasih kepada semua pengunjung blog ini. Terimakasih sekali lagi kepada yang menjadi pengikut tetap blog ini. Post pada kali ini saya hanya ingin mengabadikan sebuah puisi yang diungkapkan oleh seorang warga SMKKJ, yang juga merupakan salah seorang orang kuat di SMKKJ iaitu Puan Gan Siew Lin. Bait-bait puisi tersebut saya petik dari ruangan chatbox (shoutbox) yang ditulis oleh Puan Gan. Mohon kebenaran puan, semoga pelajar yang membacanya akan terus tabah, bersemangat dan lebih berusaha kearah kecemerlangan. Puisinya berbunyi begini: ini sekolah kita, di sini kita menapak, biar runtuhan konkrit menyeliputi diri, tetap ku gagahi, menapak dan menapak lagi, kerana ini sekolah ku. ayuh pelajar-pelajar SMKKJ usah runtuh semangatmu seperti runtuhan ini kita usung batu-batu ilmu kita atur ia menjadi timbunan ilmu kita buktikan bahawa kita boleh berjaya walau ilmu ditimba dari runtuhan konkrit namun tambah cekal kaki melangkah dalam susah, dalam senang... tetap kusanjung dirimu, SMKKJ dan...