Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ramadhan

JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M BIL NEGERI / ZON 1 MELAKA MELAKA 2 JOHOR ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR 3 PERAK ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR Z ON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR ZON 7- BUKIT LARUT 4 SARAWAK ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG ZON 5-...

Selamat Beribadah Puasa Ramadhan

Imej
Kata orang tua-tua, pada bulan Ramadhan ini, syaitan dan kuncu-kuncu dibelenggu. Namun kenapa dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini, masih ramai orang yang seakan-akan telah dirasuk syaitan dalam melakukan maksiat termasuklah tidak berpuasa. Sifat-sifat yang ditunjukkan tidak menggambarkan bahawa seseorang itu tidak dipengaruhi syaitan yang sudah terkenal dalam memerangkap manusia atau keturunan Adam a.s. melakukan dosa-dosa. Apa sebenarnya yang mempengaruhi, manusia itu melakukan maksiat dibulan yang syaitan terbelenggu ini? Kalau difikir-fikirkan, tiada apa yang mempengaruhinya melaikan diri sendiri yang sudah hampir menyerupai sifat syaitan itu sendiri. Sifat yang sudah sebati ditambah kerasnya hati untuk menolak kemungkaran, jauh sekali menginsafi diri agar mencegah diri dari melakukan maksiat merupakan syaitan jelmaan dalam diri manusia itu sendiri. Manusia seumpama ini sebenarnya kurang mendapat perhatian dari senarai godaan sang syaitan, kerana sudah dapat memandu dirinya kearah k...

Ramadhan Bulan Al-Qur'an

Imej
Kechapi Islamic Greeting Card Puasa di bulan Ramadhan semua orang tahu dan mungkin menjadi amalan mereka sejak kecil lagi yakni sejak di bangku sekolah rendah. Namun membaca Al-Qur'an sama ada pada siang hari mahupun sebelah malam sepatutnya dijadikan amalan semua orang. Ramai yang hanya menghabiskan masa siangnya dengan melayan tidur terutama ketika tengah hari yang akhirnya berlarutan hingga ke waktu berbuka puasa. Di SMK Kunak Jaya, amalan membaca Al-Qur'an telah menjadi amalan tahunan sempena bulan Ramadhan yang biasanya diamalkan secara bertadarus. Kalau boleh kumpulan tadarus Al-Qur'an ini ditambah lagi agar lebih ramai warga sekolah yang terlibat. Kerana selain meningkatkan amal ibadah Ramadhan dengan membaca Al-Qur'an, pelajar yang mungkin kurang lancar membaca Al-Qur'an boleh sama-sama mempertingkatkan lagi bacaan mereka. Ini kerana ramai pelajar yang hanya tahu membaca Al-Qur'an secara 'merangkak-rangkak' kerana terlalu lama tidak membacanya. A...

Ramadhan Datang Lagi

Imej
Banner Program Ramadhan Dekat Di Hati yang kini boleh dilihat di hadapan sekolah. Seperti biasa pada tahun-tahun yang lepas, warga SMK Kunak Jaya akan menyambut bulan penuh keberkatan bulan Ramadhan dengan berbagai program. Pada tahun ini Panitia Pendidikan Islam dibawah Bidang Kemanusiaan melancarkan Program Ramadhan Dekat Di Hati yang merangkumkan beberapa aktiviti dan program sepanjang Ramadhan. Selain mengadakan solat sunat Tarawih dan moreh di surau Ar-Raudhah (surau sekolah), beberapa program yang merupakan program tahunan juga turut dirancang bagi memberi peluang kepada warga sekolah menghayati bulan Ramadhan disamping menjalankan ibadah puasa. Antaranya Kuiz Ramadhan yang akan dijalankan pada waktu rehat dan semasa perhimpunan mingguan. Pada waktu pagi pula setiap hari akan disiarkan melalui alat siaraya Tazkirah serta bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an. Saham Ar-Raudhah pula merupakan program yang mendidik warga SMK Kunak Jaya menjadi insan yang pemurah, suka bersedekah serta...

SELAMAT HARI RAYA, SEBELUM DAN SELEPAS RAYA

Imej
Hari ini 28.09.2009 (Isnin) adalah merupakan hari pertama persekolahan selepas lebih 10 hari sekolah bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri. Tepat jam 645 pagi, perhimpunan mingguan diadakan di tapak perhimpunan Anjung Ilmu dengan menyaksikan kehadiran pelajar dan guru yang agak menggalakkan. Walau pun suasana hari raya masih terasa, komitmen pelajar dan guru terserlah pada hari ini untuk meneruskan sesi persekolahan, lebih lebih lagi pelajar-pelajar SPM dan STPM. Pengetua, En Nor Aslam Mano semasa berucap dalam perhimpunan tersebut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga SMK Kunak Jaya. Beliau juga mengumumkan beberapa orang guru yang menerima kenaikan pangkat seterusnya menjawat jawatan hakiki seperti Ketua Bidang, Penolong Kanan dan sebagainya, antaranya ialah En Yakari Sulong yang kan menjadi PK HEM di SMK Madai, En Norai'jelah Abdullah Sani dan Ust Abdullah Muhammad yang menerima kenaikan pangkat ke DG44. Tahniah diucapkan. Selain itu beliau juga...

SUMBANGAN UNTUK PELAJAR MISKIN SEMPENA RAMADAN

Seperti pada tahun-tahun lepas, SMK Kunak Jaya terus melaksanakan beberapa program sempena bulan Ramadhan al Mubaraq, bagi meningkatkan lagi ketaqwaan warganya yang beragama Islam selain memberi peluang untuk berbuat kebaikan di bulan yang penuh barakah ini. Antara program yang baru sahaja dilancarkan ialah program mengumpul sumbangan berupa wang untuk diagih-agihkan kepada pelajar miskin di sekolah ini. Ini adalah merupakan program tahunan yang menjadi amalan warga SMKKJ. Pengetua semasa melancarkan tabung Pungutan Sumbangan di hadapan PejabatAm mengharapkan agar semua warga SMKKJ tanpa mengira pangkat samada pelajar, kakitangan bukan mengajar mahupun guru, serta tidak mengira agama dan keturunan dapat menghulurkan sumbangan yang ikhlas. Manakala Puan Saniman Sabur pula tidak mensasarkan jumlah pungutan kerana sumbangan yang diperolehi akan menjadi tambahan kepada sumbangan yang diberikan pihak PIBG serta pihak sekolah sendiri. Selain dari aktiviti itu, pihak AJK Surau Ar-Rauddah SMK ...