Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PELAJARAN

KETUA PELAJAR 2009/2010 PELAJAR TERBAIK STPM

Imej
Ramis Hamadul, Ketua Pengawas (Ketua Pelajar) SMK Kunak Jaya Sesi 2009/2010 merupakan pelajar terbaik STPM 2010 bagi SMK Kunak Jaya. Beliau yang memperolehi 4A (PNGK 3.92 dengan 3A dan 1A-), melahirkan rasa syukur dan terimakasih kepada pihak sekolah terutama semua guru yang banyak memberi galakan dan tunjuk ajar kepada beliau. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam semua bidang, Ramis dapat mengharungi semuanya dengan penuh komitmen. Selain Ramis, beberapa orang Pengawas 2009-2010 juga mencatatkan keputusan cemerlang, antaranya Darma Saparudin-Setiausaha (2A,2B), Datu Awaluddin Datu Kamaruddin-AJK (3A,1B), Sarinah Abirin-Timbalan Ketua Pengawas (2A,2B), Siti Sabariah Jamaluddin-AJK (3A,1B), Norazizah Lapawi-AJK (3B,1C), Murina Abd Rakman-AJK (2A,2B), Laowama Yrilis (1A,2B,1C), Nahtasha Jain (4B), Nurul Sukma Mohd Saat (1A,3B), dan Suraidah Mohd Sadim (1B, 3C). Tahniah diucapkan kerana sekali lagi Badan Disiplin sekolah membuktikan disiplin yang baik akan menjadi pemangkin kepada ...

Matapelajaran Sejarah boleh diambil SPMU 2014

Berita baik buat semua pelajar SPM, bermula tahun 2014 Kementerian Pelajaran Malaysia akan memasukkan Matapelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM Ulangan. Ini telah dinyatakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran semasa persidangan Dewan Negara, bertujuan memberi peluang kepada semua pelajar memperolehi sijil SPM. Buat masa sekarang, matapelajaran yang ditawarkan untuk peperiksaan SPM Ulangan ialah Bahasa Melayu dan Matematik. Dengan kemasuk matapelajaran Sejarah dalam SPMU adalah diharapkan pelajar yang memperolehi keputusan kurang memuaskan terutama matapelajaran Sejarah akan dapat memperbaikinya menerusi SPMU. Apapun adalah diharapkan semua calon SPM akan datang lebih bersungguh-sungguh dan tidak mengambil mudah serta menganggap bahawa mereka boleh mengulang menduduki matapelajaran Sejarah. Kalau boleh setiap calon hendaklah lulus dengan baik untuk semua matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. lagi berita berkaitan

PROGRAM MOTIVASI 'KEMBALI KE SEKOLAH'

Imej
11.05.2010, sekumpulan bekas pelajar SMK Kunak Jaya yang diketuai oleh Cik Aslina Ali dari Perkumpulan Siswa-siswi Sabah-USM (PERSIS) telah berkunjung ke sekolah ini. Menurut salah seorang dari mereka iaitu Sdr Baharuddin Mohd Alias, bahawa tujuan mereka adalah untuk memaklumkan seterusnya meminta kebenaran serta kerjasama pihak sekolah menjalankan suatu progaram motivasi. Program yang dinamakan 'Kembali Ke Sekolah' akan dilaksanakan pada 26 Mei 2010, dengan objektif memberi peluang kepada siswa-siswi melibatkan diri secara praktikal terhadap kehidupan bermasyarakat. Juga bertujuan memberi motivasi kepada calon-calon SPM dan STPM 2010 agar lebih berusaha untuk menjejak mereka yang telah bergelar siswa-siswi ini. Dibawah anjuran PERSIS dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKKJ. Sebenarnya program sebegini biasa dilakukan oleh bekas-bekas pelajar sekolah ini, terutama mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke 'menara gading'. Sememangnya pihak sekolah amat mengal...

Nota Sains SPM

Imej
Alhamdulillah, akhirnya dengan kerjasama 'si Tuan', maka bolehlah para pelajar muat turun beberapa nota Sains untuk Tingkatan 4 & 5 dalam format pdf. Sebenarnya nota yang saya terima adalah dalam format ppt namun terpaksa saya convert kan ke format pdf untuk tujuan hak penulisan penulis selain mudah untuk dimuat turun. Semoga dengan nota matapelajaran tersebut, akan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan lagi penguasaan dalam subjek Sains. Walau bagaimanapun, nota tersebut disediakan dalam Bahasa Melayu. Ini bertujuan agar semua pelajar dapat memanfaatkannya, termasuk mereka yang tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. InsyaAllah, saya akan cuba dapatkan bantuan (khidmat) beberapa orang guru bagi beberapa subjek agar dapat menyediakan nota sebegini. Muat turunlah nota tersebut di ruangan MUAT TURUN NOTA . Semoga para pelajar dapat manfaat. Selamat belajar.

MATEMATIK OH MATEMATIK

Imej
Operasi pendaraban 2 matriks. (Multiplication Of Two Matrices) Rama i pelajar yang merasa keliru untuk melakukan pendaraban dua matriks. Seperti yang diketahui bahawa matriks mengandungi unsur yang dikenali setiap satunya berdasarkan kedudukan unsur tersebut. Misalnya: a ialah unsur a11 (disebut unsur satu-satu), kerana a adalah unsur matriks A pada baris satu lajur satu. b ialah unsur a 12 (disebut unsur satu-dua), kerana b adalah unsur matriks A pada baris satu lajur dua. c ialah unsur a21 (disebut unsur dua-satu), kerana c adalah unsur matriks A pada baris dua lajur satu. d ialah unsur a22 (disebut unsur dua-dua) kerana d adalah unsur matriks A pada baris dua lajur dua. Pendaraban dua matriks adalah merupakan hasil tambah bagi hasil darab unsur satu-satu matriks pertama dengan unsur satu-satu matriks kedua dan unsur satu-dua matriks pertama dengan unsur dua-satu matriks kedua. Untuk mengelakkan kekeliruan, pelajar boleh menyusun dua matriks yang didarabkan s...