Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KOKUM

SMK KUNAK JAYA JOHAN FUTSAL PERINGKAT NEGERI SABAH

Imej
Seramai 10 orang pelajar yang membawa nama SMK Kunak Jaya bersama dua orang guru pengiring telah berjaya mencatatkan rekod baru sebagai Johan Kejohanan Futsal 1 Murid 1 Sukan Piala Menteri Pelajaran di Kota Kinabalu pada 7hb Oktober 2012. Kesemuya pelajar yang terdiri dari pelajar SMK Kunak Jaya iaitu Tajuddin Tahsin, Gunawansyah Nordin,  Mohd Efiezal Nizam Mohd Alias, Anggryawan Abbas, Mohd Fakhri Murphi, Mohd Faizal Nordin, Mohd Bukhari AK Micheal, Mohd Saizenan Supriadi, Sahadam Amir dan Mohd Fakhri Lagided, berjaya mengharungi semua perlawanan dari peringkat awal sehingga ke peringkat Perlawanan Akhir apabila menewaskan Sandakan dengan 2-1 menerusi tendangan penalti apabila seri 1-1 sehingga ke akhir masa sebenar. Sebelum itu pasukan SMKKJ menewaskan Kuala Penyu (4-0), Beluran (4-0) pada peringkat Kumpulan. Manakala Suku Akhir menewaskan Beuford (2-0) dan Separuh Akhir menewaskan Telupid menerusi penentuan penalti (3-1) apabila kedudukan terikat 1-1 masa sebenar. Men...

SMK KUNAK JAYA JUARA CATUR LELAKI 18 DAN PEREMPUAN 18 MSSDK

Imej
Johan, Naib Johan, Ke3, 4, 5 dan Ke6 Lelaki 18 tahun ke bawah. Johan, Naib Johan, Ke3, 4, 5 dan ke6 kategori Perempuan 18 tahun kebawah Pada 5 hingga 6 Mac 2012, berlangsung kejuaraan catur peringkat sekolah-sekolah Daerah Kunak. SMK Kunak Jaya berjaya merangkul juara kategori Lelaki 18 dan Perempuan 18. Bukan itu sahaja, malah SMK Kunak Jaya juga merangkul tempat hingga tempat ke5 ketegori 18 tahun, manakala kategori Perempuan 18 tahun , SMK Kunak Jaya turut menjulang piala Naib Johan dan tempat ke Tiga selain tempat ke5 dan ke6 kategori Lelaki 15. Senarai nama pemenang dari SMK Kunak Jaya dalam pertandingan catur MSSDK: 1) Herman Abd Rahman (Johan L18) 2) Abu Hassan Umar (Naib Johan L18) 3) Hee Tzing Wen (KeTiga L18) 4) Mohd Jifirul Mondongot (KeEmpat L18) 5) Alhakim Musa (KeLima L18) 6) Alifah Zakariah (Johan P18) 7) DG Norsuhaidatul Salina (Naib Johan P18) 8) Sakiah Sanusi (Ke Tiga P18) Secara keseluruhan, SMK Kunak Jaya muncul juara Club Standing kategori Lelaki 18 dengan punguta...

SMK KUNAK JAYA BERJAYA MERAIH KEJAYAAN BERGANDA

Imej
18hb Februari 2012 merupakan sejarah buat SMK Kunak Jaya apabila berjaya mengulangi kejayaannya merangkul gelaran JUARA KESELURUHAN kategori sekolah menengah di SMK Kunak setelah memenangi buat pertama kali pada tahun 2011 di SMK Madai. Pada tahun ini SMK Kunak Jaya berjaya menafikan hasrat tuan rumah SMK Kunak untuk merampas kembali gelaran tersebut. Sememangnya tidak dinafikan, usaha yang dilakukan begitu bersungguh-sungguh sehingga pungutan pingat emas, perak dan gangsa kedua-dua pihak begitu sengit dan berterusan ke acara terakhir iaitu 4 x 200m lelaki bawah 18. Setelah ketiga-tiga sekolah menengah SMK Kunak Jaya, SMK Kunak dan SMK Madai bertarung dalam kejohanan tersebut selama 4 hari bermula 15hb Februari 2012, SMK Kunak Jaya dinobatkan selaku Juara Keseluruhan selain merangkul anugerah Olahragawan dan Olahragawati kategori 18 tahun. Tidak disitu sahaja, SMK Kunak Jaya juga berjaya menggandakan kegembiraan warganya apabila Kontinjen Perbarisan SMK Kunak Jaya meraih gelaran Johan ...

PERISTIWA BERGAMBAR SEM 1 2011 SMK Kunak Jaya

SEKITAR : MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU-BAPA DAN GURU SMK KUNAK JAYA TAHUN 2011-2012 SEKITAR : KEM REMAJA ISLAM SEKOLAH (KRIS)

JUARA KESELURUHAN SUKAN DAERAH...JUARA LAGI

Imej
Buat pertama kalinya, SMK Kunak Jaya telah berjaya merangkul gelaran Juara Keseluruhan Sukan MSS Daerah Kunak dalam kejohan yang berlangsung di SMK Madai bermula 07hb Mac 2011 dan berakhir pada 10hb Mac 2011. Dengan memperolehi 30 emas, SMK Kunak Jaya berjaya mengenepikan SMK Kunak selaku juara bertahan ke tempat ke dua serta meninggalkan SMK Madai ke tempat ke tiga. Selain itu dua atlet dari SMK Kunak Jaya juga telah dinobatkan sebagai olahragawan kategori bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun. Mereka ialah pelajar Handih dan Mohd Saiezman. Manakala Briged Muda RELA SMK Kunak Jaya telah menjadi Juara Perbarisan sempena kejohanan tersebut kategori Unit Beruniform. Ini menjadikan SMK Kunak Jaya menjulang namanya sebagai juara berganda. Tuan Pengetua Encik Nor Aslam Mano Abdullah mengucapkan tahniah kepada semua atlet dan guru-guru SMK Kunak Jaya yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Tidak lupa juga kepada ahli PBSM SMK Kunak Jaya yang telah menjalankan tugas sebagai Unit Kecemasan de...

SUKAN TAHUNAN KE 18, SMK KUNAK JAYA

Imej
Peristiwa bergambar sepanjang Acara Saringan dan Akhir Sukan Tahunan ke 18 Tahun2011 Sekitar hari kemuncak Sukan Tahunan SMK Kunak Jaya ke 18 Briged Muda RELA SMK Kunak Jaya turut menjayakan Majlis Penutupan Sukan Tahunan SMK Kunak Jaya. Leftenan Kolonel (RELA) Rosmi Bin Saad, Pegawai RELA Kunak merasmikan Penutupan Sukan Tahunan. Kelihatan dalam gambar LT Kol. Rosmi bergambar bersama Pengetua, Encik Nor Aslam Mano Bin Abdullah dan ahli Briged Muda RELA SMKKJ.

SMK KUNAK JAYA BERKARNIVAL LAGI

Imej
2011 baru menghampiri bulan ke duanya, SMK Kunak Jaya sudah mula sibuk dengan aktivitinya. Ketika ini, kokurikulum hampir menguasai suasana persekolahan. Namun tidak bermakna kurikulum diabaikan begitu sahaja, tetap berjalan mengikut jadual dan perancangan. Itulah SMK Kunak Jaya... kerana setiap warganya menanam semangat diri 'KU_NAK_JAYA'. Apa sekalipun aktiviti dirancang, harus berjalan dan dilaksanakan, disamping rutin p&p yang sudah semestinya menjadi kewajipan setiap warganya terutama pelajar dan pendidik. Bermula dengan mesyuarat Rumah Sukan disusuli dengan Mini Maraton, SMK Kunak Jaya seakan berpesta sukan di awal tahun 2011 ini. Setiap pagi dan petang, akan kelihatan padang dan persekitaran sekolah dipenuhi pelajar yang menjalankan aktiviti latihan sukan. Semalam (25-26 Januari) semua pelajar terlibat dengan 'sukan tara', sesuai dengan hasrat TPM, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan setiap pelajar terlibat dengan sekurang-kurangnya 1 jenis sukan. Hasiln...

Ramadhan Bulan Al-Qur'an

Imej
Kechapi Islamic Greeting Card Puasa di bulan Ramadhan semua orang tahu dan mungkin menjadi amalan mereka sejak kecil lagi yakni sejak di bangku sekolah rendah. Namun membaca Al-Qur'an sama ada pada siang hari mahupun sebelah malam sepatutnya dijadikan amalan semua orang. Ramai yang hanya menghabiskan masa siangnya dengan melayan tidur terutama ketika tengah hari yang akhirnya berlarutan hingga ke waktu berbuka puasa. Di SMK Kunak Jaya, amalan membaca Al-Qur'an telah menjadi amalan tahunan sempena bulan Ramadhan yang biasanya diamalkan secara bertadarus. Kalau boleh kumpulan tadarus Al-Qur'an ini ditambah lagi agar lebih ramai warga sekolah yang terlibat. Kerana selain meningkatkan amal ibadah Ramadhan dengan membaca Al-Qur'an, pelajar yang mungkin kurang lancar membaca Al-Qur'an boleh sama-sama mempertingkatkan lagi bacaan mereka. Ini kerana ramai pelajar yang hanya tahu membaca Al-Qur'an secara 'merangkak-rangkak' kerana terlalu lama tidak membacanya. A...

RUMAH SUKAN JAGUH MUNCUL JUARA

Imej
Sukan tahunan SMK Kunak Jaya kali ke 17 telah pun berakhir, dengan menyaksikan Rumah Sukan Jaguh muncul sebagai juara keseluruhan meninggalkan Perkasa, Wira dan Satria masing-masing ditempat kedua, ketiga dan keempat. Ahli Parlimen P188 Silam Hj Saleh Kalbi semasa berucap merasmikan MajlisSukan Tahunan SMK Kunak Jaya kali ke-17. Kemuncak sukan tahunan tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tuan Hj Saleh Kalbi pada 28 Januari lalu. Selain itu YB sempat menyampaikan sumbangan jersi untuk pasukan bola sepak dan bola tampar sekolah berserta beberapa biji bola. Pengetua sedang menerima sumbangan jersi dan bola dari YB Ahli Parlimen Silam. Selain acara sukan yang melibatkan pelajar, telah diadakan juga acara yang melibatkan guru dan ibu bapa. Dalam acara 4 x 100 meter guru dan ibu bapa, Pengetua Encik Noor Aslam Mano Abdullah telah turut serta berlari mewakili pasukan pentadbiran sekolah bersama PK Kokum, Encik Hamzah Abdul Wahid, Cikgu Abdul Mulok dan Cikgu Sharir Hamid. Selain i...

PERKHEMAHAN PERDANA 2009

TEMA : "SATU SEKOLAH, PELAJAR DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" Perkhemahan Perdana 2009 yang merupakan program tahunan SMK Kunak Jaya, telah berakhir setelah berlangsung selama 3 hari bermula 27hb Mei sehingga 29hb Mei 2009. Pada tahun ini sebanyak 6 pasukan unit beruniform menyertai perkhemahan tersebut, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Pengakap, Persatuan Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Kadet Bomba dan Penyelamat (BOMBA) dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM). Pengarah program pada tahun ini ialah Cikgu Abdul Ghani Abd Rahman dibantu oleh Cikgu Abd Mulok Abdullah Sani selaku Timbalan Pengarah serta guru-guru SMK Kunak Jaya sebagai AJK Pelaksana, telah melahirkan rasa syukur kerana program berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Walaupun terdapat sedikit masalah terutama berkaitan bekalan air, namun akhirnya dapat diselaikan dengan kerjasama pihak Jabatan Air Daerah Kunak. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YDP PIB...

SAMBUTAN HARI GURU 2009

Imej
LAGI SEKITAR HARI GURU 2009 "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" Sambutan Hari Guru peringkat seolah akan diadakan serentak dengan sambutan peringkat kebangsaan iaitu pada 16 Mei 2009. Berbagai acara telah dirancang bagi memeriahkan sambutan tersebut. Pada tahun ini Persatuan Tingkatan Enam (PERTENA) dibawah pimpinan PK Tingkatan Enam SMK Kunak Jaya, Puan Basarah Bt Bakar telah diberi tanggungjawab mengatur perjalanan aktiviti sambutan. Antara acara yang akan dijalankan ialah Acara Sukaneka yang melibatkan semua guru sekolah ini serta aktiviti bertukar hadiah sesama rakan guru. Semoga sambutan pada tahun ini akan meningkatkan lagi komitmen serta motivasi dikalangan guru demi kecemerlangan pelajar sekolah ini. Selamat Hari Guru. LOGO HARI GURU Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan. Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dal...

KADET BOMBA SMKKJ BANTU ZON TENGGARA JUARAI PERKEMAHAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT PERINGKJAT NEGERI SABAH 2009

Bermula 4hb sehingga 8hb Mei 2009, Kontinjen Kadet Bomba dan Penyelamat dari seluruh negeri Sabah berkampung di SMK Madai, Kunak. Berbagai acara dipertandingkan sepanjang perkemahan tersebut. SMK Kunak Jaya turut menghantar beberapa orang wakil bagi mewakili Zon Tenggara ke perkemahan tersebut. Pada majlis penutupan perkemahan tersebut, SMK Kunak Jaya telah dipertanggungjawabkan mengendalikan majlis termasuk penyedian pentas, telah mendapat pujian semua pihak. Selain itu majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Juara Paluan dan Formasi Kompang Negeri Sabah yang menunjukkan persembahan yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin. Zon Tenggara telah muncul sebagai Juara Keseluruhan, selain menjadi Johan Kawat Kaki dan Formasi yang disertai oleh M ohd Redzuan Roslie, Mohd Johari Habire, Lebron Honarius dan Renldo Azry Pangiran , Johan Persembahan Malam Kebudayaan, Naib Johan Kawat Operasi Berhalangan Basah (lelaki) yang disertai oleh Lebron Honarius dan Renldo Asry Pangiran , ...

KOMPANG DAN FORMASI NEGERI SABAH 2009

07.05.2009 (Khamis), Pertandingan Paluan Dan Formasi Kompang Peringkat Negeris Sabah 2009 telah berlangsung di Padang SMK Kunak Jaya. Sebanyak 2 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah telah mewakili zon masing-masing telah mempersembahkan paluan dan formasi kompang bermula jam 8.30 pagi. Acara dimulakan dengan persembahan dari Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Tawau yang mewakili Zon Tenggara, diikuti oleh SK Kem Lokawi, Kota Kinabalu yang mewakili Zon Barat, dan diakhiri oleh persembahan SMK Kunak Jaya, Kunak yang juga mewakili Zon Tenggara Kategori Sekolah Menengah. Kesemua pasukan telah mempersembahkan Paluan dan Formasi Kompang yang baik sehingga menimbulkan saingan sengit terutama bagi kategori Sekolah Menengah. SK Kem Lokawi telah muncul sebagai juara kategori sekolah rendah, manakala SMK Kunak Jaya telah berjaya muncul sebagai juara keseluruhan kategori sekolah menengah selain merangkul hadiah Paluan Terbaik. SM St Michael, Kota Kinabalu pula memenangi hadiah Formasi Terba...

LAGI SEKITAR SUKAN 2009

Imej