Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BANGUNAN SEKOLAH

SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH DAN 2010 MASEHI

Pertama, saya nak minta maaf sebab lama tak update. Sejak cuti sekolah, bertambah pula sibuknya mengisi cuti sehingga terasa cuti kali ini terlaluy singkat. Begitulah jika masa digunakan sepenuhnya sehingga tidak terasa berlalu. Mudah-mudahan para pelajar juga demikian hendaknya mengisi masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah serta tidak lupa untuk mengulangkaji pelajaran. Apapun, pada saat posting ini dibuat, kita sedang menantikan kemunculan tahun baru 2009 Masehi setelah kita sama-sama menyambut Maal Hijrah 1431. Harapan pada tahun ini saya mengharapkan agar lebih baik daripada tahun lepas. Semoga SMK Kunak Jaya bersama warganya akan lebih berjaya dan terus berjaya sesuai dengan namanya 'Ku Nak Jaya'. Bangunan utama sekolah sedang rancak diperbaiki. Dalam masa yang sama bangunan 'gantian' sudah siap sedia menantikan kehadiran pelajar 2010. Apa yang diharapkan lagi adalah setiap warga SMK Kunak Jaya mensyukuri nikmat yang diberi serta redha dengan keadaan fizikal...

SPM DAN STPM 2009

Seperti diketahui ramai, bangunan SMKKJ mengalami kerosakan dan perlu dibaiki segera. Namun tindakan segera pihak sekolah memaklumkan perkara ini kepada pihak yang berwajib, maka alhamdulillah, calon-calon SPM dan STPM dapat mengambil peperiksan penting itu di bangunan projek kilat yang siap sebelum peperiksaan bermula. Bangunan yang dibuat adalah separuh konkrit cukup selesa untuk diduduki walaupun mungkin ada terdapat sedikit kelemahan terutama bau cat yang masih dapat dihidu kerana baru. Namun bagi warga SMKKJ terutamanya calon SPM dan STPM, tetap bersyukur kerana dapat mengambil peperiksaan tersebut di SMKKJ.

PEMBANGUNAN RANCAK

Imej
Hari ini SMK Kunak Jaya menyaksikan beberapa projek pembangunan infrastrukturnya bagi menampung keperluan yang semakin meningkat. Beberapa bulan yang lalu telah dimulakan pembinaan bangunan yang akan menempatkan bengkel aquakultur dan penternakan haiwan, yang sudah hampir siap. Bangunan ini akan digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran subjek baru yang berkaitan dengan penternakan haiwan aquatik dan haiwan peliharaan lain dan dijangka akan dimulakan pada tahun 2010. Bangunan untuk bengkel ternakan aquakultur dan ternakan haiwan. Sementara itu bangunan projek kilat yang dibangunkan pihak sekolah juga hampir siap sejak dimulakan pembinaannya pada bulan September 2009 yang lalu. Bangunan ini akan digunakan untuk menempatkan beberapa buah kelas yang terpaksa dikosongkan kelas asalnya di blok bangunan sekolah berikutan kerja-kerja membaikpulih yang akan dijalankan sedikit masa lagi, kemungkinan semasa cuti akhir tahun. Projek kilat ini juga dijangka akan digunakan untuk menempatkan calon...

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Setelah sekian lama mengharungi P&P di luar bangunan sekolah, akhirnya beberapa kelas terutama Tingkatan 5 dan 3 dibenarkan naik ke bangunan sekolah semula. Walau bagaimanapun, hanya aras dua sahaja yang terlibat. Ini berikutan jaminan yang diberi serta kenyataan bahagian forensik Jabatan Kerja Raya yang memaklumkan bahawa bangunan sekolah masih selamat. Bahagian tangga laluan pelajar perempuan dan aras tiga yang menempatkan Pusat Sumber masih ditutup selain sebuah kelas yang lantainya terjejas terus di aras dua. Pembukaan semula bilik darjah tersebut telah mengembalikan keyakinan pelajar dan warga sekolah yang lainnya terhadap keselamatan bangunan sekolah. Sehubungan dengan itu juga pelajar PMR, SPM dan STPM kembali ceria dan bersemangat untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Proses pembaikan kelas serta bangunan projek kilat yang menempatkan Bilik PSV akan dilakukan pada bila-bila masa. Tender projek kini dibuka untuk kontraktor berdaftar dengan JKR. Apa yang diharapkan, proses ...

LAGI KUNJUNGAN PELAWAT KE SMKKJ

Imej
Sejak berita tentang kerosakan yang berlaku di skolah SMKKJ tersiar melalui media cetak mahupun elektronik, beberapa respon telah diperolehi. Beberapa siri lawatan VIP ke sekolah ini telah diterima. Bermula dengan lawatan YB ADUN N 51 Kunak, Encik Nilwan Kabang, kemudian YB Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, Tuan Hj Saleh Kalbi, disusuli rombongan dari Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, seterusnya dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan terbaru dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Encik Raja Mazlan bersama Encik Ahmad Kamal. Pelawat dari BPSH, KPM bergambar bersama kakitangan SMKKJ. Dari kiri, Encik Mohd Hafiz (Kauselor Sekolah), Cik Rashida Abd Rahim (Kauselor sekolah), Puan Gan Siew Lin (PK HEM), Encik Ahmad Kamal, Encik Raja Mazlan, Pn Norsimah (Kauselor SMK Kunak) dan Pn Jahara Pilih (Kerani Kewangan SMKKJ), berlatarkan bangunan blok sekolah yang mengalami keretakan serta anjung berdindingkan 'canvas' yang menempatkan pelajar Tingkatan 6 Atas Brilliant. Lawatan-lawatan se...

MESYUARAT TERGEMPAR PIBG SMKKJ

Hari ini 18.07.2009 (Sabtu), satu mesyuarat tergempar yang memperlihatkan kehadiran ibu bapa paling ramai menghadiri mesyuarat PIBG SMK Kunak Jaya sejak 5 tahun yang lalu. Dianggarkan lebih 300 orang ibu bapa yang hadir bagi membincangkan masalah yang timbul akibat kerosakan bangunan sekolah. Mesyuarat dimulakan pada jam 8.20 pagi dengan dipengerusikan sendiri oleh YDP PIBGSMKKJ, En. Sahing Taking. Beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah kelas agar proses Pengajaran dan Pembelajaran terus berjalan demi kebaikan pelajar. Antara cadangan yang diterima ialah menempatkan pelajar sidang petang di SK Kg Selamat, salah sebuah sekolah yang paling hampir dengan SMK Kunak Jaya, meneruskan 'kelas sementara' di sekitar sekolah serta membina bangunan projek kilat dengan memohon bantuan dari YB Ahli Dewan Rakyat, Tuan Hj Salleh Kalbi dan YB Ahli Dewan Undangan Negeri, En Nilwan Kabang. Pengetua dalam ucapannya memeberitahu hadirin bahawa YB Nilawan Kabang telah datang ke SMK Kun...

P&P HARUS DITERUSKAN

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi yang diterima bahawa keselamatan menggunakan bangunan SMKKJ adalah terjamin sejak laporan pihak sekolah dibuat pada 01.07.2009 dari mana-mana pihak. Namun yang menjadi sandaran adalah surat pengesahan selamat digunakan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya pada 2008 selepas jurutera JKR melihat keretakan yang berlaku pada tahun tersebut. Juga mungkin boleh disebutkan jaminan secara lisan yang diungkapkan oleh pegawai JKR Daerah yang melawat sekolah sejurus diberitahu tentang beberapa kejadian serpihan simen jatuh ke lantai baru-baru ini, "Masih selamat, tidak perlu bimbanglah, jangan buat mereka (pelajar) panik, hanya kalau ada melihat serpihan yang mahu jatuh, kasi jatuh samasekali, jangan kena pelajar", begitu ungkapan serta pesan beliau bila ditanya tentang keadaan bangunan. Berpegang dengan kata-kata serta surat bertarikh 2008 itulah maka pihak sekolah masih terus membuka sekolah ini. Namun dalam sedikit keyakinan tentang jam...

BANGUNAN SMK KUNAK JAYA...@!?.><

"Mana tidak bimbang, ini bangunan batu, bukan kayu bah... kalau runtuh bukan boleh angkat-angkat punya..." begitu keluh seorang warga SMK Kunak Jaya yang saban hari diulit kebimbangan melihat beberapa keretakan dan pecahan serpihan kecil syiling yang jatuh ke lantai. Pada hari Rabu minggu lepas (01.07.2009) seluruh warga SMK Kunak Jaya dikejutkan apabila serentak 4 tempat belaku kejadian serpihan konkrit syiling bangunan sekolah jatuh ke lantai. Mujurlah tidak ada pelajar atau warga sekolah yang di timpa serpihan batu dan simen. Pihak pentadbiran sekolah segera menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Kerja Raya Daerah Kunak. Encik Zamri Pehakan, Pegawai Pelajaran Daerah Kunak segera datang melihat keadaan banguna sekolah dan memberi nasihat agar bangunan sekolah dikosongkan sehingga pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Kunak memberi kata putus. Setelah dihubungi pihak JKR segera menghantar pegawainya untuk melihat sendiri keadaan bangunan sekolah. Selepas memberi jaminan ...