Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sukan Tahunan

SMK KUNAK JAYA BERJAYA MERAIH KEJAYAAN BERGANDA

Imej
18hb Februari 2012 merupakan sejarah buat SMK Kunak Jaya apabila berjaya mengulangi kejayaannya merangkul gelaran JUARA KESELURUHAN kategori sekolah menengah di SMK Kunak setelah memenangi buat pertama kali pada tahun 2011 di SMK Madai. Pada tahun ini SMK Kunak Jaya berjaya menafikan hasrat tuan rumah SMK Kunak untuk merampas kembali gelaran tersebut. Sememangnya tidak dinafikan, usaha yang dilakukan begitu bersungguh-sungguh sehingga pungutan pingat emas, perak dan gangsa kedua-dua pihak begitu sengit dan berterusan ke acara terakhir iaitu 4 x 200m lelaki bawah 18. Setelah ketiga-tiga sekolah menengah SMK Kunak Jaya, SMK Kunak dan SMK Madai bertarung dalam kejohanan tersebut selama 4 hari bermula 15hb Februari 2012, SMK Kunak Jaya dinobatkan selaku Juara Keseluruhan selain merangkul anugerah Olahragawan dan Olahragawati kategori 18 tahun. Tidak disitu sahaja, SMK Kunak Jaya juga berjaya menggandakan kegembiraan warganya apabila Kontinjen Perbarisan SMK Kunak Jaya meraih gelaran Johan ...

JUARA KESELURUHAN SUKAN DAERAH...JUARA LAGI

Imej
Buat pertama kalinya, SMK Kunak Jaya telah berjaya merangkul gelaran Juara Keseluruhan Sukan MSS Daerah Kunak dalam kejohan yang berlangsung di SMK Madai bermula 07hb Mac 2011 dan berakhir pada 10hb Mac 2011. Dengan memperolehi 30 emas, SMK Kunak Jaya berjaya mengenepikan SMK Kunak selaku juara bertahan ke tempat ke dua serta meninggalkan SMK Madai ke tempat ke tiga. Selain itu dua atlet dari SMK Kunak Jaya juga telah dinobatkan sebagai olahragawan kategori bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun. Mereka ialah pelajar Handih dan Mohd Saiezman. Manakala Briged Muda RELA SMK Kunak Jaya telah menjadi Juara Perbarisan sempena kejohanan tersebut kategori Unit Beruniform. Ini menjadikan SMK Kunak Jaya menjulang namanya sebagai juara berganda. Tuan Pengetua Encik Nor Aslam Mano Abdullah mengucapkan tahniah kepada semua atlet dan guru-guru SMK Kunak Jaya yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Tidak lupa juga kepada ahli PBSM SMK Kunak Jaya yang telah menjalankan tugas sebagai Unit Kecemasan de...

SUKAN TAHUNAN KE 18, SMK KUNAK JAYA

Imej
Peristiwa bergambar sepanjang Acara Saringan dan Akhir Sukan Tahunan ke 18 Tahun2011 Sekitar hari kemuncak Sukan Tahunan SMK Kunak Jaya ke 18 Briged Muda RELA SMK Kunak Jaya turut menjayakan Majlis Penutupan Sukan Tahunan SMK Kunak Jaya. Leftenan Kolonel (RELA) Rosmi Bin Saad, Pegawai RELA Kunak merasmikan Penutupan Sukan Tahunan. Kelihatan dalam gambar LT Kol. Rosmi bergambar bersama Pengetua, Encik Nor Aslam Mano Bin Abdullah dan ahli Briged Muda RELA SMKKJ.

MINI MARATON

Imej
Peserta Perempuan Dilepaskan . SMKKJ dengan bangganya menganjurkan sekali lagi MINI MARATON peringkat sekolah dan daerah Kunak. Sepanjang berlangsungnya acara larian tersebut, cuaca menyebelahi kami. Awal pagi mendung dan redup, berakhir dengan pancaran matahari yang tidak begitu terik semasa acara penyampaian hadiah kepada pemenang. Peserta Lelaki sedia untuk dilepaskan. Lagi gambar sekitar mini maraton SMK Kunak Jaya pada 21.01.2011

SMK KUNAK JAYA BERKARNIVAL LAGI

Imej
2011 baru menghampiri bulan ke duanya, SMK Kunak Jaya sudah mula sibuk dengan aktivitinya. Ketika ini, kokurikulum hampir menguasai suasana persekolahan. Namun tidak bermakna kurikulum diabaikan begitu sahaja, tetap berjalan mengikut jadual dan perancangan. Itulah SMK Kunak Jaya... kerana setiap warganya menanam semangat diri 'KU_NAK_JAYA'. Apa sekalipun aktiviti dirancang, harus berjalan dan dilaksanakan, disamping rutin p&p yang sudah semestinya menjadi kewajipan setiap warganya terutama pelajar dan pendidik. Bermula dengan mesyuarat Rumah Sukan disusuli dengan Mini Maraton, SMK Kunak Jaya seakan berpesta sukan di awal tahun 2011 ini. Setiap pagi dan petang, akan kelihatan padang dan persekitaran sekolah dipenuhi pelajar yang menjalankan aktiviti latihan sukan. Semalam (25-26 Januari) semua pelajar terlibat dengan 'sukan tara', sesuai dengan hasrat TPM, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan setiap pelajar terlibat dengan sekurang-kurangnya 1 jenis sukan. Hasiln...

RUMAH SUKAN JAGUH MUNCUL JUARA

Imej
Sukan tahunan SMK Kunak Jaya kali ke 17 telah pun berakhir, dengan menyaksikan Rumah Sukan Jaguh muncul sebagai juara keseluruhan meninggalkan Perkasa, Wira dan Satria masing-masing ditempat kedua, ketiga dan keempat. Ahli Parlimen P188 Silam Hj Saleh Kalbi semasa berucap merasmikan MajlisSukan Tahunan SMK Kunak Jaya kali ke-17. Kemuncak sukan tahunan tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tuan Hj Saleh Kalbi pada 28 Januari lalu. Selain itu YB sempat menyampaikan sumbangan jersi untuk pasukan bola sepak dan bola tampar sekolah berserta beberapa biji bola. Pengetua sedang menerima sumbangan jersi dan bola dari YB Ahli Parlimen Silam. Selain acara sukan yang melibatkan pelajar, telah diadakan juga acara yang melibatkan guru dan ibu bapa. Dalam acara 4 x 100 meter guru dan ibu bapa, Pengetua Encik Noor Aslam Mano Abdullah telah turut serta berlari mewakili pasukan pentadbiran sekolah bersama PK Kokum, Encik Hamzah Abdul Wahid, Cikgu Abdul Mulok dan Cikgu Sharir Hamid. Selain i...

SEKITAR SUKAN TAHUNAN KE 17 TAHUN 2008

Imej
Sukan tahunan SMK Kunak Jaya baru sahaja berakhir. Sejak minggu ke dua persekolahan 2008 dibuka, aktiviti sukan mula dirasakan. Beberapa acara telah dilangsungkan antaranya, Larian Merentas Desa, Sukan Tara, Acara Saringan dan Hari Kemuncak Sukan pada 30.01.2008 yang baru lalu. Guru-guru sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada pelajar. (Gambar kanan) Barisan guru SMKKJ menyaksikan upacara penyampaian hadiah selepas acara Merentas Desa. (Gambar bawah) Guru SMKKJ dengan baju berwarna oren berteduh dari terik panas matahari, bertindak sebagai pegawai pelepas, pencatat masa dan mencatat pemenang. Antara Guru-guru di SMK Kunak Jaya bertungkus lumus menjayakan sukan sekolah 2008. Kemuncak sukan tahunan 2008 turut disaksikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, En. Md Asri Bin Hj. Alian selaku Pegawai Perasmi tamasya sukan tersebut. Ibu bapa juga turut hadir menyaksikan anak-anak mereka bertanding. Kelihatan dalam gambar duduk dari kanan En. Hamzah Abd Wahid(PK Kokum), En. Harifudin Par...