Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Info

SMK KUNAK JAYA BERJAYA MERAIH KEJAYAAN BERGANDA

Imej
18hb Februari 2012 merupakan sejarah buat SMK Kunak Jaya apabila berjaya mengulangi kejayaannya merangkul gelaran JUARA KESELURUHAN kategori sekolah menengah di SMK Kunak setelah memenangi buat pertama kali pada tahun 2011 di SMK Madai. Pada tahun ini SMK Kunak Jaya berjaya menafikan hasrat tuan rumah SMK Kunak untuk merampas kembali gelaran tersebut. Sememangnya tidak dinafikan, usaha yang dilakukan begitu bersungguh-sungguh sehingga pungutan pingat emas, perak dan gangsa kedua-dua pihak begitu sengit dan berterusan ke acara terakhir iaitu 4 x 200m lelaki bawah 18. Setelah ketiga-tiga sekolah menengah SMK Kunak Jaya, SMK Kunak dan SMK Madai bertarung dalam kejohanan tersebut selama 4 hari bermula 15hb Februari 2012, SMK Kunak Jaya dinobatkan selaku Juara Keseluruhan selain merangkul anugerah Olahragawan dan Olahragawati kategori 18 tahun. Tidak disitu sahaja, SMK Kunak Jaya juga berjaya menggandakan kegembiraan warganya apabila Kontinjen Perbarisan SMK Kunak Jaya meraih gelaran Johan ...

JUARA BILIK SUMBER PPDa

Imej
Pelawat yang datang bergambar kenangan dihadapan Bilik Sumber PPDa SMK Kunak Jaya. Bilik PPDa (Pendidikan Pencegahan Dadah) SMK Kunak Jaya telah mendapat tempat pertama atau Johan Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sabah, dan tempat Ke-3 Keseluruhan Peringkat Negeri Sabah dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa. Pagawai Penilai diberi taklimat oleh pelajar Datu Awaluddin Datu Kamaruddin semasa lawatan penilaian kali kedua. Menurut guru yang mengendalikan pengurusan Bilik Sumber PPDa SMKKJ, Cikgu Mohd. Hafiz Lokman, ini adalah berkat kerjasama yang diberi oleh semua guru, terutama guru-guru UBK serta pelajar. Beliau juga memaklumkan bahawa Bilik Sumber PPDa SMKKJ telah dilantik sebagai Pusat PPDa Daerah Kunak. Bilik UBK Cikgu Mohd. Hafiz Lokman juga memberitahu, selaku guru Kaunselor sekolah, beliau bersama rakan-rakan dalam UBK kini dalam proses pembahbaikan bilik UBK untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan lebih sistemetik dan kondusif kepada pelajar. Selain cikgu M...

PROGRAM MOTIVASI 'KEMBALI KE SEKOLAH'

Imej
11.05.2010, sekumpulan bekas pelajar SMK Kunak Jaya yang diketuai oleh Cik Aslina Ali dari Perkumpulan Siswa-siswi Sabah-USM (PERSIS) telah berkunjung ke sekolah ini. Menurut salah seorang dari mereka iaitu Sdr Baharuddin Mohd Alias, bahawa tujuan mereka adalah untuk memaklumkan seterusnya meminta kebenaran serta kerjasama pihak sekolah menjalankan suatu progaram motivasi. Program yang dinamakan 'Kembali Ke Sekolah' akan dilaksanakan pada 26 Mei 2010, dengan objektif memberi peluang kepada siswa-siswi melibatkan diri secara praktikal terhadap kehidupan bermasyarakat. Juga bertujuan memberi motivasi kepada calon-calon SPM dan STPM 2010 agar lebih berusaha untuk menjejak mereka yang telah bergelar siswa-siswi ini. Dibawah anjuran PERSIS dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKKJ. Sebenarnya program sebegini biasa dilakukan oleh bekas-bekas pelajar sekolah ini, terutama mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke 'menara gading'. Sememangnya pihak sekolah amat mengal...

SUMBANGAN UNTUK PELAJAR MISKIN SEMPENA RAMADAN

Seperti pada tahun-tahun lepas, SMK Kunak Jaya terus melaksanakan beberapa program sempena bulan Ramadhan al Mubaraq, bagi meningkatkan lagi ketaqwaan warganya yang beragama Islam selain memberi peluang untuk berbuat kebaikan di bulan yang penuh barakah ini. Antara program yang baru sahaja dilancarkan ialah program mengumpul sumbangan berupa wang untuk diagih-agihkan kepada pelajar miskin di sekolah ini. Ini adalah merupakan program tahunan yang menjadi amalan warga SMKKJ. Pengetua semasa melancarkan tabung Pungutan Sumbangan di hadapan PejabatAm mengharapkan agar semua warga SMKKJ tanpa mengira pangkat samada pelajar, kakitangan bukan mengajar mahupun guru, serta tidak mengira agama dan keturunan dapat menghulurkan sumbangan yang ikhlas. Manakala Puan Saniman Sabur pula tidak mensasarkan jumlah pungutan kerana sumbangan yang diperolehi akan menjadi tambahan kepada sumbangan yang diberikan pihak PIBG serta pihak sekolah sendiri. Selain dari aktiviti itu, pihak AJK Surau Ar-Rauddah SMK ...

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Setelah sekian lama mengharungi P&P di luar bangunan sekolah, akhirnya beberapa kelas terutama Tingkatan 5 dan 3 dibenarkan naik ke bangunan sekolah semula. Walau bagaimanapun, hanya aras dua sahaja yang terlibat. Ini berikutan jaminan yang diberi serta kenyataan bahagian forensik Jabatan Kerja Raya yang memaklumkan bahawa bangunan sekolah masih selamat. Bahagian tangga laluan pelajar perempuan dan aras tiga yang menempatkan Pusat Sumber masih ditutup selain sebuah kelas yang lantainya terjejas terus di aras dua. Pembukaan semula bilik darjah tersebut telah mengembalikan keyakinan pelajar dan warga sekolah yang lainnya terhadap keselamatan bangunan sekolah. Sehubungan dengan itu juga pelajar PMR, SPM dan STPM kembali ceria dan bersemangat untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Proses pembaikan kelas serta bangunan projek kilat yang menempatkan Bilik PSV akan dilakukan pada bila-bila masa. Tender projek kini dibuka untuk kontraktor berdaftar dengan JKR. Apa yang diharapkan, proses ...

SIMPTON DAN CARA MENCEGAH SELSEMA BABI (H1N1)

Imej
Apakah Selesema Babi? Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja. Adakah Virus Ini Berjangkit? CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi. Virus H1N1 [Klik gambar untuk saiz besar] Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia? Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, saki...