Catatan

SMK KUNAK JAYA JOHAN FUTSAL PERINGKAT NEGERI SABAH

Imej
Seramai 10 orang pelajar yang membawa nama SMK Kunak Jaya bersama dua orang guru pengiring telah berjaya mencatatkan rekod baru sebagai Johan Kejohanan Futsal 1 Murid 1 Sukan Piala Menteri Pelajaran di Kota Kinabalu pada 7hb Oktober 2012. Kesemuya pelajar yang terdiri dari pelajar SMK Kunak Jaya iaitu Tajuddin Tahsin, Gunawansyah Nordin,  Mohd Efiezal Nizam Mohd Alias, Anggryawan Abbas, Mohd Fakhri Murphi, Mohd Faizal Nordin, Mohd Bukhari AK Micheal, Mohd Saizenan Supriadi, Sahadam Amir dan Mohd Fakhri Lagided, berjaya mengharungi semua perlawanan dari peringkat awal sehingga ke peringkat Perlawanan Akhir apabila menewaskan Sandakan dengan 2-1 menerusi tendangan penalti apabila seri 1-1 sehingga ke akhir masa sebenar. Sebelum itu pasukan SMKKJ menewaskan Kuala Penyu (4-0), Beluran (4-0) pada peringkat Kumpulan. Manakala Suku Akhir menewaskan Beuford (2-0) dan Separuh Akhir menewaskan Telupid menerusi penentuan penalti (3-1) apabila kedudukan terikat 1-1 masa sebenar. Men...

Nama Negeri-negeri Di Amerika dan Nama Orang

Imej
Tahukah anda bahawa ada 10 daripada 50 negeri di Amerika diberi nama mengambil nama orang tersohor suatu masa dahulu. Antara nama-nama negewri tersebut adalah Geogia, Louisiana, Maryland dan 7 lagi seperti di bawah:  1. Washington, dinamakan sempena nama Presiden Amerika yang pertama iaitu George Washington;  2. Pennsylvania, dinamakan sempena Sir William Penn; 3. Louisiana, dinamakan sempena Raja Louis XIV dari Perancis;  4. Georgia, dinamakan sempena Raja George II dari England;  5. Maryland, bernama sempena Henrietta Maria, Permaisuri Raja Charles I dari England;  6. New York, bernama sempena Duke of York, England;  7&8. North dan South Carolina, diberi nama sempena Charles I dari England;  9&10. North Virginia dan Virginia, dinamakan sempena Elizabeth I, yang bergelar sebagai “The Virgin Queen” dari England.  Empat ibu negeri diberi nama sempena nama presiden: Lincoln, Nebraska; Jackson, Mississippi; Jefferson City, ...

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Imej
Alhamdulillah...pada 15 September 2012 saya bersama beberapa orang warga SMK Kunak Jaya telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011 sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak. Ini telah meningkatkan sedikit sebanyak motivasi kami sebagai warga pendidik. Rezeki kami... Penerima APC dalam gambar; Cikgu Sulotoha Lakile, Cikgu Voon Jenn Kiong, Cikgu Norsiah Bakar, Puan Rohaya Matli, Puan Gan Siew Lin dan cikgu Samsiah Sanusi, manakala tiada dalam gambar Ustadz Abdullah Muhammad.

PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PMR, SPM DAN STPM SMK KUNAK JAYA

Imej
P ada 08.05.2012 berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Kunak Jaya kepada pelajar PMR, SPM dan STPM tahun 2011. Hadiah yang merupakan Sijil dan Wang Tunai mengikut kecemerlangan atau jumlah 'A' yang diperolehi pelajar kategori masing-masing. Hadiah sijil dan wang tunai adalah sumbangan pihak sekolah. Anugerah disampaikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Kunak Jaya, Encik Nor Aslam Mano Abdullah dalam suasana Perhimpunan Mingguan sekolah.   Ditanya kenapa majlis diadakan sebegitu ringkas, lebih-lebih lagi Guru-Guru SMK Kunak Jaya terlibat dengan mesyuarat khas PIBG dan Hari Guru Peringkat Sekolah, Tuan Pengetua memberitahu bahawa, ini adalah bertujuan memberi peluang kepada pelajar terlibat datang sendiri menerima anugerah masing-masing. Pelajar-pelajar berkenaan terutama pelajar lepasan SPM dan STPM akan dan mula sibuk dengan urusan masing-masing untuk melanjutkan pelajaran ke pringkat seterusnya. Pada tahun 2011, SMK Kunak Jaya berjaya mencatatkan rekod...

MESYUARAT AGUNG PIBG: YDP KEKAL, TIGA MUKA BARU AJK KALANGAN IBU BAPA

Imej
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Kunak Jaya berlangsung dengan jayanya pada 31 Mac 2012, hari Sabtu yang bermula seawal jam 0730 pagi. Mesyuarat kali ini yang dipertanggungjawabkan kepada Cikgu Boon Jenn Kiong selaku Pengarah Program menyaksikan pemilihan tarhadap jawatan Timbalan YDP dan AJK dikalangan ibubapa. Manakala bagi Jawatan YDP, ahli PIBG yang hadir sebulat suara memilih dan mengekalkan Encik Sahing Bin Taking menerajui PIBG SMK Kunak Jaya sesi 2012-2013 tanpa bertanding. AJK guru pula akan ditentukan oleh pihak pentadbiran sekolah. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Datuk Nilwan Bin Kabang, Ahli DUN N51 Kunak yang turut melancarkan Program Bumi Hijau sekolah serta merasmikan BILIK GERAKAN PIBG SMK KUNAK JAYA. Semasa dalam ucapan perasmian Mesyuarat PIBG, YB Datuk Nilwan Bin Kabang juga meluluskan peruntukan bantuan sejumlah RM10,000.00 kepada sekolah serta RM5,000.00 kapada PIBG SMK Kunak Jaya bagi melaksanakan berbagai program yang dirancang termasuk pemasangan alat penghaw...

KALENDAR PEPERIKSAAN STPM DAN MUET 2012

Imej
KLIK UNTUK LEBIH JELAS Muat turun PERATURAN DAN SKEMA PEPERIKSAAN STPM 2012 KLIK Sumber: www.mpm.edu.my

10A DICATATKAN SEBAGAI PENCAPAIAN PEPERIKSAAN SPM 2011

Imej
Suasana sibuk dihadapan Pejabat Am apabila keputusan SPM 2011 dikeluarkan. "Kami adalah yang terbaik SPM 2011" Encik Harifuddin Parakasi, Penolong Kanan 1 (kiri), Encik Nor Aslam Mano Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Kunak Jaya (tengah) dan Tuan Hj Hamzah Bin Abdul Wahid, Penolong Kanan Kokurikulum bergambar bersama beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011. Mohd Rafee Rahman menerima Sijil Penghargaan serta slip keputusan SPM daripada Tuan Pengetua. Guru-guru sedia menunggu para pelajar SPM 2011 bagi menyampaikan slip keputusan SPM masing-masing. 21hb Mac, 2011 tarikh pengumuman rasmi keputusan SPM 2011. Suasana riuh di hadapan Pejabat Am SMK Kunak Jaya apabila beberapa orang calon yang memprolehi keputusan cemerlang menerima ucapan tahniah daripada Encik Nor Aslam Mano Bin Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Kunak Jaya bersama beberapa orang guru. Mohd Rafee Bin Rahman merupakan pelajar Cemerlang PMR 2009 sekali lagi mengharumkan nama ...