Catatan

MESYUARAT AGUNG PIBG: YDP KEKAL, TIGA MUKA BARU AJK KALANGAN IBU BAPA

Imej
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Kunak Jaya berlangsung dengan jayanya pada 31 Mac 2012, hari Sabtu yang bermula seawal jam 0730 pagi. Mesyuarat kali ini yang dipertanggungjawabkan kepada Cikgu Boon Jenn Kiong selaku Pengarah Program menyaksikan pemilihan tarhadap jawatan Timbalan YDP dan AJK dikalangan ibubapa. Manakala bagi Jawatan YDP, ahli PIBG yang hadir sebulat suara memilih dan mengekalkan Encik Sahing Bin Taking menerajui PIBG SMK Kunak Jaya sesi 2012-2013 tanpa bertanding. AJK guru pula akan ditentukan oleh pihak pentadbiran sekolah. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Datuk Nilwan Bin Kabang, Ahli DUN N51 Kunak yang turut melancarkan Program Bumi Hijau sekolah serta merasmikan BILIK GERAKAN PIBG SMK KUNAK JAYA. Semasa dalam ucapan perasmian Mesyuarat PIBG, YB Datuk Nilwan Bin Kabang juga meluluskan peruntukan bantuan sejumlah RM10,000.00 kepada sekolah serta RM5,000.00 kapada PIBG SMK Kunak Jaya bagi melaksanakan berbagai program yang dirancang termasuk pemasangan alat penghaw...

KALENDAR PEPERIKSAAN STPM DAN MUET 2012

Imej
KLIK UNTUK LEBIH JELAS Muat turun PERATURAN DAN SKEMA PEPERIKSAAN STPM 2012 KLIK Sumber: www.mpm.edu.my

10A DICATATKAN SEBAGAI PENCAPAIAN PEPERIKSAAN SPM 2011

Imej
Suasana sibuk dihadapan Pejabat Am apabila keputusan SPM 2011 dikeluarkan. "Kami adalah yang terbaik SPM 2011" Encik Harifuddin Parakasi, Penolong Kanan 1 (kiri), Encik Nor Aslam Mano Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Kunak Jaya (tengah) dan Tuan Hj Hamzah Bin Abdul Wahid, Penolong Kanan Kokurikulum bergambar bersama beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011. Mohd Rafee Rahman menerima Sijil Penghargaan serta slip keputusan SPM daripada Tuan Pengetua. Guru-guru sedia menunggu para pelajar SPM 2011 bagi menyampaikan slip keputusan SPM masing-masing. 21hb Mac, 2011 tarikh pengumuman rasmi keputusan SPM 2011. Suasana riuh di hadapan Pejabat Am SMK Kunak Jaya apabila beberapa orang calon yang memprolehi keputusan cemerlang menerima ucapan tahniah daripada Encik Nor Aslam Mano Bin Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Kunak Jaya bersama beberapa orang guru. Mohd Rafee Bin Rahman merupakan pelajar Cemerlang PMR 2009 sekali lagi mengharumkan nama ...

KEPUTUSAN STPM 2011 CEMERLANG

Seramai 57 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan STPM 2011 telah lulus, dengan 41 orang daripadanya memperolehi 4P. Ini menjadikan sekolah SMK Kunak Jaya merupakan sekolah paling ramai calon lulus STPM di Daerah Kunak. Peratus keseluruhan calon yang lulus ialah 98.28% manakala PNGK keseluruhan 2.64. Subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Ekonomi juga mencatatkan kecemerlangan apabila menyaksikan kelulusan 100%. Pelajar Nuraisyah Binti Ando merupakan pelajar terbaik STPM SMK Kunak Jaya dengan memperolehi 4A, diikuti pelajar Azilah Binti Mukhtar dengan 4A, Nurazydah Binti Sulotoha dengan 3A dan 1B, Andi Arfahaini Andi Arnis, Zolkifli Bedjo, Faizan Hamudin, Nurhuda Musa dan Asmil Roslan masing-masing memperolehi 2A dan 2B.

SMK KUNAK JAYA JUARA CATUR LELAKI 18 DAN PEREMPUAN 18 MSSDK

Imej
Johan, Naib Johan, Ke3, 4, 5 dan Ke6 Lelaki 18 tahun ke bawah. Johan, Naib Johan, Ke3, 4, 5 dan ke6 kategori Perempuan 18 tahun kebawah Pada 5 hingga 6 Mac 2012, berlangsung kejuaraan catur peringkat sekolah-sekolah Daerah Kunak. SMK Kunak Jaya berjaya merangkul juara kategori Lelaki 18 dan Perempuan 18. Bukan itu sahaja, malah SMK Kunak Jaya juga merangkul tempat hingga tempat ke5 ketegori 18 tahun, manakala kategori Perempuan 18 tahun , SMK Kunak Jaya turut menjulang piala Naib Johan dan tempat ke Tiga selain tempat ke5 dan ke6 kategori Lelaki 15. Senarai nama pemenang dari SMK Kunak Jaya dalam pertandingan catur MSSDK: 1) Herman Abd Rahman (Johan L18) 2) Abu Hassan Umar (Naib Johan L18) 3) Hee Tzing Wen (KeTiga L18) 4) Mohd Jifirul Mondongot (KeEmpat L18) 5) Alhakim Musa (KeLima L18) 6) Alifah Zakariah (Johan P18) 7) DG Norsuhaidatul Salina (Naib Johan P18) 8) Sakiah Sanusi (Ke Tiga P18) Secara keseluruhan, SMK Kunak Jaya muncul juara Club Standing kategori Lelaki 18 dengan punguta...

SMK KUNAK JAYA BERJAYA MERAIH KEJAYAAN BERGANDA

Imej
18hb Februari 2012 merupakan sejarah buat SMK Kunak Jaya apabila berjaya mengulangi kejayaannya merangkul gelaran JUARA KESELURUHAN kategori sekolah menengah di SMK Kunak setelah memenangi buat pertama kali pada tahun 2011 di SMK Madai. Pada tahun ini SMK Kunak Jaya berjaya menafikan hasrat tuan rumah SMK Kunak untuk merampas kembali gelaran tersebut. Sememangnya tidak dinafikan, usaha yang dilakukan begitu bersungguh-sungguh sehingga pungutan pingat emas, perak dan gangsa kedua-dua pihak begitu sengit dan berterusan ke acara terakhir iaitu 4 x 200m lelaki bawah 18. Setelah ketiga-tiga sekolah menengah SMK Kunak Jaya, SMK Kunak dan SMK Madai bertarung dalam kejohanan tersebut selama 4 hari bermula 15hb Februari 2012, SMK Kunak Jaya dinobatkan selaku Juara Keseluruhan selain merangkul anugerah Olahragawan dan Olahragawati kategori 18 tahun. Tidak disitu sahaja, SMK Kunak Jaya juga berjaya menggandakan kegembiraan warganya apabila Kontinjen Perbarisan SMK Kunak Jaya meraih gelaran Johan ...

BANTUAN RM500 -Muat turun borang

Bagi sesiapa yang mencari borang ini, bolehlah muat turun di sini: Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (depan) Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (belakang) Sumber : abgteror SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN RM500 Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu: Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan Warga emas sebatang kara Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon. BORANG PENDAFTARAN/ PERMOHONAN BANTUAN RM500 Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat...