Catatan

SMK KUNAK JAYA BERJAYA MERAIH KEJAYAAN BERGANDA

Imej
18hb Februari 2012 merupakan sejarah buat SMK Kunak Jaya apabila berjaya mengulangi kejayaannya merangkul gelaran JUARA KESELURUHAN kategori sekolah menengah di SMK Kunak setelah memenangi buat pertama kali pada tahun 2011 di SMK Madai. Pada tahun ini SMK Kunak Jaya berjaya menafikan hasrat tuan rumah SMK Kunak untuk merampas kembali gelaran tersebut. Sememangnya tidak dinafikan, usaha yang dilakukan begitu bersungguh-sungguh sehingga pungutan pingat emas, perak dan gangsa kedua-dua pihak begitu sengit dan berterusan ke acara terakhir iaitu 4 x 200m lelaki bawah 18. Setelah ketiga-tiga sekolah menengah SMK Kunak Jaya, SMK Kunak dan SMK Madai bertarung dalam kejohanan tersebut selama 4 hari bermula 15hb Februari 2012, SMK Kunak Jaya dinobatkan selaku Juara Keseluruhan selain merangkul anugerah Olahragawan dan Olahragawati kategori 18 tahun. Tidak disitu sahaja, SMK Kunak Jaya juga berjaya menggandakan kegembiraan warganya apabila Kontinjen Perbarisan SMK Kunak Jaya meraih gelaran Johan ...

BANTUAN RM500 -Muat turun borang

Bagi sesiapa yang mencari borang ini, bolehlah muat turun di sini: Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (depan) Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (belakang) Sumber : abgteror SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN RM500 Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu: Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan Warga emas sebatang kara Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon. BORANG PENDAFTARAN/ PERMOHONAN BANTUAN RM500 Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat...

Malaysia Public Holidays & School Holidays 2012 - One Stop Malaysia

Malaysia Public Holidays & School Holidays 2012 - One Stop Malaysia

ANUGERAH PENGURUSAN SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT DAERAH KUNAK UNTUK SMK KUNAK JAYA.

Imej
30 Julai 2011, bertempat di SMK Madai, Majlis Sambutan Hari Guru dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Kunak 2011 telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Dato' Abd. Ghafar Bin Mahmud. Majlis yang diserikan dengan persembahan dua buah tarian dari pelajar dan guru SMK Kunak Jaya ini seakan menjadi majlis yang dibintangi oleh warga SMK Kunak Jaya. Mana tidaknya, dari pengurusan pentas, persembahan, montaj, sambutan (kompang) sehingga kepada penerima anugerah, ada sahaja kalibat warga SMK Kunak Jaya. Tahniah kepada warga SMK Kunak Jaya. Pengetua SMK Kunak Jaya, Encik Nor Aslam Mano Bin Abdullah telah mengetuai senarai penerima Anugerah bagi pihak SMK Kunak Jaya apabila naik ke pentas menerima Anugerah Pengurusan Sekolah Terbaik daripada Yang Berbahagia Dato' Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Selain itu, SMK Kunak Jaya juga menerima anugerah: 01. Anugerah Lonjakan Saujana SPM 02. Anugerah Prestasi Terbaik SPM 2010 ...

JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M BIL NEGERI / ZON 1 MELAKA MELAKA 2 JOHOR ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR 3 PERAK ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR Z ON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR ZON 7- BUKIT LARUT 4 SARAWAK ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG ZON 5-...

Selamat Beribadah Puasa Ramadhan

Imej
Kata orang tua-tua, pada bulan Ramadhan ini, syaitan dan kuncu-kuncu dibelenggu. Namun kenapa dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini, masih ramai orang yang seakan-akan telah dirasuk syaitan dalam melakukan maksiat termasuklah tidak berpuasa. Sifat-sifat yang ditunjukkan tidak menggambarkan bahawa seseorang itu tidak dipengaruhi syaitan yang sudah terkenal dalam memerangkap manusia atau keturunan Adam a.s. melakukan dosa-dosa. Apa sebenarnya yang mempengaruhi, manusia itu melakukan maksiat dibulan yang syaitan terbelenggu ini? Kalau difikir-fikirkan, tiada apa yang mempengaruhinya melaikan diri sendiri yang sudah hampir menyerupai sifat syaitan itu sendiri. Sifat yang sudah sebati ditambah kerasnya hati untuk menolak kemungkaran, jauh sekali menginsafi diri agar mencegah diri dari melakukan maksiat merupakan syaitan jelmaan dalam diri manusia itu sendiri. Manusia seumpama ini sebenarnya kurang mendapat perhatian dari senarai godaan sang syaitan, kerana sudah dapat memandu dirinya kearah k...

HARI KECEMERLANGAN 2011

Imej
16 Julai 2011, Sabtu, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Kunak Jaya 2011, telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, Encik Zamri Pehakan. Bertempat di Dewan Serbaguna SMK Kunak Jaya, dengan motto 'CEMERLANG DAN SENTIASA KE HADAPAN', majlis berjalan lancar.