Catatan

MINI MARATON

Imej
Peserta Perempuan Dilepaskan . SMKKJ dengan bangganya menganjurkan sekali lagi MINI MARATON peringkat sekolah dan daerah Kunak. Sepanjang berlangsungnya acara larian tersebut, cuaca menyebelahi kami. Awal pagi mendung dan redup, berakhir dengan pancaran matahari yang tidak begitu terik semasa acara penyampaian hadiah kepada pemenang. Peserta Lelaki sedia untuk dilepaskan. Lagi gambar sekitar mini maraton SMK Kunak Jaya pada 21.01.2011

SMK KUNAK JAYA BERKARNIVAL LAGI

Imej
2011 baru menghampiri bulan ke duanya, SMK Kunak Jaya sudah mula sibuk dengan aktivitinya. Ketika ini, kokurikulum hampir menguasai suasana persekolahan. Namun tidak bermakna kurikulum diabaikan begitu sahaja, tetap berjalan mengikut jadual dan perancangan. Itulah SMK Kunak Jaya... kerana setiap warganya menanam semangat diri 'KU_NAK_JAYA'. Apa sekalipun aktiviti dirancang, harus berjalan dan dilaksanakan, disamping rutin p&p yang sudah semestinya menjadi kewajipan setiap warganya terutama pelajar dan pendidik. Bermula dengan mesyuarat Rumah Sukan disusuli dengan Mini Maraton, SMK Kunak Jaya seakan berpesta sukan di awal tahun 2011 ini. Setiap pagi dan petang, akan kelihatan padang dan persekitaran sekolah dipenuhi pelajar yang menjalankan aktiviti latihan sukan. Semalam (25-26 Januari) semua pelajar terlibat dengan 'sukan tara', sesuai dengan hasrat TPM, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan setiap pelajar terlibat dengan sekurang-kurangnya 1 jenis sukan. Hasiln...

Kembali Ke Sekolah

2010 baru saja kita tinggalkan, kini masuk tahun 2011 yang pastinya menjanjikan seribu satu macam peristiwa. Kepada pelajar dan semua warga SMKKJ, selamat kembali ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan 2011. Januari yang sibuk, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Pada bulan inilah pendaftaran pelajar untuk naik ke tingkatan seterusnya berlangsung, penyusunan kelas, kurikulum, ko kurikulum serta mesyuarat staff, panitia, bidang dan seumpamanya. Begitu sibuk sehingga kadang-kadang ada kalangan pelajar mahupun guru yang tidak menang tangan. Apapun yang paling penting adalah P&P harus berjalan bermula hari persekolah dibuka. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Dua orang pemantau dari PPD Kunak sempat datang ke SMKKJ untuk melihat sendiri perjalanan P&P. Tahun ini adalah diharapkan semua warga SMKKJ lebih bersedia dan lebih komited terhadap tugas masing-masing, baik pelajar mahupun kakitangan pengajar dan bukan pengajar. Semoga SMK Kunak Jaya pada tahun ini lebih berjaya dar...

Matapelajaran Sejarah boleh diambil SPMU 2014

Berita baik buat semua pelajar SPM, bermula tahun 2014 Kementerian Pelajaran Malaysia akan memasukkan Matapelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM Ulangan. Ini telah dinyatakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran semasa persidangan Dewan Negara, bertujuan memberi peluang kepada semua pelajar memperolehi sijil SPM. Buat masa sekarang, matapelajaran yang ditawarkan untuk peperiksaan SPM Ulangan ialah Bahasa Melayu dan Matematik. Dengan kemasuk matapelajaran Sejarah dalam SPMU adalah diharapkan pelajar yang memperolehi keputusan kurang memuaskan terutama matapelajaran Sejarah akan dapat memperbaikinya menerusi SPMU. Apapun adalah diharapkan semua calon SPM akan datang lebih bersungguh-sungguh dan tidak mengambil mudah serta menganggap bahawa mereka boleh mengulang menduduki matapelajaran Sejarah. Kalau boleh setiap calon hendaklah lulus dengan baik untuk semua matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. lagi berita berkaitan

PMR, SPM & STPM

Imej
Peperiksaan PMR baru sahaja berakhir. Semoga keputusan yang bakal diterima kelak menunjukkan kecemerlangan seterusnya akan menaikkan nama sekolah. Kini giliran pelajar Tingkatan 2, 4 dan 6 Rendah menghadapi peperiksaan Excel 1 dibawah JPN Sabah. Kepada mereka yang terlibat diucapkan selamat menempuh peperiksaan semoga semua pelajar menjawab dengan penuh kesungguhan dan keyakinan. Kepada calon SPM dan STPM pula, adalah diharapkan dalam masa yang amat singkat ini, mereka telah bersedia untuk menempuh peperiksaan tersebut dengan penuh yakin. Masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan serta memperkukuhkan persediaan yang ada. Bagi pihak semua warga SMK Kunak Jaya, kami mendoakan kejayaan anda semua.

LIHAT PENYATA GAJI ONLINE

Imej
Kini pengguna terutamanya pekerja Jabatan Kerajaan boleh mendapatkan Penyata Gaji mereka secara online. Bagaimanapun setiap pelanggan perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh mengakses penyata gaji online mereka, biasalah untuk keselamatan. Mula-mula layarilah laman web Jabatan Akauntan Negara . Bagi yang belum mendaftar, klik arahan Pertama Kali Mendaftar untuk mendaftar dan isikan borang ringkas yang dipaparkan. Masukkan nombor kad pengenalan, nombor gaji dan kata laluan yang anda pilih sendiri dengan tidak kurang dari 8 huruf atau nombor. Klik OK. Selesai pendaftaran. Sekarang anda boleh mula daftar masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan serta kata laluan anda. Untuk Penyata bulanan, klik perkataan 'sendiri' dibawah Penyata Gaji, pilih bulan dan tahun kemudian klik kod warna merah di dalam jadual yang dipaparkan. Penyata anda akan dimuat turun secara automatik dalam format pdf. Oleh itu sila pastikan komputer anda ada aplikasi pdf (Adobe Reader) untuk melihat Pe...

Ramadhan Bulan Al-Qur'an

Imej
Kechapi Islamic Greeting Card Puasa di bulan Ramadhan semua orang tahu dan mungkin menjadi amalan mereka sejak kecil lagi yakni sejak di bangku sekolah rendah. Namun membaca Al-Qur'an sama ada pada siang hari mahupun sebelah malam sepatutnya dijadikan amalan semua orang. Ramai yang hanya menghabiskan masa siangnya dengan melayan tidur terutama ketika tengah hari yang akhirnya berlarutan hingga ke waktu berbuka puasa. Di SMK Kunak Jaya, amalan membaca Al-Qur'an telah menjadi amalan tahunan sempena bulan Ramadhan yang biasanya diamalkan secara bertadarus. Kalau boleh kumpulan tadarus Al-Qur'an ini ditambah lagi agar lebih ramai warga sekolah yang terlibat. Kerana selain meningkatkan amal ibadah Ramadhan dengan membaca Al-Qur'an, pelajar yang mungkin kurang lancar membaca Al-Qur'an boleh sama-sama mempertingkatkan lagi bacaan mereka. Ini kerana ramai pelajar yang hanya tahu membaca Al-Qur'an secara 'merangkak-rangkak' kerana terlalu lama tidak membacanya. A...